Friday, July 24

dambaan sayu.

aku punya satu sakit.
yang tak aku jumpa lagi ubat nya.
kadang-kadang ia datang.
dan kala itu rasa azab nya.

tak ada ubat nya.
aku cuma menanggung sakit perit nya.
mengabai rasa.
akhirnya aku dah biasa.

aku lelah.
tapi aku terpaksa.
sebab aku manusia.
yang tak bisa berbuat apa.
semua dari Dia.
jadi aku redha.

Tuhan, memang aku bukan hamba sempurna.
tapi aku perlu bantuan-Mu.
Tuhan, memang aku tak suci dari dosa.
tapi aku percaya kuasa-Mu.
Tuhan, memang aku sendiri tidak mulia.
tapi, aku jua tidak kejam.

hilangkan sakit ini ya Tuhan.
aku menderita.
masih.

Wednesday, July 22

monolog.


kenapa sekarang aku selalu rasa kosong? aku tak suka perasaan ni. lagi-lagi bila duduk maktab. selalu sangat rasa kosong. tak larat lah dengan perasaan ni. tak sabar nak habis belajar. nak balik rumah terus. mungkin. aku betul keliru, lately. sama ada nak posting di rumah atau tempat lain. apa pun, aku nak cepat habis belajar. dah tak larat duduk maktab. 5 tahun setengah aku kat dalam IPTHO ni. dah tak larat. lama sangat. aku nak jadi cikgu terus. nak mengajar. memanglah orang cakap kerja tu penat. tapi aku nak gak. sebab? sebab bila penat aku tak mampu fikir apa-apa. kan bagus tu..

esok exam dah habis. kenalah pulun buat lesson plan semula. tak pelah. nak rehat sampai bila pun kan? kata practical. minggu ni sabtu ada ko-ko. tapi aku rasa, aku kena balik gak lah. kalau tak, minggu aku akan jadi palat!

Tuesday, July 21

kekuatan.

aku dah tak macam dulu. dulu tak dulu sangat lah. hari tu, rajin aku meluah di sini. tentang apa aku rasa. ni aku dah makin malas. tipu lah kalau aku kata kan aku jadi jarang menulis sebab aku sibuk. sebab hakikat nya aku memang sentiasa sibuk. kerja memang tak putus-putus. tapi tak menghalang aku untuk meluah pun.

dan tak juga sebab aku dah tak rasa apa-apa. aku masih merasa. apa yang aku patut rasa. aku masih ada seribu satu perasaan yang menjengkelkan, menyedihkan, dan ntah apa lagi jenis perasaan. but then, i just stop to care about it. yerp. perasaan tu ada, tapi aku abaikan. kenapa? ntah lahaku sendiri tak pasti.

satu benda yang aku realise. kalau aku tak balik rumah time weekends, minggu aku yang seterusnya tu akan jadi serba tak kena. rasa malas. rasa dull. everything lah. minggu lepas tak balik sebab pegi jenguk makcik kat kajang. takde lah aku nak cakap aku menyesal pegi jenguk makcik. cuma, itu memang apa yang aku alami. bila tak balik rasa tak lengkap.

hari tu aku terfikir nak ubah keputusan. nak posting jauh dari rumah. nak timba pengalaman kat tempat orang. nak berjalan jauh sikit. tapi tiba-tiba aku rasa aku tak boleh. sebab mak, ayah dan adik-adik aku adalah kekuatan aku. semua orang ada kekuatan. ada sesetengah orang, suami dia lah kekuatan dia. ada sesetengah (tapi tak ramai) bf atau gf dia lah kekuatan dia. tak kurang juga yang jadikan kawan baik sebagai kekuatan.

tapi aku, cuma mampu berpasak pada keluarga aku. sampai ada kawan berkata "hai ain..macam mana lah kalau family kau tak ada ek..." terdiam aku. sebab persoalan tu aku pun tak mampu jawab. macam mana? hilang arah lah aku. tapi kan aku masih ada Tuhan.

tapi harap, Allah tak minta aku harungi ujian tu buat masa ni. Ya Allah, bagi aku sedikit masa lagi ya? aku nak bina kekuatan sendiri dulu.

oh ya, sekolah sangat best. memang ada yang nakal, bahkan ramai. tapi mereka buat aku terhibur. sekolah dah boleh jadi happy place aku buat masa ni. sebab seriously, aku tak fikir tentang perasaan yang ntah apa-apa di sekolah. :) syukur.

mak, ayah dan adik-adik. mungkin kalian tak tahu berapa banyak aku perlukan kamu semua sementelah kamu tak perlu berbuat apa-apa. cuma berada di sisi.

