Monday, November 30

pinky lady contest



yesza. its kind of last minute, tapi nak join juga contest ni. hope penyertaan i akan diterima cik puan penganjur.

ada apa dengan PINK?

PINK ni lembut and sangat sesuai dengan naluri kewanitaan. the very feminine gitu. ah, klise sangat kan statement ini? eheh.

ok, walaupun i ni bukan pandai sangat bagi justifikasi, sini i nak cerita apa best sangat tentang pink dari my point of view selaku peminat tegar PINK since i cant rememver.

PINK sangat miraculous sebab in case you all notice lah kan, PINK can be match with both dark tone and light tone. PINK adalah warna yang versatil.

PINK juga sangat awesome sebab PINK sebenarnya bukan hanya satu warna sahaja, titik. PINK boleh jadi shocking PINK sesuai untuk individu yang berani. PINK juga boleh jadi soft PINK aka baby PINK sesuai untuk individu dengan watak adorable dan comel gitu. PINK adalah warna yang variasi.

dan, yang paling penting. PINK adalah warna yang vogue da vasz! bila anda memakai PINK, nescaya anda akan kelihatan vogue da vasz juga!

pendek kata, PINK = 3V [versatil + variasi + vogue da vasz]

ok, dah cukup dah dengan justifikasi bagai, here cik puan penganjur i would like to present to you my pinky picture featuring me [cik nurulain]



baiklah. harap penyertaan i ni diterima cik puan penganjur. :)

Sunday, November 29

unexpected.

tak boleh tido lantas aku bloghop sana sini sehingga terjebak nak masuk contest. contest berkaitan pink lak tuh. (nantikan entry contest aku. baik punya. haha) memang masuk mulut harimau lah aku ni.

tarikh tutup contest tu 30hb. dah suntuk sesangat dah. disebab kan aku ni peminat pink yang tegar sedari dahulu kala lagi, aku pun berjalan-jalan lah dalam folder gambar aku (cewwah, berjalan-jalan ingat refleksologi ke ape?) seriously, aku tak sangka akan jadi macam begini endingnya.

hurm. walaupun susah aku nak put an end to everything about shairazi samsudin, eventually aku try jugak. SS is my history since 8 bulan lepas kut. kalau nak tahu kisahnya baca lah entry bulan april and bulan may k.. (kalau interested lah, tanak sudah. tak paksa pun) aku buang barang-barang yang dia bagi. sebab aku nak cuba lupakan dia. yang paling aku sayang ialah ayaPink. teddy bear besar kaler pink kesayangan aku. but then aku fikir, camne lah aku nak lupakan dia kalau malam aku dok peluk barang pemberian dia kan? so satu persatu barang pemberian dia aku buang.

kemuncaknya adalah gambar-gambar aku dengan dia dalam laptop. sahabat-sahabat sejati aku suruh aku delete semua gambar aku dengan dia. aku cakap ye, aku delete. tapi hakikatnya aku cuma sorok folder tu dalam partition lain. bila sahabat-sahabat check, memang dah tak ada dah. padahal hanya aku yang tahu kat mana semua gambar-gambar tu. memang masa tu aku in denial gila-gila. budus punya ain.

tapi suatu hari ni, gambar aku dan kawan-kawan konvoi ke melaka hilang. (kalau yang peka dengan status facebook aku mesti ingat, aku merintih sebab gambar konvoi melaka hilang) marina tolong aku jejak semula gambar-gambar tersebut. dalam usaha nak cari gambar yang hilang tu dalam laptop aku, masa search tu, terkeluar lah gambar-gambar aku dgn SS. marina macam tanya aku, "kau tak delete lagi ke ain?" aku macam wat muka innocent je masa marina tanya tu. tapi dalam hati cuak gak. mana tau marina bagitau kawan-kawan lain yang aku tipu je cakap dah delete gambar.

