haih. macam lama tak update blog ni. entry raya pun tak ada. yelah. aku ni kalau menulis mesti pasal perasaan punya. jarang lah nak buat laporan tentang sesuatu. dasar jiang punya minah. ceit. haha. lagi pula, aku semakin kurang bergambar sekarang. wah. aku sudah berubah kah? macam dah makin malas bergambar. tak macam dulu. asyik nak camwhoring je di mana pun berada.
anyway, walaupun aku ni tak begitu suka buat laporan. tapi event semalam aku kena laporkan juga. kenapa? weih, wedding membe tu beb. haha. nurul hussna aka nona. ni adalah wedding ketiga schoolmate aku. dekat je venue nya dengan rumah aku. kat dewan sri tebrau. aku rasa, compare dengan wedding nisya, wedding nona ni lagi ramai datang. mungkin faktor tempat. sebab jb kan. senang sikit. aku datang dengan dyba, faiz and dak syaz (faiz punya angkara k..)ramai lah yang datang. malas nak list, nak tau tengok kat gambar k? aku tak sangka aku akan rasa seronok sebab pada awalnya aku rasa macam tanak datang atas sebab-sebab tertentu. (ehem, sape yang tau tu mesti tau lah..) but then, bila dapat jumpa and gather ramai-ramai macam semalam tu, seronok lak rasa. dapat catch up dengan kawan-kawan. ramai yang dah keje. alhamdulillah. ada yang masih mencari cinta..opss..salah-salah. mencari kerja. biasa lah. sekarang ni bukan enteng mencari kerja. lain lah anda cikgu. (ehem ehem)
tapi, despite the excitement, there's moment of awkwardness gak semalam.
insiden 1
ain: korang, mintak perhatian kejap..
hamba2 allah: weih..bagi perhatian weih..
ain: lepas ni jemputlah datang rumah aku yek. mak aku masak sikit.
hamba Allah: lah..ingatkan nak wat pengumuman nak kawin ke nak tunang ke..
ain:aku nak tunang dengan sape lak?
hamba Allah: erk..
insiden 2
hamba Allah: ain, ko katne skang?
ain: aku cikgu lah. kat batu pahat.
hamba Allah: weih, ko dengan shainek bila?
ain: erk..aku dah putus lah. dah lama dah.
hamba Allah:oh??????
insiden 3 (paling takleh handle skali)
hamba Allah: ain, ko da putus eh dengan nek?
ain: urm..aah.
hamba Allah: oh yeke. die keje mana ek skang?
ain: eh ko ni. kan aku cakap tadi. aku da putus dengan die.
hamba Allah: yelah yelah. tapi tak kan xtau die keje mana..
ain: urm..maybank
hamba Allah: oh yeke..maybank mana?
ain: midvalley
*perkh, banyak lak dia nak tanya walhal dah nampak muka aku berubah.
haha. takpelah. nak kena get used to it. lepas attend wedding nona, aku ajak diorang semua raya rumah aku. mak masak spageti. then, berkonvoi pula ke rumah nana seterusnya ke rumah raja kecik (rumah baru woo...)
huh. bulan 10 ni syafiq lak kawin. tak tau la blast ke tak. kat pasir gudang. hope lagi ramai datang and bleh jumpa lagi ramai lagi. ouh, keciknya dunia ni. sebab tunang syafiq tu pernah wat practical kat sigs dulu. so mak aku kenal la wajihan tu. mak kata dia sangat bagus budak nya. aku cakap kat mak dia sangat cantik dan aku suka dia. dia sangat pandai membawa diri. mungkin sebab dia cikgu? macam rare lah pompuan sebegitu. beautiful, intelligent, fun. untung kut syafiq tu. semoga dia bahagia. :)
ok, da banyak bebel. jom layan gambar.
p/s : aku tak pandai amek gambar. ini pun randomly snap je. just wanna capture the moment. :)
5 comments:
nk tanak ko kene jwb gak kan soalan diorg tu?
same la ngn aku..
kite kene kuat hadapi kenyataan hidup..
takde entry psl aku plak ke?
hahahhahahahaha.btw thanx for the poem on fb.aku tak pandai bermadah pujangga nih.tp aku sayang ko.insyaALLAH aku akan ade utk ko slalu.
heks...poyo lah anda.
entry pasal ko?
baiklah. nanti aku wat. poyo jek. beriya nak suh aku wat entry pasal ko. mcam ade org baca jek. huhu~
mst la ade org bace iaitu aku.hahahaha.takpe2 takyah wat entry psl aku.kite same2 tau je cite kite kan?
haah aku pun rajin baca
salam kak ain.
awe tahu kak ain kuat, macam dulu2 gak. chaiyok! jangan tunjuk lemah kat 'dia'!
wah, kak nona dh kawin. dah besarnya anda semua. macam tak perasan. awe masih terasa kecik lagi, huhu...
tp nanti kalau majlis kak ain, jangan lupa jemput ex-dormmates C49 tau, baju pink cam janji dulu[huhu, masih ingat colour baju...owh, ke nak tukar kaler?]
aiyo, banyak plak komen. tp blog ni best, huhu...
so, minta izin nak link ea. thanks kak ain=) selamat hari raya. maaf atas segala salah silap.
Post a Comment