Friday, July 17

mixture of feeling.

lama tak menulis. rindu rasa nya. sibuk sangat kebelakangan ni dengan praktikum. semalam aku di observe. gila lah. aku tak boleh blah dengan ari khamis. aku ada double period dengan 3B, double period dengan 3K and aku ada PJ dengan 2K. tambah lak kena observe. haih. semalam aku penat sangat. dah lah penat. orang macam tanak faham lak. cikgu kat sini, nape lah macam pelik sangat. aku nak kena observe ni, sibuk diorang nak guna bilik sains. padahal bukan nak ajar sains. nak ajar bi lah matematik lah. ye, aku tau diorang tengah pulun berebut nak guna LCD dengan projector tu yang cuma ada di bilik sains. ya, memang pun aku tak nak guna LCD dan projector tu. tapi aku perlu guna bilik sains. alahai. tak understanding langsung. tau lah aku ni cikgu pelatih je. agak-agak lah. dah penat lah plaster senyum kat muka hari-hari padahal hati tak berapa nak senyum.bosan lah!

3K buat aku betul-betul berang semalam. serius aku penat tau. asyik bergaduh, menangis. tiap kali kelas macam tu. mana aku nak kejar plan aku, nak entertain budak yang gaduh and menangis lagi? kalau biasa aku tak kisah. masalah nya ari ni aku nak kena observe and aku tertekan!kembar aminah dengan khadijah tu. nama bukan main elok lagi. nama mak nabi, nama isteri nabi. tapi yarabbi. tak penah sekali pun masa sains yang diorang tak buat budak lain nangis. beristighfar je aku.

aku geram sangat dengan 3K. aku menjerit gila-gila.rasa nya kelas seberang boleh dengar. aku suruh diorang berdiri and senyap selama 2 minit. selagi tak mampu senyap tak boleh balik kelas. tu pun ada yang sengaja bunyikan kerusi. tak ke panas hati aku jadinya? muka aku memang merah padam lah sebab marah. tengah aku dengan muka marah ni, Dr Tay dah datang lak. awal gila datang nak observe untuk 3B. Dr Tay macam cuak kut sebab walaupun dia datang, muka aku still muka marah. tak senyum. tak lama lepas tu aku end class. "Thank you class" budak-budak tu, semua bertempiaran beratur kat luar. takut kut. tak pernah nampak aku marah macam tadi. tak ramai salam aku lepas kelas. tak seperti biasa.

aku keluar, nak bagi signal diorang dah boleh balik kelas. "hah, dah kena marah, semua tak nak salam cikgu dah. bagus lah tu" muka masing-masing innocent gila bila aku cakap camtu. lepas tu terpisat-pisat hulur tangan nak salam. aku nampak Dr Tay macam sengih. tak sangka kut aku sanggup marah budak depan dia. biar! biar budak-budak ni tau aku tak peduli. aku tak kan buat baik dengan diorang semata-mata sebab pensyarah aku datang. NO!

lepas tu kelas dengan 3B lak. 3B ni tak nakal pon. bising je. tapi sisa kegarangan aku tadi masih ada mungkin. sebab tu aku macam garang semacam je. even aisyah dengan sharmine yang selalu kepoh pun senyap je masa kelas. Dr Tay cakap dengan syada, aku tak patut marah kan diorang. sebab diorang sangat baik dan berminat dengan lesson. baik? memang lah belajar. tapi kalau dah terlompat-lompat tu ape kejadah nya?aku menjadi bertambah penat sebab student aku tak dapat result eksperimen seperti yang sepatutnya. terpaksa aku tuka plan, buat demonstration.

haih. penat. 2K tak payah aku jelaskan lebih lanjut. diorang ni suka bermain tapi tak mahu dengar arahan. ikut suka diorang je. kalau aku nak kena observe PJ, agaknya kena bius diorang ni tau. serius aku penat semalam. selalu aku buat bodo je nakal macam mana pun budak tu semua. semalam aku dah tak larat. dengan perangai cikgu lagi. haru aku!


p/s: dah lama tak mimpi dia. tiba-tiba mimpi lagi. urgh..disaster betul kalau mimpi berbaik ni.aku benci lah. since 'sahabat' aku call tu. aku jadi benci sangat dengan dia. hipokrit! i never thought i would think of him as that.

p/s/s: ada perasaan pelik yang cuba aku nafikan. oh God! aku tak mahu sejarah berulang. aku mahu perasaan biasa. bukan complicated.

Tuesday, July 14

semoga abadi.

ada sahabat hubungi lagi.sahabat lain pula. bukan yang sama. terharu sebab ada orang masih peduli hal aku. kaum adam pula. mana tau, semua berpihak pada dia. memang aku prejudis. maaf, ini aku tak dapat elak. sebab aku rasa dia ramai kawan. yang juga merupakan kawan aku. tapi mereka lagi percayakan dia. itu yang aku rasa. ternyata sahabat yang tadi hubungi aku mahu bersifat adil. mahu dengar cerita dari kedua belah pihak. sahabat itu kagum. kagum kerana cerita kami selari. cuma perspektif saja berbeza. ntah lah. banyak yang sahabat tu cakap kan tadi. jadi suntikan motivasi pada aku. aku sendiri pun lebat bercakap tentang ketentuan, masa depan dan sebagainya. biasalah cikgu. bercakap tu memang makanan aku. tapi pelaksanaan? belum tentu A+ sahabat tu pun dah jumpa wanita itu. aku sekarang ni tak pasti dengan perasaan aku sendiri. masih kah aku mahukan dia. kalau diselami sedalamnya, macam dah tak mahu lagi. pelik lah perasaan ni. sebenarnya sejak ber'practical' ni, aku terlalu sibuk untuk fikir tentang ini dan bersedih. kalau terfikir pun macam angin lalu. tapi bila dapat panggilan dari sahabat tadi, tiba-tiba aku jadi sebak pula. tapi yang nyata, aku tak pasti kenapa aku sebak.

" kau dah jumpa pompuan tu? macam mana dia? cantik?"
"ha, ni yang aku tak nak dengar kau cakap ni. tak payah tanya soalan macam tu. macam loser tau"
"alah, cuma nak tau je."
"tak payah tau. mungkin cantik bagi shai tapi tak cantik bagi aku. mana kita tau kan?"

alah, cantik atau tak, dia yang dipilih. nak cakap apa. aku pun bukan kategori pompuan cantik. kalau itu yang dia kejar, memang aku kalah. kalau dia kata sebab pompuan tu lagi fahan dia, memang advantage dia. sebab sama-sama dalam bidang banking ni kan. seketika, bila dengar cerita sahabat, aku menyumpah juga dalam hati. " mintaklah tak lama diorang tu.mintaklah dia cepat kena buang kerja. " tapi itu cuma monolog. lepas tu, rasa bersalah pula terlintas macam tu. biarlah orang buat kita. jangan kita buat orang. bila dengar cerita sahabat yang dia dengar dari dia. aku macam kesal. aku tak faham dia. lepas seminggu break terus jumpa orang yang faham dia? bravo shai! bravo untuk kau. aku tak tau apa yang kau alami sekarang. aku ni tak lah baik sangat. tapi untuk mendoakan perkara buruk jadi pada kau, aku tak mampu. ini soal hati mungkin. memang susah nak uraikan. bukan soal cinta. mungkin sayang tu masih berbekas dan atas dasar kita pernah berkawan. memang aku anggap kau kawan. cuma kau yang anggap aku beban. sebab tu, bersama aku menyiksa kan kau. semoga beroleh kebahagiaan yang abadi. aku ikhlas.