tapi aku rasa, marina tak bagitau diorang pun. tak lama lepas insiden tu, aku bertekad nak delete betul-betul semua gambar-gambar aku dengan SS. aku dah taknak hidup in denial. aku nak move on. seriously aku delete the whole folder. gambar aku dengan dia, gambar dia sorang. memang dah clear lah.

but then, masa aku tengah jalan-jalan cari gambar untuk masuk contest tu tadi, aku terjumpa gambar-gambar aku sorang. gambar yang SS snap. masa tu hati aku ada teruntun sikit. sambil tu aku macam maki diri sendiri betapa comot dan tak gorgeous nya aku ketika itu (takde lah nak cakap sekarang ni aku gorgeous. isk isk). then scrol lagi dan lagi. ops..i came across a picture. gambar tu dalam folder me myself and i. kununnya gambar solo. rupanya aku tak realise ada SS dibelakang.

alamak. tiba-tiba macam sedih semula. argh! apakah? normal ke ek aku rasa macam ni? ini makna nya aku belum move on ke? isk, tak kut. dia history aku. maybe sedikit sebanyak, aku masih lagi ingat kat dia. lagipun. bukan senang kan kita nak padam orang yang dah lama jadi sebahagian hidup kita. maybe bagi dia mudah kut untuk padam aku. tapi aku tak semudah itu. oh. ok, hati sedikit teruntun. but i dont shed a single tears pun. maybe aku cuma teringat kat dia je kut. :) and bagus nya, aku tak terasa macam nak kutuk dia pun. selalu kalau teringat atau terfikir pasal dia, laju je aku mengeluarkan kata-kata kurang manis dan tidak bertamadun.

ini lah gambar keramat tersebut. tak sangka ya. ada lagi. kenapa lah susah ek untuk aku buang kau SS. aku tengok kau ni macam senang-senang je buang aku. literally lah.




ok dah ain. enough with the touchy touchy mode. masa dah suntuk. wah, nampaknya esok aku ada photoshoot lah ye? haha. semangat semata-mata nak masuk contest pink bagai.

p/s: mana top brown polkadot ni ek? macam dah lama je aku tak pakai. oh well, time to do scavenger hunt in my closet! haha~

Saturday, November 28

jangan jangan kau menolak cintaku..

eheh. tajuk tiada kaitan. ingat tak abang F? alah, abang yang aku macam minat suatu ketika dulu. tapi unfortunately dia dah berkahwin. eheh. tak ingat baca ini.

kenapa aku tiba-tiba mengungkap cerita lama? takde apa pun. saje je sebab kini aku dah pun berkawan dengan abang F ni. oh oh chup chup chup!sebelum anda berperasangka lebih jauh. kawan biasa ye. tiada maksud tersirat langsung. bukan juga teman tapi mesra. kawan, fullstop. since dah tau dia dah kawin tu, takde la aku pursue niat aku nak ngorat dia. (alahai ada hati nak ngorat tuh) but then, aku takde lah berhenti minat dia pun. alah saje je. suka tengok personaliti dia macam funky and funny kut gitu.

baru-baru ni macam rapat dengan dia through facebook. aku yang add dia. mula-mula tu dia anta mesej cakap macam kenal aku. then dah banyak-banyak mesej tu selalu lah gak chat. memang tak meleset pun tanggapan aku. dia ni memang sempoi lah. eheh. nasib baik anda sudah kahwin abang F! tapi apa pun, aku hormat dia sebab dia lagi tua dari aku and sebagai seorang yang bergelar suami orang. sembang pun benda sempoi je. ironi nya, he used to be a dancer dulu. wah. memang pakej lah anda ni.

tapi biasalah tu. yang kita idam kan tu tak semestinya dapat kita miliki. so, aku dengan abang F setakat kawan je. and no! walaupun aku minat dia, aku takdelah nak test market ke, try nak flirting dengan dia ke. in fact, kalau sembang pun banyak cakap pasal kerjaya cikgu, pasal wife dia, pasal anak dia. takdelah nak bincang soal personal sangat.

ada sorang kawan aku cakap, "jangan main dengan api ain.." eheh. thanks buddy. aku tak main dengan api. insyaAllah aku tau batas. kawan je. lagipun i kan dah ada F. adoi. confuse lak jadi nya. *F dengan abang F orang berbeza ye. saiz pun berbeza. ops, sori F..laser lak! haha*

adoi. kaki macam nak patah berdiri basuh pinggan tadi. masyaAllah tergamak betul adik-adik aku wat stail macam ada orang gaji lagi. ada ke along mereka yang anggun ni dianggap sebagai orang gaji? melampau sungguh. ok lah, enough lah ain. jap lagi nak habiskan lipat baju pulak. wah wah, memang dah macam suri rumah.

ok lah. betul-betul nak stop membebel ni. bye bye.

p/s: next sem abang F dah takde, hilang lah sumber inspirasi aku. cewwah.

Tuesday, November 24

revolusi ain.

sebab kebosanan, tadi aku bloghop sana sini. aku tengok orang cerita rutin harian mereka macam seronok lak. cerita mereka pegi mana, makan apa,dengan siapa. somehow, diorang berjaya buat penulisan tu jadi menarik. mungkin lenggok bahasa atau gaya penceritaan. atau mungkin juga gambar-gambar yang di upload. aku tak retilah ni semua. tadi ada gak aku snap gambar masa aku masak tadi. konon-konon nak upload and cerita pasal resipi masakan aku tu. but then aku end up delete semua pic tersebut sebab aku blur apa nak tulis.

so here i am, babble ntah pape lagi. kejap lagi mula lah cakap pasal perasaan. haha. typical me. bila lah marina nak balik ni? aku tak sabar nak gi job hunting dengan dia. aku pun tak sangka ayah macam takde cakap pape pasal aku nak cari kerja cuti ni. memang pelik lah. tapi pedulik apa aku. sementara dia bagi ni, baik aku on je plan aku tu.

semalam F ada kerja kat jb. tapi aku tak menyempat nak jumpa dia. dia kerja jauh nun kat taman cendana kat pasir gudang sana. aku nak gi sana, jauh sangat lagi-lagi aku ada komitmen sebagai suri rumah. dia pun susah nak datang sini sebab naik pajero bukan naik kenderaan sendiri. takpela sayang. next time k? kita masing-masing ada komitmen. ceh ceh gedik je ain buat buat understanding. padahal hati meronta-ronta nak jumpa.

takpelah. aku dah berazam nak berubah. sampai bila aku nak jadi pompuan irritating kan? lagipun masih terlalu awal untuk F nampak true colours aku. tunggu lama sikit lah. hehe. kidding *nasib lah dia tak baca blog aku ni* tapi betul lah. aku nak berubah. walaupun shai bukan lah watak baik dalam history aku dengan dia. aku pun sama je. memanglah dia ada pompuan lain. tapi aku rasa one of the reason sebab aku jugak. kalau aku ni pleasant, berapa banyak pompuan pun dia pasang, die takkan lepaskan aku *not that i want to be in that kind of situation* but that's just it. aku banyak kerenah. cerewet. annoying. so, for the sake of this newly built relationship, i want to change. wah angelic gila statement i.

angelic angelic pon aku ada gak tau pasal life si shai tu through adik dia. dengar cite dia memang all out nak suruh gf baru dia tu diterima. aku rasa pompuan tu baik kut *except the fact dia amik bf orang lah, tapi aku tengok skang benda tu trend so mungkin dia berpegang pada may the best women wins kut* ok, back to the point, maybe kalau dia bukan baik sangat pon, dia mampu buat shai happy kut. tengok gaya shai yang bersungguh tu, im sure pompuan tu buat dia happy. although shai terpaksa jadi watak jahat dalam kisah ni tapi endingnya dia jumpa soulmate dia, takpelah. good for him. maybe aku takdelah suci sangat sampai nak mendoakan kebahagiaan dia tapi baguslah die akhirnya jumpa dengan orang yang faham dia and mampu buat dia happy. selama dengan aku ni walaupun buang masa, hope dia ada belajar sesuatu sebab aku akui, banyak aku belajar masa dengan dia.

