pagi tadi drive pulang ke maktab dengan hati senang sebab terhibur dengar hot.fm
muzik ni penting tau. betul. serius tak tipu. kalau tengok cerita-cerita yang best pun, muzik latar memang main peranan. macam lagu "Ku Mahu" tu. Spa Q dah habis. tapi setiap kali dengar lagu tu mesti terbayang watak-watak Spa Q. aku rasa ramai gak yang rasa camtu. bagi aku, cerita akan jadi kosong gila kalau tak ada muzik latar. dia sama-sama tau. kadang-kadang lagu tu tak best. tapi jadi best sebab ia melatari cerita yang best. kadang-kadang lak cite yang tak best tapi dek mood lagu yang sungguh memberangsangkan, jadi best la cite tersebut.
nak cakap gak. hidup pun ada lagu tema nya yang tersendiri. aku tak tau pasal orang lain. tapi aku memang ada. satu-satu lagu tu akan jadi signifikan gila kalau ia melatari sesuatu dalam hidup aku. macam kalau aku dengar lagu "Jesnita", pap aku teringat shai. ada la kan peristiwa nya sampai lagu tu jadi signifikan dengan dia. later aku cerita. lagu "Rela kupujuk" wat aku ingat pada usher. sebab dia penah dedicate lagu tu pada aku. kalau lagu "Bisikan nurani" lak buat aku ingat pada ikhwan. sebab masa aku nak pegi umrah dulu, dia anta aku kat airport. pastu dalam flight lak first time aku dengar lagu tu. so, bila dengar lagu tu memang ingat kat dia la.
bukan life aku je aku taruk lagu tema. life orang lain pun aku sibuk letak lagu tema. macam lagu " teman tapi mesra" tu memang wat aku ingat sejarah awal perkenalan adik aku dengan aza. sekarang dah lebih dari teman. lagu coco "mengintai langit" wat aku teringat kat ex nurin si fuad tu. tak tau lah nape lagu tu aku rasa signifikan untuk dia.maybe sebab dia selalu rendah diri kut. rasa tak layak couple dengan nurin. "maafkan aku kerna menyintamu. maaf jika ku tak padan denganmu.tapi kuberjanji. kau juita hati, akan kujaga hingga akhir nanti"
tapi lagu tak semestinya dikaitkan dengan bf, ex mahupun scandal. peristiwa lain pun boleh. macam lagu "aku cinta aku rindu" tu memang lagu karaoke aku. dulu kat sains johor aku nyanyi lagu tu dengan rushee, dapat johan masa karnival yang batch aku organize. then masa probag kat kampung orang asli aku nyanyi lagu tu lagi, berduet dengan faizal. tak tau la nape aku suka nyanyi lagu tersebut. pastu, kalau nak cakap pasal kenangan pahit lak. lagu "starlite" lah ape lagi. sampai mati kut aku tak akan lupa kesumbangan suara aku malam itu.haha. tak mau nyanyi lagu tu lagi. dalam bilik air pun tak mau!
p/s: lagu "standing in the eyes of the world" memang lagu komanwel!
No comments:
Post a Comment