Monday, July 13

perihal lagu tema.

pagi tadi drive pulang ke maktab dengan hati senang sebab terhibur dengar hot.fm

muzik ni penting tau. betul. serius tak tipu. kalau tengok cerita-cerita yang best pun, muzik latar memang main peranan. macam lagu "Ku Mahu" tu. Spa Q dah habis. tapi setiap kali dengar lagu tu mesti terbayang watak-watak Spa Q. aku rasa ramai gak yang rasa camtu. bagi aku, cerita akan jadi kosong gila kalau tak ada muzik latar. dia sama-sama tau. kadang-kadang lagu tu tak best. tapi jadi best sebab ia melatari cerita yang best. kadang-kadang lak cite yang tak best tapi dek mood lagu yang sungguh memberangsangkan, jadi best la cite tersebut.

nak cakap gak. hidup pun ada lagu tema nya yang tersendiri. aku tak tau pasal orang lain. tapi aku memang ada. satu-satu lagu tu akan jadi signifikan gila kalau ia melatari sesuatu dalam hidup aku. macam kalau aku dengar lagu "Jesnita", pap aku teringat shai. ada la kan peristiwa nya sampai lagu tu jadi signifikan dengan dia. later aku cerita. lagu "Rela kupujuk" wat aku ingat pada usher. sebab dia penah dedicate lagu tu pada aku. kalau lagu "Bisikan nurani" lak buat aku ingat pada ikhwan. sebab masa aku nak pegi umrah dulu, dia anta aku kat airport. pastu dalam flight lak first time aku dengar lagu tu. so, bila dengar lagu tu memang ingat kat dia la.

bukan life aku je aku taruk lagu tema. life orang lain pun aku sibuk letak lagu tema. macam lagu " teman tapi mesra" tu memang wat aku ingat sejarah awal perkenalan adik aku dengan aza. sekarang dah lebih dari teman. lagu coco "mengintai langit" wat aku teringat kat ex nurin si fuad tu. tak tau lah nape lagu tu aku rasa signifikan untuk dia.maybe sebab dia selalu rendah diri kut. rasa tak layak couple dengan nurin. "maafkan aku kerna menyintamu. maaf jika ku tak padan denganmu.tapi kuberjanji. kau juita hati, akan kujaga hingga akhir nanti"

tapi lagu tak semestinya dikaitkan dengan bf, ex mahupun scandal. peristiwa lain pun boleh. macam lagu "aku cinta aku rindu" tu memang lagu karaoke aku. dulu kat sains johor aku nyanyi lagu tu dengan rushee, dapat johan masa karnival yang batch aku organize. then masa probag kat kampung orang asli aku nyanyi lagu tu lagi, berduet dengan faizal. tak tau la nape aku suka nyanyi lagu tersebut. pastu, kalau nak cakap pasal kenangan pahit lak. lagu "starlite" lah ape lagi. sampai mati kut aku tak akan lupa kesumbangan suara aku malam itu.haha. tak mau nyanyi lagu tu lagi. dalam bilik air pun tak mau!


p/s: lagu "standing in the eyes of the world" memang lagu komanwel!

Sunday, July 12

monokrom?

Jika ku seorang pelukis
akan ku warnai dunia
dengan warna putih
agar tiada gelap
lukisannya
putih je? mana boleh? tak kan tak ada shading langsung kot ye pon monokrom?orang art pun marah tau. memang lah seni tu abstrak. tapi kalau putih je, mana kontras nya?
apa yang naik dalam lukisan tu?
macam hidup lah. bahagia je, tak ada derita. mana nak nampak manis nya gembira?
bercinta. elok je sepanjang masa. tak penah gado. mana nak rasa sweet nya make up balik lepas gado. kan kan kan? tak gitu?
so, nikmati hidup yang pelbagai ni dengan relax. cuma pikir, lepas datang nya kesusahan, akan ada kesenangan. aku ni sedang dalam fasa bersabar. sedang tunggu perkara baik jadi pada aku. harap Tuhan tak hampakan aku. dan aku percaya, Dia tidak akan. optimistik kan aku sekarang? he.. pikir banyak-banyak pun membazir je.

Saturday, July 11

bla bla bla.

tadi lepas penutup camping, gi kuar dengan warga SK Convent. ni yang single mingle jela. tak termasuk akak-akak yang dah kawin tu semua. tadi yang ada, Kak Mayzah, Kak Leha (kawan Kak Mayzah), Kak Emi, Cikgu Azizi serta rakan-rakan nya. Agenda pertama ialah bowling. sah sah lah aku ni kayu bab bowling ni. pakat masuk longkang jela bila aku main. damn! rasa cam buang duit dalam longkang tu je. tapi dah diowang sumer minat sangat aku layan kan jela. orang lain main 2 game, aku main 1 je. tak larat nak malu kan diri sendiri lagi. agenda selanjutnya ialah tengok movie. time ni, Cikgu Azizi and the gang tak join. diorang sambung main bowling. so, kami th ladies ni jela layan movie.

peringatan di sini, aku kena tido sekolah malam tadi. tapi tak tido pon sebab dalam pukul 3 camtu hujan turun, terpaksa pindah kan budak-budak tu dari khemah ke kelas. basah kuyup diorang. yang nak tambah musibah nya lagi, tak lama lepas tu, black-out la pulak. alahai. aku and cikgu-cikgu yang kena tido sekola (syada, faez,fithri,Kak Azlin, Kak Mayzah, Cikgu Zizi) round la kelas. ada 1 kelas yang aku masuk ni takut gila sebab gelap. terpaksa aku teman and tunggu situ sampai diorang tido.aii, memang sadis.

gedebak gedebuk, dalam kul 5 camtu baru reda. baru la nak duduk kat surau (tempat cikgu pompuan tido). borak-borak sikit, bla bla bla, agaknya kul bape ntah baru terlelap. nak tau kul bape bangun balik? aku tengok jam masa bangun tu ada la dalam kul 5.45 gitu. yarabbi.

masa tu, budak-budak dah penuh kat surau. nak get ready solat subuh jemaah. aku dengan syada macam mamai gila. otak tak centre lagi. kitowang gi kat kereta, sambung ZZzzzZZZzz. lepas tu tak ingat lak sedar kul bape. tapi kesimpulannya memang penat.

plan nak kuar ni dah wat lama. so, walaupun aku and syada macam separuh nyawa nak pengsan, kitowang layankan gak keluar. main bowling tu aku boleh handle lagi sebab ada la pergerakan. tapi bila tengok movie tu memang dah limit aku kut. dengan aircond nya, kerusi comfy nya. sound effect bong bang pon aku boleh terlelap.

sadis. sebab bangun-bangun aku tengok part tukar jantung tu. memang dah habis. siot! terbang rm9 begitu saja.

Wednesday, July 8

jeles.

kak zai adalah orang kedua happening kat convent tu. yang pertama kak mayzah, cikgu pj tu. kak zai ni kerja kat kantin sekolah. dia sangat lah happy go lucky no matter what. seronok tengok dia. kena marah pun buat muka toya je. bagus orang macam ni. kak zai ni aku kategorikan agak cun. itu pandangan aku lah. aku ni bias sikit. kalau aku suka orang tu, serta merta dia jadi cun. kalau aku tak suka, dia cantik macam aishwarya rai pun aku kata dia hodoh. bias gila kan?takpelah. not the point. oke, kak zai ni cun. nampak dia macam muda gila. tapi hari tu dia dah bagitau umo dia 31. tapi memang nampak muda gila. tadi aku saja tanya soalan cepu emas kat dia. "akak, nak tanya soalan bonus ni. da kawin?" kak zai macam tak bajet gila kut soalan tu. tapi dia relax je jawab, "eh, muka cun macam ni. mesti lah dah kawin. " aku percaya je. tapi syada macam tak bape percaya. kak zai pun cakap, "betul lah. anak dah 5 tau" sekali lagi aku percaya tapi syada tak bape percaya. kak zai kata dia kawin umo 17. anak sulung dia sekarang dah 13 tahun. bayang kan eh, anak dia dah 5 tapi figure serious macam anak dara, ngalah kan Isma AF tu. Isma AF tu kita tengok figure dia adalah gak macam mak orang. tapi kak zai ni halus gila and macam anak dara umo 24, 25 gitu. "akak cuci tangan dah. lepas ni tunggu anak besar je. i dah tak kuasa nak pegang pampers lagi" hai..seronok aku tengok kak zai ni. agaknya dia awet muda pun sebab dia sendiri tak pikir banyak-banyak. rilek je. kan seronok kalau aku umo 31 dah ada anak 5. tapi aku nak ada degree gak dalam masa yang sama. boleh ke?