since break, then kenal ramai laki and kenal F aku semakin positif. aku dengan shai jumpa pada waktu yang salah. maybe dia belum bersedia nak bagi komitmen lagi. sementara aku sangat mendesak. fuh, memang takleh hengat keadaan aku masa break dulu. but im sober now. sekarang aku dah taknak letakkan kebahagiaan aku di tangan orang laki. tak peduli lah apa orang cakap, kalau aku happy aku akan teruskan.ha..tengok tengok tengok. kan aku dah cakap. i will end up babbling about my thoughts. ngeng punya ain.

haha. enough ain. sila pergi tonton TV. bukan kah banyak rancangan menarik. ok, bye bye.

Sunday, November 22

new chapter.

i just don't understand guys. they are interested in you in the beginning, then they acted like there's nothing going on, ignoring you like im giving a shit with the idea of girls liking bad boys aka boys who treat them badly. playing games. tarik tali lah konon. oh my God, that is so last season okay?

but then, the moment they knew that you are already someone else's, the came crawling back. oh God, is that what it takes to make guys notice? why on earth, do they have to lost you in order to realise they want you. like, really really want you. urgh. disturbing ok. but then, it make me realise im making a wise decision. if im choosing that type of guy, im risking my happiness. i could be plotting the same stories. histories could be repeated. R is that type of guy. im sure he is.

im happy with F now. im not sure about future, but right now, im happy. he make me happy. seriously. i even texting while driving. (yeah yeah i know its normal for u guys, but its not something ill do normally) haha. im crazy now. though i negative feedbacks from acquaintance like, "kak, nape pilih dia? kan ramai yang tengah usha akak" im really happy. maybe he's not the perfect guy in other women eye's. but through my eyes, he's perfectly fine. :) usually, i think a lot about what other people might think and judge. now, not anymore. deep in my heart, i knew out of so many guys, he's da sweetest. always cheering me up. always wanting me to be happy even if its being with another guy instead of him. yerp.

haha. enough la with the jiwang jiwang mode ain. tau lah tengah rindu. annoying betul bila ain rindu kan someone. ok lah. nak sambung dengar lagu lagu jiwang. chiow~~

Saturday, November 21

gedik seyh.

haih belog ku. dah bersawang nampaknya. sori sebab abaikan anda ye belog. aku tengah musim exam hari tu jadi busy lah sikit. lagipun kan, minggu terakhir kat maktab tu, laptop dah tinggal kat rumah, so nak online memang limited lah. harapkan laptop marina je.

alamak. bila hati senang ni, tak ada apa sangat nak story lah. ni pun cuti sudah mula. duduk rumah jela, tapi cuti kali ini mau kerja sama marina. hope jadi lah. dapat duit sikit, lagipun naik sem nanti terus praktikal, elaun pulak berjeman baru masuk.

tadi aku baru nonton gossip girl season 3 sampai episod 9. yeah, im currently obsessed with chuck bass. dah musim gila chuck bass balik dah aku ni. hope ezad tak marah. i boleh adil lah ezad. walaupun chuck tu international. i tetap sayang you lebih. hehe.

oh ya, hari tu pegi karaoke dengan F. dia memang suka nyanyi. dia sangat menyampah dengan obsesi ku terhadap ezad exist. tapi sebab aku minat dia layankan aje. last-last tu die nyanyi lagu exist. hadui. bukan tak sedap. tapi boleh bayangkan tak lagu exist bawak guna lenggok mawi? hadui. dah lah aku tak minat mawi. tak mengapalah, asal kan anda bahagia.

baiklah, dengan gedik nya aku nak tujukan lagu ni pada F. sila jangan muntah.

