Tuesday, March 30

pink wall boutique

hye sayangs sekalians. woah. too many plural lak. hehe. aku dah lama gila abaikan blog ini. neway, tanpa mukadimah panjang, aku nak bagitau korangs korangs sekalians. again ain, what's with the plural? ok stop.

aku nak jual tops dengan barbie doll dress. ini adalah edisi percubaan. kalau sambutan bagus, aku akan teruskan lagi. so, without further a due  this is my pioneer collection.

ENGLISH ROSE

white
length: 78 cm strap adjustable
RM35


light blue
length 78 cm strap adjustable
RM35 (inner not included)


KOREAN

 RM38


ok, the price stated doesnt include postage. for those who interested, pm me at ainisz_98@yahoo.com. serious buyer only k? these items are ready stock, not pre-order item. 

each design, cuma ada 1 je dalam tangan aku. so hurry up while stock lasts!

p/s: yang mana dah sold out aku remove supaya tak semak ini blog.

first cut.



first cut is indeed the deepest.

credit to my friend ikhsan for reminding me of this song.

UBAT.

pagi ini aku terbangun awal. pagi yang hening. aku sendiri tak pasti apa maksud hening. tapi aku pasti pagi tadi hening. mandi dan bersiap-siap lepas tu terus buka buku rph. malam tadi dah terlelap masa black out tanpa buat sebarang kerja.

seketika, izzati masuk. ntah mana mulanya tercetus perbualan pagi yang berat antara aku dengan dia. perbualan yang aku rasa kurang patut untuk memulakan hari. mulanya dia yang sebak. lepas tu aku sebak dan memang lah aku yang berderai dulu.

ntah apa dalam fikiran aku. macam celaru gila. ntah apa-apa je yang aku fikirkan. macam tak waras. lagi pula bangun awal tadi sebab mimpi yang ingin aku elak. aku nak lari dari mimpi itu. LAGI. untuk kesekian kalinya aku mimpi perkara yang sama. haih. parah. tiba-tiba je macam ni.

ini lah yang buat aku malas nak maafkan orang. bila dah maafkan tu as if aku terdelete keburukan dan kesalahan orang tu. dan bila yang buruk dah tak kelihatan, mula lah aku ingat yang baik-baik saja. TAK BOLEH! mana boleh macam tu ain.

dan amat menyakitkan sekali setiap kali terbuai dengan keindahan kenangan semalam, aku sendiri terpaksa cantas dengan mengingatkan diri aku tentang realiti yang berlaku. tentang kesalahan yang telah aku maafkan. seolah-olah itu saja 'ubat' untuk sakit yang kadang-kadang datang tu.

betullah orang kata. ubat itu pahit. sebab 'ubat' ini memang pahit pun. lebih menyedihkan aku harus hadapi sendiri. dan aku harus tangani sendiri. tak ada siapa boleh bantu aku untuk ubati yang satu ini. aku sendiri tak tahu mana yang lebih baik untuk aku?

bergelumang dengan dendam tapi kekal kuat. atau jadi pemaaf tapi rapuh dengan kenangan. keduanya pun bukan pilihan yang baik. cuma pilihan yang aku terpaksa buat.

dan hari ini aku terpaksa pilih untuk membenci. SEDIKIT. hanya membenci sedikit agar aura lemah itu pudar perlahan.

Sunday, March 28

SURPRISE!

jam pukul 9. aku rasa macam kosong sangat. izzati dengan nurul dah blah gi sekolah ada mesyuarat pibg. and aku sure marda tengah struggle siapkan lesson plan sebab aku rasa petang ni mesti dia nak dating dengan aizat. kot lah. kalau tak dating pon dah memang amalan minah tu siap kan lesson plan awal-awal. bukan macam aku. kat sekolah lah aku terkial-kial nak tulis lesson plan.awi? aku tak sure. tengah tengok video menginsafkan kat youtube kut. tak sure tapi mesti buat perkara berfaedah gak.

tinggal lagi aku je yang terdampar atas katil ni macam dugong bunting. bila timbul rasa kosong macam ni lah aku menyumpah habis-habisan sebab tak balik jb. konon nya nak buat kerja. haprak! bila lah aku nak realise yang aku ni pemalas dan takkan buat kerja di hujung minggu? omongan nak siapkan kerja thus taknak balik jb tu cuma ilusi semata.

tengah aku buang masa pandang siling tengok kipas berpusing, teringat aku masa birthday aku yang ke-17. masa tu aku form 5. malam tu aku macam sayu sangat. ntah lah kenapa. seingat aku masa prep malam tu aku ada salah faham sikit dengan nisya and nadiah. kalau tak silap aku, diorang pertikai kan pasal makcik (mak angkat we all merangkap wife GPK 1 sekolah aku) hantar kek for my birthday. padahal masa birthday diorang, makcik takde pon hantar kek. selama ni makcik suka buat lawak yang aku ni anak kesayangan. lawak je. but on that day, nisya dengan nadiah brought up benda tu. diorang kat, betul lah tu dia anak kesayangan.

aku sedih sangat seh malam tu. they are my bestfriends. how could them? patut masa birthday aku, cheer up kan lah aku. ni hurt aku lak. bukan salah aku makcik hantar kek masa birthday aku. aku tak mintak pon. sumpah! dah gado dengan nisya and nadiah tu, malam tu i went to bed early. aku tak nampak apa-apa tanda yang birthday aku akan di celebrate malam ni.

shai janji nak wish birthday kat aku. (masa tu he's still my bf) dia nak jerit dari aspura katanya. alah, dia memang suka buat benda gila macam tu. but then, dia sakit tekak. dan dan je ek masa birthday aku tu lah dia nak sakit tekak. so redha je lah. looks like, no bestie, no boyfie on my birthday. selalu nya malam-malam lepas prep, aku mesti merayap ntah ke mana. tak lekat kat dorm langsung.

but that night, aku tukar baju, cuci muka berus gigi terus naik atas katil berselubung. dorm mate aku pun pelik je. bila tiba detik 12 malam. semua nya ordinary. nothing happen. guess what? aku siap berharap kalau-kalau ada dorm mate aku yang nak wish aku that night. even hp aku pun senyap (ok, aku nakal kat sekolah dulu. walaupun tak boleh bawak hp gi hostel, aku bawak gak). sedih sangat aku rasa. menitis air mata aku.

dalam kul 12.20 tu sebab sebak sangat aku call adik aku, idin. family aku biasanya wish pagi. diorang tak wish malam. adik aku terkejut dengar aku nangis teresak-esak. dah kenapa pulak dengan kakak aku ni. gugugu aku nangis ngadu kat dia tak ada orang ingat birthday aku. dorm mate aku semua diam je. dah lah aku ketua dorm masa tu. rasa nak lesing je dorm mate aku sekor-sekor. adik aku try lah cheer up kan aku.

tiba-tiba.

ada 2 objek masuk bilik terus tutup mata aku dengan kain ape ntah. aku tak nampak siapa sebab masa tu dah lights off. 2 orang tu bawak aku jalan satu tempat. aku ikut je. tiba-tiba benti aku buka mata.

'SURPRISE!'

yang tutup mata aku tu diba dengan dina. yang ada dalam bilik iron tu madu (che nad) , syida and yang lain aku tak ingat sangat. wak lu surprise! aku dah nangis baru korang nak buat surprise? diorang kata diorang saja nak lambatkan sebab every year celebrate birthday aku on time kul 12 malam. mesti aku dah predict. that year saja nak buat drama sikit. tak sangka aku sampai nangis. dorm mate tu pun diorang dah pesan. jangan wish or celebrate birthday aku. yang shai tu cuma kebetulan je sakit tekak.

sengal batu punya member member. aku punya lah tangkap syahdu takde orang ingat birthday aku. diorang elok je tengah set up mee siam, kek, jajan dengan air gas kat bilik iron. memorable gila. tapi that night aku still sdih sebab nisya dengan nadiah tak ada dalam bilik iron tu. marah sangat ke diorang kat aku. benci aku ke? but then aku pun tak ingat bila, aku berbaik balik lah dengan both of them. lama mana pun nak gado? dah since form 1 aku kawan dengan diorang campur dina sekali. takkan pasal kek nak gado besar kan?

that was ONE of my memorable birthday. ada baaanyak lagi yang kelakar. haha. especially kat maktab ni. dengan budak-budak yang sengal ni. how about you? ada memorable birthday?

