eheh. tajuk tiada kaitan. ingat tak abang F? alah, abang yang aku macam minat suatu ketika dulu. tapi unfortunately dia dah berkahwin. eheh. tak ingat baca ini.
kenapa aku tiba-tiba mengungkap cerita lama? takde apa pun. saje je sebab kini aku dah pun berkawan dengan abang F ni. oh oh chup chup chup!sebelum anda berperasangka lebih jauh. kawan biasa ye. tiada maksud tersirat langsung. bukan juga teman tapi mesra. kawan, fullstop. since dah tau dia dah kawin tu, takde la aku pursue niat aku nak ngorat dia. (alahai ada hati nak ngorat tuh) but then, aku takde lah berhenti minat dia pun. alah saje je. suka tengok personaliti dia macam funky and funny kut gitu.
baru-baru ni macam rapat dengan dia through facebook. aku yang add dia. mula-mula tu dia anta mesej cakap macam kenal aku. then dah banyak-banyak mesej tu selalu lah gak chat. memang tak meleset pun tanggapan aku. dia ni memang sempoi lah. eheh. nasib baik anda sudah kahwin abang F! tapi apa pun, aku hormat dia sebab dia lagi tua dari aku and sebagai seorang yang bergelar suami orang. sembang pun benda sempoi je. ironi nya, he used to be a dancer dulu. wah. memang pakej lah anda ni.
tapi biasalah tu. yang kita idam kan tu tak semestinya dapat kita miliki. so, aku dengan abang F setakat kawan je. and no! walaupun aku minat dia, aku takdelah nak test market ke, try nak flirting dengan dia ke. in fact, kalau sembang pun banyak cakap pasal kerjaya cikgu, pasal wife dia, pasal anak dia. takdelah nak bincang soal personal sangat.
ada sorang kawan aku cakap, "jangan main dengan api ain.." eheh. thanks buddy. aku tak main dengan api. insyaAllah aku tau batas. kawan je. lagipun i kan dah ada F. adoi. confuse lak jadi nya. *F dengan abang F orang berbeza ye. saiz pun berbeza. ops, sori F..laser lak! haha*
adoi. kaki macam nak patah berdiri basuh pinggan tadi. masyaAllah tergamak betul adik-adik aku wat stail macam ada orang gaji lagi. ada ke along mereka yang anggun ni dianggap sebagai orang gaji? melampau sungguh. ok lah, enough lah ain. jap lagi nak habiskan lipat baju pulak. wah wah, memang dah macam suri rumah.
ok lah. betul-betul nak stop membebel ni. bye bye.
p/s: next sem abang F dah takde, hilang lah sumber inspirasi aku. cewwah.
No comments:
Post a Comment