indah percintaan-siti nurhaliza

Indahnya percintaan
Bersamamu
Terlena Dibuai
Kasih Sucimu

Rindu Yang Kualami
Dari Hati Tak ku Sangsi
Luka Yang Semalaman
ku Noktahkan

Indahnya percintaan
Bersamamu
Bertemu Dirimu
Tikaku Perlu

Takku Mimpikan Begini
Dulu Takku Percayai
Oh Kasih

Pertama Kita Bertemu
Sememangnya ku Meragu
Oh Salam Perkenalan
Yang Dirimu Hulurkan

Tak Pasti Pula ku Mengapa
Mungkin Kerna ku Terasa
Perlu Mengenal Dulu
Hati Budi Dirimu

Kesabaran ku Menanti
Terbukalah Pintu Hati
Menyambut Keikhlasan
Kasih Seorang Insan
ku Terima
Dirimu Yang Istimewa

Yang ku Pinta Yang Kuharapkan
Oh Bahagia Terus Berkekalan
Janji Mu Kan ku Ingat ku Pegang
Oh Sayang




p/s: aku tau vid klip ni membunuh mood jiwang dan sangat irritating. just bare with it. haha~

Saturday, November 14

mencintai VS memiliki

mencintai tak sama dengan keinginan untuk memiliki.
benar sekali.

kau ingin miliki wanita itu kerana dia nampak hot, seksi dan pandai layan laki.
tapi adakah kau cintakan dia? mungkin tidak. sekadar perasaan teruja. tak sampai nak jatuh cinta pon.

kekeliruan dah semakin malap sekarang. petunjuk macam dah nampak. aku tau siapa yang mampu buat aku bahagia. yang mungkin tak berniat untuk aku miliki pada mulanya tapi sudah perlahan-lahan aku semai kan sayang untuknya.

dia yang pada mulanya ingin aku miliki dan ingin juga memilikiku, baru aku sedari, tak pernah aku sayangi apalagi mencintai. dan tak pernah aku lihat dia paparkan rasanya itu pada ku. buat aku semakin tawar hati. hei, kau bukan bagus sangat. one day u'll realise and u'll regret. trust me.

meanwhile,

dia,
buat aku senyum sorang-sorang.
buat aku rasa aku lah perempuan paling istimewa.
buat aku rasa nak tujukan pada kau semua lagu cinta yang aku suka.
buat aku lega sebab ada juga orang rasa perangai irritating aku comel.
buat aku sedar yang hati aku ni memang macam kerak nasi sebenarnya.
buat aku sedar secara realitinya, kehendak aku tak sehaluan dengan keperluan aku.
buat aku nyanyi lagu 'crazier' banyak-banyak kali sambil bayangkan aku taylor swift.



i think im falling for you, slowly but steadily.
seems like its not a feeling i wish to avoid.

perempuan mana yang tak suka dapat bunga? sila jangan tipu. walau kau tomboy sekali pun, tindakan refleks bila dapat bunga ialah menerkamnya sambil senyum. aku seorang yang ekstrim. boleh bayangkan pompuan jakun tak pernah dapat bunga ni punya reaksi? sila kreatif dengan imaginasi anda. sesungguhnya aku memang pompuan ekstrim. :)

Monday, November 9

pilihan.

membuat pilihan bukan mudah. lagi pula kalau ciri-ciri yang nak dinilai tak sama. lainlah kriteria nye sama. macam dua-dua cantik, kita pilih yang mana paling cantik. tapi kalau kelebihan dan kekurangannya tak sama, macam mana? macam handbag. satu design cantik tapi kaler tak cantik. yang satu lagi kaler cantik tapi design hampeh.sangat susah ok? (dilema yang selalu dilalui cik ain si penggila handbag)serius. tapi dalam hidup, kita sentiasa dipaksa buat pilihan. kita tak dapat bolot semua.

sebab ada pilihan la akan ada juga penyesalan. macam apa yang kita pilih tu akan lead kita pada sesuatu, kalau pilihan yang kita buat tu adalah the ultimate choice, then gembira dan bahagia lah kita. but then if we don't pick wisely, it'll lead us to regret it. bila ada penyesalan tentu ada keazaman untuk tidak mengulangi perkara itu. tapi manusia mudah lupa. nanti ulang juga. hidup manusia ni penuh dengan pilihan yang salah agar kita dapat belajar sesuatu. nak achieve something memang payah. kena lalui kesusahan dulu. hadoi. memang tak ada shortcut langsung.

dalam nak buat pilihan ni macam-macam akan occur. kita sebenarnya cukup wise untuk menilai cuma kadang-kadang gerak hati mahukan sesuatu yang bertentangan dengan logikal akal. hidup ni tak konkrit. ia sesungguhnya sangat lah abstrak. itu lah perlunya hati. sebab otak tu macam satu mesin pengekod. dia proses benda dengan satu hala saja. lepas tu kena maik kira antara kemahuan dan keperluan. ok sebab aku suka kan handbag biarlah aku bagi contoh handbag. kau nak pergi dinner. so, kau sepatutnya cari clutch atau beg bimbit kecik yang seswai tema nya untuk pegi dinner tersebut. tetapi sedang kau bershopping, kau yang sememangnya suka kan oversized bag ternampak bag yang sungguh menawan. tapi besar. cantik,tapi bukan yang kau perlu kan. macam mana? kita sebenarnya perlu yang lain tapi kita mahukan yang lain pula. lumrah lah manusia begitu.

hidup memang tak akan dapat dipisahkan dengan pilihan kan? sampai bila kita kena buat pilihan? boleh tak orang lain buat kan pilihan untuk kita?hurm. sebab aku dah penat menyesal dengan pilihan yang aku buat which leads to pain. ye, memang aku belajar dari pilihan-pilihan yang aku kena buat. tapi ada harga yang perlu aku bayar untuk semua tu. segala kepayahan dan kesusahan yang aku kena tempuhi setelah buat pilihan yang salah. aku dah serik. sebab aku dah puas sakit. aku taknak sakit lagi. aku taknak buat pilihan. tapi hidup akan terhenti bila kita tak buat pilihan.ia tak akan proceed ke mana-mana. it will freeze. kusutnya. kalau lah pilihan dalam hidup semudah memilih handbag. aku tak kan hidup dalam misery macam ni.

Sunday, November 8

taman dalam hati.

dah sekian lama aku tak menangis. semalam aku menangis. sebab dia? 2,3 hari ni emosi macam tak tentu lak. aku dah start risau pasal dia. kadang-kadang dia buat aku senyum sampai telinga. kadang-kadang dia buat aku rasa aku perempuan sempurna (walaupun hakikatnya aku seorang yang sentiasa confident) there's something about him. different from other guys. kemuncaknya semalam aku menangis. sebab dia. aku tak tau macam mana air mata aku mudah sangat menangis semalam. padahal dah lama gila aku jadi hati kering. tak peduli sangat. tiba-tiba semalam aku jadi sensitif yang amat. aku dah sayang dia ke? eh, confuse lah. aku asyik menafikan perasaan aku je. aku tak pernah mengaku apa-apa pada dia. kenapa aku beriya-iya nak nafikan? let it go with the flow sudah. tapi tak boleh. mungkin perasaan tu menghimpit aku. and aku cuba sedaya upaya untuk tepis sebab aku serik. aku kena berhati-hati. pengalaman lepas betul-betul buat aku serik. aku taknak terluka lagi. biarlah hati aku ni aku simpan sorang. tak payah bagi pada sesiapa. hari tu, hidup aku simple je. aku kawan je dengan sesiapa yang nak kawan dengan aku. semua sama rata. tak ada yang dapat special treatment. lelaki pun awal-awal je beriya. lepas tu dah slow dah. typical! tapi dengan dia lain. aku pun tak tau nak cakap apa yang lain nya. bila dengan dia banyak berubah. persepsi aku berubah. emosi aku pun turut berubah. hurm. ntah lah. aku harap aku dapat figure out perasaan aku lekas. before its too late. jangan bila dah tak ada depan mata nanti baru nak menyesal. masa tu dah tak guna dah ain.

p/s: kalau aku ada senapang gajah aku nak tembak orang. urgh. menyampah nya.

Monday, November 2

first time.

wow. sudah lama tak update ini belog. bukan apa. aktiviti memang banyak. tapi yang berkait soal hati ni tak berapa banyak lah. aku lak jenis yang tak begitu suka dan gemar buat laporan tentang aktiviti aku. sekarang ni santai banget. kelas tak berapa ada. duduk maktab melangut je kerja aku. ehee.

semalam aku jumpa seseorang. dah lama tak buat macam ni since single ni. agak awkward lah. selalu i ber huu-haa dengan the girls aje. tiba-tiba awkward lak. aku ni bila awkward mula lah babble benda yang unneccessary. dah macam kalut gila dah. tapi, thank God dia berjaya wat aku tak kekok. *wink wink wink* kalau tak, habis lah i. comment: suka cara dia. sempoi la. i like i like. ahahaha. ain gedik.

tiba-tiba nak flashback moment-moment first aku dengan lelaki yang pernah wujud. first time aku jumpa ikhwan, masa aku nak pegi umrah. dia jumpa aku kat klia. nak mampos agaknya mamat itu. dahla ada mak ayah aku. ayah pandang badi je kat aku. dia macam pelik kut coz itulah kawan laki aku yang first dia pernah nampak. masa tu kan aku baru form 5. sebenarnya aku pun cuak. aku just inform je kat ikhwan tu yang aku dah sampai klia. tup tup dia terpacul kat situ. yang tak tahan nya siap pakai baju melayu. ape kejadah ntah. sampai mati aku kena bahan dengan adik-adik aku.

dengan shai tu, memang lah jumpa, kenal and bercinta since sekolah. tapi luar sekolah tak pernahnya dating pun. first time keluar dating luar sekolah lepas spm. dia kerja kat jb. kerja kfc. kitorang keluar degan naik bas pegi CS (itu je kut yang reachable dengan naik bas). kitorang tengok wayang cite hantu ape ntah yang penting heroin dia halle berry. (i dah lupa tajuknya) keluar je dari wayang, nampak muka raja ridhuan (dia ni deskmate shai aka classmate kitorang). boleh tak bayang kan muka menganjing dia yang tak sudah tu? haha. yang tak tahan nya dia join sekali makan sebab shai belanja (first gaji dia kut). potong betul la raja ni. dia tak tahu ke ni first date kitorang? haha.

hooo-kay.masa matrik lak aku macam ada scandalous sikit dengan dak matrik. orang panggil dia usher (sumpah aku tak ingat nama betul dia) dia ni konon nya admire kat aku. selalu tengok aku dari jauh la konon nya. aku tak pernah tau sape dia. so, one day ni konon dia nak reveal la sape dia. janji nak jumpa kat library. (usher tu yang geek. aku jarang gi library tau) aku bawak ad sekali untuk teman aku. yang tak best nya, ad dah nampak dia dulu before aku. ayat pertama keluar dari mulut ad "ain, memang macam usher tapi versi pendek.haha" siot punya ad. ad pandang sikit punya badi. malu si usher tuh. lepas tu kalau jumpa mesti kat library. tak pernah lak aku jumpa dia kat luar. sebab aku sebenarnya tengah couple dengan shai. dengan usher tu terputus sebab finally dia nak confess la perasaan dia. masa tu la aku bagitau aku ada shai. isk. isk. salah aku kut. aku dah perasan dia macam suka aku. tapi aku biar je. dia pun tak pernah tanya status aku. so technically aku tak tipu dia pun.

panjang kisahnya dengan usher tu. takpelah. tanak ingat. wat sakit hati je. lagipun aku just nak cite moment first time jumpa dia je. :)

ok lah. kan tadi aku cakap aku banyak buat aktiviti kan. sebab kan aku malas nak report, layan gambar jelah ye. nak tengok lagi banyak pegi kat facebook. macam biasalah. sila layan gambar ini semua.










LinkWithin

Related Posts with Thumbnails