*nanti aku upload pic kak zai ni kalau aku dah amek gamba dia. nak cakap yang body dia memang tak serupa mak anak 5.

Monday, July 6

kawan, fullstop.


agaknya, memang ada orang yang cuma ditakdirkan untuk jadi kawan yang baik.
tapi setakat kawan je. tak lebih dari itu.
sebab kalau lebih dah tak jadi baik dah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

macam aku.
kawan je.
fullstop.

Sunday, July 5

jejaka anak sulung.

perkara ni tak penting. tapi nak luah juga. sebab? ntah. tak ada sebab pun. saje je. aku bercerita tentang seorang kawan laki. memang kawan je. tak lebih pun. kebetulan dia anak sulung. tiba-tiba mak cakap.

" kau ni asyik berkawan dengan anak sulung je. kau anak sulung kena cari anak bongsu. baru serasi"

selalu nya aku akan cakap..

"mak, ni kawan biasa jela. kawan ber hu-ha"

tapi tiba-tiba aku pause and flashback balik. memang aku senang rapat dengan lelaki anak sulung.

kenapa ek?

memang lah couple serious tu baru sekali. tapi, lelaki yang terlibat dengan aku, kebanyakannya anak sulung. paling tak pun, lelaki sulung.
aisk. baru perasan. rupa nya dalam tak endah mak aku tu. peka juga dia ye?

ada kawan dengan anak bongsu. tapi macam tak 'in'. ada je yang tak kena.
kenapa ek?

jalan ini.

aku menyelusuri jalan ini lagi.
perlahan.
berhati hati.
langkah ku henti.

aku tunduk.
aku mengutip serpihan kenangan.
serpihan manis.
serpihan pahit.
serpihan yang buat aku kenal dia.
serpihan yang buat aku kenal cinta.

kurangkul semuanya.
kupeluk erat.
kutabur ia ke udara.
bak titis titis hujan.
serpihan itu membasahi aku.
aku nikmati ia.
walau ia tinggal sejarah.
serpihan manis jatuh di telapak tanganku.
senyum terukir.
masih indah.

sejenak air mata ku titis kan.
pantas ku seka ia.
air mata kerinduan.
namun aku senyum kembali.
tinggal sejarah.
namun aku bahagia.
kerna
aku pernah merasa.
manis nya ia.
senyum lagi.
air mata yang ku seka telah berhenti.

ntah esok, ntah lusa.
aku akan selusuri jalan ini lagi.
tak mengapa.
aku dah biasa.

Thursday, July 2

2 kreatif yang 'kreatif'

practical wat fikiran aku teralih seketika. bukan tak fikir langsung tentang itu. cuma teralih sikit. setiap hari pun asyik nak cakap pasal sekolah. memang banyak yang menarik. yelah, aku memang suka bab-bab mengkaji manusia ni. dan di sekolah, setiap hari ada situasi baru kan. seronok lah walaupun kacau bilau sikit sebab semua nya tak confirm lagi termasuklah time table. jangan di pindah semula ke sesi pagi, sudah lah. macam dah seronok pula di sesi petang.

tak tahan betul dengan student cilik aku. walaupun rasa kelakar gila and tak tahan nak ketawa pun, aku control kan aje. kena lah serius kan. bongok gila. tadi masa ajar kelas 2 kreatif. masa stage reflection of ideas, before nak end class, cikgu suppose to wrap up lah apa yang dah di ajar. kena tanya student apa yang diorang dah pelajari pada hari tersebut. so, macam teks yang dah biasa aku keluarkan, aku pun tanya kat student aku

" ok class, can you tell me what do you learnt just now?"

dan sekonyong-konyong itu student aku beramai-ramai jawab dengan serentak..

"science......."

yarabbi.tak ada perasaan betul muka diorang jawab macam tuh.memang la belajar sains. dah masa sains. yang aku maksudkan topik apa yang diorang belajar. syada dah gelak sakan je kat tepi tu sebab kali ni pair teaching. mangkuk betul lah. aku pun terasa nak gelak guling-guling tengok gaya diorang jawab dengan penuh confident. tak pelah. lagipun diorang sebenarnya student syada. aku ajar sebab Dr Tay nak observe pair teaching.hadui budak-budak ni. pecah perut aku dibuat nya tau.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails