Monday, November 2

first time.

wow. sudah lama tak update ini belog. bukan apa. aktiviti memang banyak. tapi yang berkait soal hati ni tak berapa banyak lah. aku lak jenis yang tak begitu suka dan gemar buat laporan tentang aktiviti aku. sekarang ni santai banget. kelas tak berapa ada. duduk maktab melangut je kerja aku. ehee.

semalam aku jumpa seseorang. dah lama tak buat macam ni since single ni. agak awkward lah. selalu i ber huu-haa dengan the girls aje. tiba-tiba awkward lak. aku ni bila awkward mula lah babble benda yang unneccessary. dah macam kalut gila dah. tapi, thank God dia berjaya wat aku tak kekok. *wink wink wink* kalau tak, habis lah i. comment: suka cara dia. sempoi la. i like i like. ahahaha. ain gedik.

tiba-tiba nak flashback moment-moment first aku dengan lelaki yang pernah wujud. first time aku jumpa ikhwan, masa aku nak pegi umrah. dia jumpa aku kat klia. nak mampos agaknya mamat itu. dahla ada mak ayah aku. ayah pandang badi je kat aku. dia macam pelik kut coz itulah kawan laki aku yang first dia pernah nampak. masa tu kan aku baru form 5. sebenarnya aku pun cuak. aku just inform je kat ikhwan tu yang aku dah sampai klia. tup tup dia terpacul kat situ. yang tak tahan nya siap pakai baju melayu. ape kejadah ntah. sampai mati aku kena bahan dengan adik-adik aku.

dengan shai tu, memang lah jumpa, kenal and bercinta since sekolah. tapi luar sekolah tak pernahnya dating pun. first time keluar dating luar sekolah lepas spm. dia kerja kat jb. kerja kfc. kitorang keluar degan naik bas pegi CS (itu je kut yang reachable dengan naik bas). kitorang tengok wayang cite hantu ape ntah yang penting heroin dia halle berry. (i dah lupa tajuknya) keluar je dari wayang, nampak muka raja ridhuan (dia ni deskmate shai aka classmate kitorang). boleh tak bayang kan muka menganjing dia yang tak sudah tu? haha. yang tak tahan nya dia join sekali makan sebab shai belanja (first gaji dia kut). potong betul la raja ni. dia tak tahu ke ni first date kitorang? haha.

hooo-kay.masa matrik lak aku macam ada scandalous sikit dengan dak matrik. orang panggil dia usher (sumpah aku tak ingat nama betul dia) dia ni konon nya admire kat aku. selalu tengok aku dari jauh la konon nya. aku tak pernah tau sape dia. so, one day ni konon dia nak reveal la sape dia. janji nak jumpa kat library. (usher tu yang geek. aku jarang gi library tau) aku bawak ad sekali untuk teman aku. yang tak best nya, ad dah nampak dia dulu before aku. ayat pertama keluar dari mulut ad "ain, memang macam usher tapi versi pendek.haha" siot punya ad. ad pandang sikit punya badi. malu si usher tuh. lepas tu kalau jumpa mesti kat library. tak pernah lak aku jumpa dia kat luar. sebab aku sebenarnya tengah couple dengan shai. dengan usher tu terputus sebab finally dia nak confess la perasaan dia. masa tu la aku bagitau aku ada shai. isk. isk. salah aku kut. aku dah perasan dia macam suka aku. tapi aku biar je. dia pun tak pernah tanya status aku. so technically aku tak tipu dia pun.

panjang kisahnya dengan usher tu. takpelah. tanak ingat. wat sakit hati je. lagipun aku just nak cite moment first time jumpa dia je. :)

ok lah. kan tadi aku cakap aku banyak buat aktiviti kan. sebab kan aku malas nak report, layan gambar jelah ye. nak tengok lagi banyak pegi kat facebook. macam biasalah. sila layan gambar ini semua.










No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails