Tuesday, November 24

revolusi ain.

sebab kebosanan, tadi aku bloghop sana sini. aku tengok orang cerita rutin harian mereka macam seronok lak. cerita mereka pegi mana, makan apa,dengan siapa. somehow, diorang berjaya buat penulisan tu jadi menarik. mungkin lenggok bahasa atau gaya penceritaan. atau mungkin juga gambar-gambar yang di upload. aku tak retilah ni semua. tadi ada gak aku snap gambar masa aku masak tadi. konon-konon nak upload and cerita pasal resipi masakan aku tu. but then aku end up delete semua pic tersebut sebab aku blur apa nak tulis.

so here i am, babble ntah pape lagi. kejap lagi mula lah cakap pasal perasaan. haha. typical me. bila lah marina nak balik ni? aku tak sabar nak gi job hunting dengan dia. aku pun tak sangka ayah macam takde cakap pape pasal aku nak cari kerja cuti ni. memang pelik lah. tapi pedulik apa aku. sementara dia bagi ni, baik aku on je plan aku tu.

semalam F ada kerja kat jb. tapi aku tak menyempat nak jumpa dia. dia kerja jauh nun kat taman cendana kat pasir gudang sana. aku nak gi sana, jauh sangat lagi-lagi aku ada komitmen sebagai suri rumah. dia pun susah nak datang sini sebab naik pajero bukan naik kenderaan sendiri. takpela sayang. next time k? kita masing-masing ada komitmen. ceh ceh gedik je ain buat buat understanding. padahal hati meronta-ronta nak jumpa.

takpelah. aku dah berazam nak berubah. sampai bila aku nak jadi pompuan irritating kan? lagipun masih terlalu awal untuk F nampak true colours aku. tunggu lama sikit lah. hehe. kidding *nasib lah dia tak baca blog aku ni* tapi betul lah. aku nak berubah. walaupun shai bukan lah watak baik dalam history aku dengan dia. aku pun sama je. memanglah dia ada pompuan lain. tapi aku rasa one of the reason sebab aku jugak. kalau aku ni pleasant, berapa banyak pompuan pun dia pasang, die takkan lepaskan aku *not that i want to be in that kind of situation* but that's just it. aku banyak kerenah. cerewet. annoying. so, for the sake of this newly built relationship, i want to change. wah angelic gila statement i.

angelic angelic pon aku ada gak tau pasal life si shai tu through adik dia. dengar cite dia memang all out nak suruh gf baru dia tu diterima. aku rasa pompuan tu baik kut *except the fact dia amik bf orang lah, tapi aku tengok skang benda tu trend so mungkin dia berpegang pada may the best women wins kut* ok, back to the point, maybe kalau dia bukan baik sangat pon, dia mampu buat shai happy kut. tengok gaya shai yang bersungguh tu, im sure pompuan tu buat dia happy. although shai terpaksa jadi watak jahat dalam kisah ni tapi endingnya dia jumpa soulmate dia, takpelah. good for him. maybe aku takdelah suci sangat sampai nak mendoakan kebahagiaan dia tapi baguslah die akhirnya jumpa dengan orang yang faham dia and mampu buat dia happy. selama dengan aku ni walaupun buang masa, hope dia ada belajar sesuatu sebab aku akui, banyak aku belajar masa dengan dia.

since break, then kenal ramai laki and kenal F aku semakin positif. aku dengan shai jumpa pada waktu yang salah. maybe dia belum bersedia nak bagi komitmen lagi. sementara aku sangat mendesak. fuh, memang takleh hengat keadaan aku masa break dulu. but im sober now. sekarang aku dah taknak letakkan kebahagiaan aku di tangan orang laki. tak peduli lah apa orang cakap, kalau aku happy aku akan teruskan.ha..tengok tengok tengok. kan aku dah cakap. i will end up babbling about my thoughts. ngeng punya ain.

haha. enough ain. sila pergi tonton TV. bukan kah banyak rancangan menarik. ok, bye bye.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails