Tuesday, July 14

semoga abadi.

ada sahabat hubungi lagi.sahabat lain pula. bukan yang sama. terharu sebab ada orang masih peduli hal aku. kaum adam pula. mana tau, semua berpihak pada dia. memang aku prejudis. maaf, ini aku tak dapat elak. sebab aku rasa dia ramai kawan. yang juga merupakan kawan aku. tapi mereka lagi percayakan dia. itu yang aku rasa. ternyata sahabat yang tadi hubungi aku mahu bersifat adil. mahu dengar cerita dari kedua belah pihak. sahabat itu kagum. kagum kerana cerita kami selari. cuma perspektif saja berbeza. ntah lah. banyak yang sahabat tu cakap kan tadi. jadi suntikan motivasi pada aku. aku sendiri pun lebat bercakap tentang ketentuan, masa depan dan sebagainya. biasalah cikgu. bercakap tu memang makanan aku. tapi pelaksanaan? belum tentu A+ sahabat tu pun dah jumpa wanita itu. aku sekarang ni tak pasti dengan perasaan aku sendiri. masih kah aku mahukan dia. kalau diselami sedalamnya, macam dah tak mahu lagi. pelik lah perasaan ni. sebenarnya sejak ber'practical' ni, aku terlalu sibuk untuk fikir tentang ini dan bersedih. kalau terfikir pun macam angin lalu. tapi bila dapat panggilan dari sahabat tadi, tiba-tiba aku jadi sebak pula. tapi yang nyata, aku tak pasti kenapa aku sebak.

" kau dah jumpa pompuan tu? macam mana dia? cantik?"
"ha, ni yang aku tak nak dengar kau cakap ni. tak payah tanya soalan macam tu. macam loser tau"
"alah, cuma nak tau je."
"tak payah tau. mungkin cantik bagi shai tapi tak cantik bagi aku. mana kita tau kan?"

alah, cantik atau tak, dia yang dipilih. nak cakap apa. aku pun bukan kategori pompuan cantik. kalau itu yang dia kejar, memang aku kalah. kalau dia kata sebab pompuan tu lagi fahan dia, memang advantage dia. sebab sama-sama dalam bidang banking ni kan. seketika, bila dengar cerita sahabat, aku menyumpah juga dalam hati. " mintaklah tak lama diorang tu.mintaklah dia cepat kena buang kerja. " tapi itu cuma monolog. lepas tu, rasa bersalah pula terlintas macam tu. biarlah orang buat kita. jangan kita buat orang. bila dengar cerita sahabat yang dia dengar dari dia. aku macam kesal. aku tak faham dia. lepas seminggu break terus jumpa orang yang faham dia? bravo shai! bravo untuk kau. aku tak tau apa yang kau alami sekarang. aku ni tak lah baik sangat. tapi untuk mendoakan perkara buruk jadi pada kau, aku tak mampu. ini soal hati mungkin. memang susah nak uraikan. bukan soal cinta. mungkin sayang tu masih berbekas dan atas dasar kita pernah berkawan. memang aku anggap kau kawan. cuma kau yang anggap aku beban. sebab tu, bersama aku menyiksa kan kau. semoga beroleh kebahagiaan yang abadi. aku ikhlas.

3 comments:

ada m0khtar said...

cte2 ko ni cm flashback kish aku je.. hehehe....

cik nurulain said...

seriously? biasa lah. kes kita pon sama ek...

ada m0khtar said...

huhuuhu..
aku teringt
menci!!
dushh3x
nk terajang org

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails