Saturday, November 19

totally random.

bila tengok sidebar tepi rasa benci je. ni dah novmber. aku baru tulis 77 entry. lack of updates compare to last year and last 2 year. apa aku ni dah tak ada benda nak diceritakan agak nya. dah tak ada benda untuk di complain. rasa bosan gila je hidup aku tahun ni.

ntah lah ek. kalau cakap pasal kekangan masa sebenarnya memang penipu sangat. masa bukan musuh aku. kalau aku rasa nak menulis, in the middle of exam pun apa ada hal. aku rasa semua nya sebab umur dan situasi. sekarang nak tulis apa-apa banyak aku fikir.

tak boleh main tulis je. kena pikir apa orang pikir. kelakar. dulu mana ada aku pikir. suka hati je nak kutuk orang ke apa. tapi yelah, aku dah jadi cikgu. susah sikit lah. masalah. memang sentiasa ada. percaya lah kalau nak dituliskan setiap masalah tahun ni, maka akan lebih banyak lah entry aku berbanding tahun aku break dulu. ehem.

tapi tu lah, bila nak tulis je pikir, wajar ke cerita benda ni? macam tak grow up je. benda kecik pun nak tulis ke. macam sengal je. lama-lama aku jadi boring nak tulis apa-apa. akhirnya aku just baca tulisan-tulisan lama aku je. pastu senyum sorang, pastu mula rasa takut kalau aku dah tak ada benda nak tulis, in the future aku takkan ada benda nak di baca.

harini nak balik jb. akan bercuti selama sebulan. cuti pun otak tak cuti. banyak nak pikir. next year aku amik budak UPSR. lagi nak pecah kepala aku. dengan banyak lagi tugas khas sememang nya cuti bagi seorang guru tu bukan la cuti.

kat fb kat belog banyak aku baca orang kutuk cikgu pasal dapat gaji lebih. lepas tu ada cerita next year kena kerja 9 jam. pastu cikgu complain. pastu cikgu dikutuk lagi sebab dah dapat gaji lebih tapi kerja taknak lebih. benda ni never ending.

surprisingly, sekarang aku tak seradikal dulu. kalau dulu mungkin aku akan sumpah-sumpah orang yang kutuk cikgu tu and take out all the facts la pasal cikgu. aku kalau bab dunia keguruan ni sensitif weh. dulu aku punya la berang kalau yang apply kpli tu niat tak betul. bagi aku niat tak betul dia tu boleh rosakkan budak.

tapi yelah, itu dulu. sekarang aku dah berubah. at least sikit lah. buat apa lah aku nak peduli hal orang lain? baik aku bangun kan diri sendiri dulu. biar lah orang nak kutuk cikgu, aku kena buktikan aku bukan golongan yang diorang kutuk tu. biarlah golongan cikgu nak defend diri sendiri, nak marah bila orang kutuk. bagi aku benda tu tak bawa ke mana.

sekarang aku pikir nak selesaikan tanggungjawab aku je. jangan sampai di soal nanti. aku nak pikir apa yang aku boleh offer pada budak-budak khas aku ni. kalau boleh aku dapatkan C untuk UPSR diorang nanti. kalau boleh aku bagi ilmu dan kemahiran lain pada diorang atau input lain. biar diorang gi sekolah tu dapat sesuatu. tak ada lah bodo-bodo je.

cabaran nya jadi cikgu pendidikan khas ni lagi azab. orang duk ungkit elaun 250 yang kita dapat. kutuk kita kerja senang. persoalkan kita apa sumbangan kita. biar lah. orang tak rasa. orang tak lalui mana dia tau. yang penting aku nak cuba jadi lebih baik tahun depan. tahun ni aku macam kucar kacir sebab baru posting kan. insya Allah tahun depan cuba lebih baik.


p/s yang tiada kaitan dengan entry di atas: kadang-kadang walau dalam marah pun, kita kena pikir kesan kata-kata kita. hati kalau dah sakit, susah nak diubati.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails