Tuesday, September 22

syawal yang hiba.

banyak nya benda nak cakap. tapi tak terluah kan. tapi sebelum aku mengorak kata kepada perkara yang kurang penting, al-fatihah untuk pak uteh yang kembali ke rahmatullah jam 12.30 tgh hari tadi. aku tak rapat sangat dengan pak uteh, tapi aku sedih sangat. mengenangkan anak-anaknya dan isterinya. sebak sangat aku rasa tadi. aku tengok wajah izuddin. dia dah kena jadi ketua keluarga pada umurnya 19. dia masih belum matang, tapi nampaknya dia perlu juga pikul segalanya. aku doakan segalanya dipermudahkan untuk dia.

pak uteh meninggal sebab sesak nafas. ambulans dah dipanggil, tapi tak sempat di bawa ke hospital, pak uteh dah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah. aku sedih tengok mak. 1 syawal tempoh hari, kami sekeluarga bertolak dari batu pahat agak lewat. ayah mahu singgah ke kubur arwah atok di panchor. waktu itu, pak uteh sudah pun menunggu mak. dia nak sangat jumpa mak sebelum dia bertolak ke kampung mak uteh di parit jawa. tapi sebab kami sekeluarga lewat tiba, pak uteh gerak dahulu. mak tak sempat jumpa abangnya syawal ini. sebak betul dia bila dapat perkhabaran itu.

aku sebak sangat masa jenazah disembahyangkan. menitis air mata aku. aku terbayang apa akan jadi jika aku ditempat izuddin. ya Allah, kuat kah aku? takut sangat dengan realiti kehidupan ini. tok wan masih tak tahu tentang pak uteh. ntah lah. pak long dan pak uda rasa, perlu beri masa untuk beritahu atok. walaupun aku tak setuju, siapa lah aku untuk perdengarkan pendapat aku. mereka adik beradik dah bersetuju. biarkanlah. kerana bagi aku, walaupun atok dah nyanyuk, naluri ibu itu kuat. jika anaknya meninggalkan dunia fana ini, nalurinya akan dapat merasa. terpulanglah pak long, pak ngah, pak uda. mak sendiri pun tak dapat ubah keputusan mereka. apa lagi aku?

aku doakan roh pak uteh dirahmati Allah. dan semoga insan-insan yang ditinggalkannya sentiasa di bawah lindunganNya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails