lama tak menulis. rindu rasa nya. sibuk sangat kebelakangan ni dengan praktikum. semalam aku di observe. gila lah. aku tak boleh blah dengan ari khamis. aku ada double period dengan 3B, double period dengan 3K and aku ada PJ dengan 2K. tambah lak kena observe. haih. semalam aku penat sangat. dah lah penat. orang macam tanak faham lak. cikgu kat sini, nape lah macam pelik sangat. aku nak kena observe ni, sibuk diorang nak guna bilik sains. padahal bukan nak ajar sains. nak ajar bi lah matematik lah. ye, aku tau diorang tengah pulun berebut nak guna LCD dengan projector tu yang cuma ada di bilik sains. ya, memang pun aku tak nak guna LCD dan projector tu. tapi aku perlu guna bilik sains. alahai. tak understanding langsung. tau lah aku ni cikgu pelatih je. agak-agak lah. dah penat lah plaster senyum kat muka hari-hari padahal hati tak berapa nak senyum.bosan lah!
3K buat aku betul-betul berang semalam. serius aku penat tau. asyik bergaduh, menangis. tiap kali kelas macam tu. mana aku nak kejar plan aku, nak entertain budak yang gaduh and menangis lagi? kalau biasa aku tak kisah. masalah nya ari ni aku nak kena observe and aku tertekan!kembar aminah dengan khadijah tu. nama bukan main elok lagi. nama mak nabi, nama isteri nabi. tapi yarabbi. tak penah sekali pun masa sains yang diorang tak buat budak lain nangis. beristighfar je aku.
aku geram sangat dengan 3K. aku menjerit gila-gila.rasa nya kelas seberang boleh dengar. aku suruh diorang berdiri and senyap selama 2 minit. selagi tak mampu senyap tak boleh balik kelas. tu pun ada yang sengaja bunyikan kerusi. tak ke panas hati aku jadinya? muka aku memang merah padam lah sebab marah. tengah aku dengan muka marah ni, Dr Tay dah datang lak. awal gila datang nak observe untuk 3B. Dr Tay macam cuak kut sebab walaupun dia datang, muka aku still muka marah. tak senyum. tak lama lepas tu aku end class. "Thank you class" budak-budak tu, semua bertempiaran beratur kat luar. takut kut. tak pernah nampak aku marah macam tadi. tak ramai salam aku lepas kelas. tak seperti biasa.
aku keluar, nak bagi signal diorang dah boleh balik kelas. "hah, dah kena marah, semua tak nak salam cikgu dah. bagus lah tu" muka masing-masing innocent gila bila aku cakap camtu. lepas tu terpisat-pisat hulur tangan nak salam. aku nampak Dr Tay macam sengih. tak sangka kut aku sanggup marah budak depan dia. biar! biar budak-budak ni tau aku tak peduli. aku tak kan buat baik dengan diorang semata-mata sebab pensyarah aku datang. NO!
lepas tu kelas dengan 3B lak. 3B ni tak nakal pon. bising je. tapi sisa kegarangan aku tadi masih ada mungkin. sebab tu aku macam garang semacam je. even aisyah dengan sharmine yang selalu kepoh pun senyap je masa kelas. Dr Tay cakap dengan syada, aku tak patut marah kan diorang. sebab diorang sangat baik dan berminat dengan lesson. baik? memang lah belajar. tapi kalau dah terlompat-lompat tu ape kejadah nya?aku menjadi bertambah penat sebab student aku tak dapat result eksperimen seperti yang sepatutnya. terpaksa aku tuka plan, buat demonstration.
haih. penat. 2K tak payah aku jelaskan lebih lanjut. diorang ni suka bermain tapi tak mahu dengar arahan. ikut suka diorang je. kalau aku nak kena observe PJ, agaknya kena bius diorang ni tau. serius aku penat semalam. selalu aku buat bodo je nakal macam mana pun budak tu semua. semalam aku dah tak larat. dengan perangai cikgu lagi. haru aku!
p/s: dah lama tak mimpi dia. tiba-tiba mimpi lagi. urgh..disaster betul kalau mimpi berbaik ni.aku benci lah. since 'sahabat' aku call tu. aku jadi benci sangat dengan dia. hipokrit! i never thought i would think of him as that.
p/s/s: ada perasaan pelik yang cuba aku nafikan. oh God! aku tak mahu sejarah berulang. aku mahu perasaan biasa. bukan complicated.
No comments:
Post a Comment