PERAMPAS vs PENCURANG?

kalau kena pilih antara 2 orang.

yang sorang ni perampas gf slash bf slash bini slash laki orang ;
yang sorang lagi curang, tapi curang bukan dengan gf slash bf slash bini slash laki orang.

yang mana kau pilih?

taknak pilih 2-2? oi sengal batu. baca balik ayat aku tu. KALAU KENA PILIH.
sebab kalau aku, aku pilih yang second. ouh lupa nak cakap. ini bukan nak dipilih sebagai pasangan hidup. tentulah kedua-dua nya pun taknak kan? just kalau kau ada kawan, mana lagi better di mata kau lah.

ok, aku pilih yang kedua, simply because they meant no harm to me. dia curang, let say dengan bf dia. so dia lah yang bodoh sebab tak appreciate bf dia tu. dan kalau orang yang menjadi punca dia curang tu (orang ketiga tu lah) bijak dan ada otak, orang tersebut takkan terima perempuan tu. hoi! dia boleh sedap rasa tinggal bf dia untuk lelaki lain. kau ingat kau takde potensi dapat nasib yang sama dengan bf dia ke? bahlol lah kalau kau fikir ada exception untuk kau. but then, dengan kawan-kawan macam tak mendatangkan apa-apa ancaman kut. dia bodoh sorang-sorang je lah. biar kan. sebagai kawan, boleh nasihat je lah.

tapi yang namanya perampas ni. bahaya tau. spesis manusia macam ni memang aku tak suka. yang tak tahu mana yang boleh mana yang tak boleh. macam tak mumayiz lagi pun ada. dah tau yang tu orang punya kau nak ambik jugak. kau mintak izin ke? setau aku kalau ambik orang punya tak mintak izin nama nya mencuri. kalau kau nak pinjam basikal orang, kau mintak izin kat tuan punya basikal kan? takkan kau mintak izin kat basikal tu sendiri. karang terperanjat beruk lak kalau basikal tu bercakap. kalau dalam kes manusia lak, oh mentang-mentang laki tu boleh bercakap boleh mendengar, kau mintak izin dia jelah nak 'curi' dia? dia tu milik siapa sebenarnya?

ok ok. nak buat lawak loyar buruk? dia milik Allah? milik ibu bapa. aku PANGG sekali karang. and oh ya, kalau nak bagi alasan belum kahwin, bagi aku BULLSHIT lah. aku tau kadang-kadang soal hati dan perasaan ni complicated. tapi orang yang in a relationship ni macam jalan yang ada tanda 'NO ENTRY'. which part of it don't you understand? tak kisah lah kalau dia tengah ada masalah dengan awek dia pun. dah nama nya orang punya, orang punya lah. apesal tak faham? jangan nak bagi excuse boleh tak? "laki tu memang tak happy pun dengan gf dia"  " diorang memang retak menanti belah pun"  "gf dia buat hal dulu, ada lelaki lain". heyy..whatever lah reason kau.

kenapa nak kona kiri kanan? masalah nya kau amik orang punya kan? and earlier aku cakap orang macam ni bahaya. tahu kenapa? sebab bagi aku what the hell dalam banyak-banyak still nampak yang orang punya gak? nampak sangat tak ada sistem penyaringan. semua pakai redaaaahh je. nampak sangat perangai terkutok. yang single tak berkenan. yang orang punya gak yang menawan hati.jangan lah macam tu. macam manusia tak ada etika tau tak? binatang tu, kalau kita kasi dia akal, dia pun taknak mengawan secara rambang. mesti saring dengan teliti.lagipun orang macam ni biasanya dia determined gila. bila dia kata dia nak, dia nak lah. dan biasanya prinsip may the best woman/man wins tu dipegang oleh perampas. jadi kau boleh bayang tak bagaimana all out nya si perampas ni kalau nak dapat apa dia nak.

aku tau lah komuniti perempuan makin banyak, and komuniti lelaki makin sikit. itu yang kita nampak perempuan cantik berpasangan dengan lelaki tak berapa ada rupa. perempuan berpelajaran berpasangan dengan lelaki kurang berpelajaran (kurang eh, bukan tak berpelajaran langsung). perempuan tak banyak pilihan. lelaki yang banyak pilihan. nevertheless, jangan lah amik hak orang. tahan diri tu sikit.

kalau ditakdirkan memang dah jodoh dengan laki orang, kahwin terus and jangan sembunyi sembunyi. declare dengan first wife. tapi kalau boleh elak, elak lah. kalau kau, kau suka ke hak kau kena ambik orang? tak baik weh, kau bahagia atas kehancuran orang lain.

jadi kat sini aku nak seru sesiapa yang baca entri ni supaya "JANGAN AMBIK HAK ORANG LAIN". belajar jadi manusia yang ada etika sikit. ni tak, orang punya pun nak ambik. cuba orang ambik kau punya tau lak nak melenting. aku PANGG sekali kang. berpinau.

Saturday, March 27

selagi ada rindu.

kehidupan sangat lah sibuk sekarang ni. serius. aku rasa penat gila. penat sangat. F pun aku dah lama tak jumpa. nama je sama-sama kat bp. soal nya balik sekolah je aku terus terbongkang. penat weih control budak. kalau mulut kau kurang ajar sangat cakap jadi cikgu senang, meh aku cili kan mulut tu. memang cakap tak pandang kiri kanan punya orang lah.

kalau dulu boleh gak aku lunch sama dengan F especially isnin sebab isnin aku free sikit. tapi sekarang macam takde masa langsung. kalau dia ajak jumpa, ada je hal. dengan kena observe pensyarah nya, kena observe guru pembimbing lagi, rewang kat sekolah lah. adoi dah macam cikgu betul je aku rasa tau.

tapi semalam aku tak balik jb. reason? sebab penat lah. malas aku nak drive. nanti ahad kena drive balik lagi. penat penat. plus last week baru balik. takpelah. ayah pun kat kuching. balik rumah pun ayah bukan ada. tak best ah takde orang nak bertekak dengan aku. hahaha.

so, semalam aku gi jumpa F. setelah ntah dah berapa lama tak jumpa. sentimental lak si F ni. siap nak tujukan lagu bagai. oh, lagu yang dia nyanyi tu aku tak pernah dengar. tapi ok lah sebab aku ni minat gak lagu ala-ala rock kapak. ni lah lagu nya,





sengal gak bf aku ni. baru tak jumpa kejap dah nyanyi lagu ni. agak kalau tak jumpa dua bulan terus compose lagu sendiri kut. hahah. berselera benor dia makan. dia order nasi goreng kampung. aku order kueytiaw. lepas aku makan 2,3 suap aku kuis kuis kueytiaw tu. macam takde selera je. pastu dia cakap, nak tukar tak dengan dia, nasi dia sedap. aku try rasa, sedap lah gak. aku pun agree jelah nak tukar. sekejap je aku tengok dia clear kan kueytiaw tu. aku lak lepas suap barang 3,4 suap nasi tu aku dok terkuis-kuis lagi. lepas aku dah tolak pinggan aku tu tanda dah taknak lagi, dengan jitunya F habiskan nasi tu.

pelahap! haha. sebelah gerai tu ada gerai burger. bau macam mengancam. dia tengok aku makan tak banyak, dia tanya lah aku nak burger ke tak, aku layan kan je sebab aku memang lapar tapi tak lalu nak makan. aku order burger daging biasa je. tup tup aku tengok dia order double daging special. hahahahah.

selera betul. jumpa aku terus berselera ke atau memang selalu selera macam tu? hahahha.

p/s: sebab ada sedikit masalah yang melanda, dah seminggu aku tak ajar ammar. kesian dia. mesti dia fikir takde cikgu nak ajar dia lagi sebab dia nakal. tapi aku bukan quit. next week insya Allah aku ajar balik.

Tuesday, March 23

dealing break-off.

aku baca blog mushi tadi. sentap kot. aku memang setia gak lah baca blog mamat tu. dia macam sempoi. so aku suka baca. bila jadi blogger ni, walau blog kita tu bertemakan personal life kita or bertindak sebagai virtual diary kita, sometimes kita akan tulis gak pasal personal life kita.

same goes to mushi ni. dia tulis general kot. pasal thoughts dia yang kadang-kadang merapu tapi boleh buat aku berpikir. tapi of course lah pernah mention bout personal life sket sket including pasal awek dia. secara tak langsung aku menjadi kenal awek dia.

tak tau lah apa kes nya. curang atau apa. si mushi bukan mcm gadis-gadis yang cerita detail pasal proses break up dia dengan awek dia or stuff like that. kalau mention pun sipi-sipi je. tapi satu je yang aku sentap. melalui penulisan dia selama ni, aku rasa dia bukan macam ni sebenarnya. melepas geram kat tempat public dengan begitu detail sekali menyatakan nama sampai aku boleh search nama tersebut kat facebook (sial kepochi aku ni)

nyata sekali break up boleh buat manusia jadi orang lain. orang yang berbeza. aku rasa, mulut aku mula ringan mencarut start aku break dulu lah. selamba je aku carutkan shai tu tanpa rasa bersalah. kat blog lak tu. maybe emosi menguasai diri kot. tapi tu dulu lah. sebelum aku dapat digest everything secara rasional. sebelum faiz nasihatkan aku mintak maaf atas carut-carutan aku dalam blog tu.

tapi kalau lelaki yang biasa nya macho and cool pun boleh lose control dengan situation break up, apa lagi perempuan. especially the drama queen type. handling break off is not easy. lagi-lagi kalau bukan kau yang mintak benda tu. memang lah, situation nya ialah partner kau ada orang lain, and memang dah tangkap cintan dengan that other person. so kalau kau bukan bodoh piang, haruslah putus kan?

walaupun begitu, it doesnt mean kau nak it ends that way, mesti macam sentap je sebab kena two-timed dengan orang yang kita sayang. then sedih lak sebab orang tu dah sayang orang lain, dah tak sayang kita lagi. next rasa dendam lak sebab macam syial je pesan kat kita jangan curang whatsoever tapi dia lepak je pasang 3,4,5 infiniti, blegh!

faham tak betapa messed up nya sesuatu break off ni? messy gila kot. and kau tau tak apa yang paling kau perlu masa masa macam ni? heh. KAWAN! yeah, kita ada family, tapi berapa kerat yang memang cerita the whole story about relationship dengan partner? dengan family kadang-kadang kita ada boudaries. cakap of course lah benda yang sedap di dengar je. karang cerita benda buruk, terusss kena reject lak.

seriously kawan tu penting. macam-macam kau akan lalui masa macam ni. kadang-kadang tu kau macam tak centre tak berpijak di bumi nyata. so, kawan-kawan lah yang kena tolong kau. ada kawan yang tugas dia menghiburkan kau. ajak kau buat benda bapak merapu gila supaya kau boleh lupa kejap perkara sedih tu.

selalu nya, kawan penghibur ni bukan lah orang yang tau full story pasal break off kau pun. peranan dia cuma menghibur. ada lak kawan untuk membakar kau. haha. ini menarik. dia berperanan untuk menyumpah ex kau dengan kata-kata kutukan paling kaw kaw sambil mengutuk rupa paras ex kau agar self esteem kau dapat dipulihkan. agar kau tak pikir apa kekurangan kau sehingga kau di tinggal kan.

penting tu kawan pembakar ni. i like. bila ada kawan pembakar, kena ada kawan yang meredha kan. tak kan sentiasa nak panasss je. golongan member macam ni selalu nya akan guna modal " biar orang buat kat kita, jangan kita buat kat orang..." atau pun ayat macam ni, " setiap perkara yang berlaku tu ada hikmah nya, sabar lah"

kalau nak disenaraikan ayat klise camtu memang berjela. tapi kan, just a simple phrase boleh soothe kan emotion kau. yelah kalau asek di bakar then berdendam manjang takut masuk front page metro lak, seorang lelaki mati dikelar bekas teman wanita. hak hak. tak ke haru!

and ada sorang dua yang akan tahu full story pasal problem kau. tapi dia tak banyak cakap pon. hanya mendengar je.dan setiap kali kau rasa nak luahkan perkara terbuku, kau akan cari orang ni. sebab biasanya orang ni akan dia, pandang kau macam dia dapat kongsi sedih kau tapi dia tak akan cakap pape sebab dia tau kau tengah terluka sangat dalam and no words could easily heal you. priceless kan?

aku dah lalui tragedi hitam tu dulu. rasanya masa tu baru aku realised kewujudan pelbagai jenis perasaan yang diciptakan. tapi kan. aku untung. sebab aku ada kawan penghibur. aku ada kawan pembakar. dan aku ada kawan pendengar. thanks korang. no need to mention. u guys know who you are. :)

p/s: korang kawan jenis yang mana?

Friday, March 19

zombie

lama tak update. cuti pun tak macam cuti je aku ni. busy sket lah konon.tengok hari ni dah hari jumaat. esok sabtu ahad balik maktab. duh!!! bole gila lah macam ni. kenapa masa macam kejar aku. tapi masalahnya aku tak lari. and each time masa dapat tangkap aku.

lama aku tak emo. logik tak kalau aku cakap tak sempat? seriously itulah reason nya. aku still ain the drama queen yang kontroversi. tapi aku tak sempat nak fikir apa apa. aku pakai main buat je everything. kadang kadang aku rasa diri macam zombie. dah takde roh dah. oh kalau nak kata aku macam robot boleh jugak. kau pilih sendiri lah.haha.

aku tengok hp aku. mesej, missed call. hurm, aku abai kan F lagi. tak ta. bukan sengaja. aku terlelap. bayangkan terlelap dengan pakai towel je. ingat nak mandi, tapi bolh terlelap lak. kesian F. rasanya dia yang lagi busy sebab dia dah kerja tapi apesal aku yang tak menang tangan? and, aku buat perangai lama aku lagi. kenapa macam ni ain? tak reti reti nak appreciate orang ke? nanti bila dah takde baru nak menyesal baru nak sedih. the world doesnt evolves around you lah ain!

seriously, hidup macam kosong sangat lately. kenapa ntah. nak kata jiwa kacau pun tak kut. sebab kalau jiwa kacau at least there's emotion there kan? ntah lah. da sampai curve kedewasaan kot. dah malas nak amik port about everything.

diba macam sentap sebab khabarnya nizam nak kahwin this coming june. i know how she felt. aku pon ada rasa yang sama gak bila shai cakap dia nak kahwin end of this year. susah nak describe the feeling. its not that kita nak lagi that guy. maybe jealous kut sebab dia dapat happy ending dulu. tapi ntah lah kan mana kita tau orang happy ke tak kan. mana tau kena paksa kahwin ke.hahahaha mulut longkang di situ ain. hey, tengah kosong pon boleh melaser lagi ek.

relax k diba. you'll find your happy ending soon. kadang-kadang it seems like orang lain tu tengah happy. tapi mana kita tau dalam hati dia kan. kita teruskan jelah hidup kita. tapi jangan jadi macam aku. jangan teruskan hidup macam zombie. hehe. add colours to your life!

ini adalah warna dalam hidup nisya sekarang, Unif Shah Iskandar.

p/s: im selling tops. murah je. check it out here . hehe. iklan di situ.


Tuesday, March 9

fashion talks #4 : maxi dress

adeh. sakit mata aku tengok blog aku yang tak ber update nih. macam takde blog lagi baik lah kan? tapi aku ada komitmen lain yang lagi penting kan. nak kena ngadap lesson plan. nak kena ngadap portfolio praktikum. nak kena ngadap budak-budak. takkan lah 24/7 nak bertenggek depan laptop duk ngapdate blog je. anti-sosial betul.

eh, sekarang ni maxi dress tengah trend ek? tapi kan, aku macam susah lah nak cari yang sesuai dengan aku. sebab kebanyakan maxi dress yang aku jumpa, cutting kat bahagian chest tu memang nak stress kan boobs. so, memang tak berapa sesuai lah kan untuk orang ber boobs tak berapa besar cam aku ni (ceh cakap jelah nasi lemak 20 sen) aiseh, jangan anggap blog ni blog lucah eh. ni aku tengah cakap pasal fesyen. ni bukan entri berunsur 18SX. hahaha.

dress stressing on boobs

dress, not stressing on boobs

takde lah. piece of advise dari aku, kalau boobs kau tak seberapa, jangan pakai dress yang lehernya cutting V. seriously akan nampak londeh and menggelebeh dress tu and not a very pretty sight kott. itu opinion aku je. masing-masing ada pendapat sendiri kan. maybe boleh kot kalau berketuntang nak pakai jugak. tapi kena pakai push up bra lah kut. hahaha. palsu tu semua. adoi sekali lagi macam berunsur 18SX. eh tapi takpe, aku wat survey kat sebelah tu, rata-rata readers aku ladies. so takpe eh?

but then hari itu aku ikut faiz gi pasar tani. dia nak beli sabun resdung yang dia once beli kat pasar tani. hish macam tak caya kan si faiz tu nak beli something from pasar tani. for those yang kenal aku or kenal adik aku nan sorang tu, mesti tau nape aku cakap gitu. nama je teman tapi aku ke lain, dia ke lain.

aku memang sangat suka jalan-jalan kat pasar tani. usha baju, usha handbag usha pape jelah yang boleh pakai letak kat badan. haha. tapi usually baju lah. handbag kat pasar tani tak berapa mengancam wow meletups. mesti macam pelik ek. kau jangan nak pelik lah dengan yang namanya nurulain hanis ni. dah nama nya shopaholic, kat pasar tani pun jadik aje weh. sorang pun jadik aje. janji shopping!

and then, a maxi dress caught my attention! wah seperti menyeru-nyeru namaku saja maxi dress tersebut. aku belek-belek, wow berkenan dengan material dia. nampak seperti comfy jika memakainya. design memang dah berkenan lah kan, that's why terasa macam maxi dress tu menyeru memanggil aku je. haha. dramatik punya minah. and then turns out kat bahagian chest dia memang macam yang aku nak. doesnt stress on boobs.

belek punya belek, rupanya maxi dress ni aku pernah nampak kat summit batu pahat. and masa aku nampak tu memang aku dah berkenan dah pun. wah dejavu lah ni konon nya. heheh. tinggal lagi masa tu aku tengok tag harga, mahal sangat. if im not mistaken harga kat tag tu 79 something kut.

terussss aku tanya harga kat makcik tu. wrap terus beli. aku beli 45 je weh.

maxi dress yang memanggil namaku


me wearing the dejavu maxi dress. haha


nah lagi satu gambar geli-geli ketiak


perasan aku macam aku nampak kurus sikit pakai maxi dress ni. at least boleh cover drumstick nan gemok ituh. tapi kat mata orang lain aku tak sure lah. mana tau lagi rasa nak muntah hijau, muntah pink, turqoise segala. floral print kat dress ni, purple dengan yellow. im thinking of wearing light purple or yellow inner. ni masa aku testing pakai ni aku just ada inner hitam je. so taram jelah kan.

so, ok ke ek? ke macam syial je aku kelihatan? bagi lah opinion. bukan apa, kalau hideous sangat aku tak pakai lah. supaya aku dapat selamatkan orang lain dari mata tembel. hahahah~


Monday, March 8

TRENDY SHAWL CONTEST WINNER!

heyya. dah lama sangat aku tangguh benda ni. sori yek. hari tu kan, aku ada organize contest. TRENDY SHAWL CONTEST. penyertaan dah ditutup dah pun. so hari ni, aku nak umum the winner.

1st place goes to:


2nd place goes to:

 

and, and and. sebab penyertaan tak banyak dan aku flattered sangat pada geng yang join contest ni, im giving consolation price to:


 


 

and last but not least,


 


so ladies, do drop your address at my email add ainisz_98@yahoo.com. ill be sending the gift soon. kalau dah send alamat kat my email add, inform kat entry ni k? and and and, CN nak ucap trimas bebanyak sebab sudi join contest yang lame nih. CN mintak maaf atas kekhilafan CN meng'organize' ini contest. kurang meriah mungkin sebab CN kurang promote. anyway, thanks again k ladies.

Sunday, March 7

kenapa ek?

testing testing one two three.

haha. ok blog aku tak merajuk lagi dengan aku. tapi orang yang pernah baca blog aku mungkin dah merajuk dah kut. (buat-buat ada padahal yang ado!) adeh. percayalah aku tak ada niat langsung nak mengabaikan blog aku ni. tak terlintas walau sepicing pun. tapi serius aku busy. busy tak mau mau punya. cikgu praktikal kan. mana boleh buat style student biasa atau pun cikgu biasa. hidup memang upside down masa praktikum. nak bernafas pun tarak sempat woo.

lebih menyedih kan lagi sebab aku ada seribu satu macam benda yang bermain dalam fikiran aku yang tunggu masa untuk aku muntahkan kat blog ni. cuma nya aku tak ada masa. aku ni kalau menaip entry sah sah lah berjela. merapu ntah apekejadahnya ntah. mau makan sejam gak menaip satu entry je pon.

ni pun aku baru balik dari bazar and sebab dah melepasi waktu tidur aku, aku jadi susah nak tidur. but that doesnt mean aku boleh mula bercerita. badan dah penat sebenarnya cuma mata je tak mau lelap. anyway, untuk yang ada mesej kat facebook tanya kenapa aku dah lama tak update, jawapannya ialah aku benar-benar busy. bukan tipu-tipu tau.

the good news is, hujung minggu depan cuti sekolah. you know what it means right? school holidays equals to CN's holiday! haha. dah cuti tu siap lah. aku merepek sapai lebam. sampai orang yang tanya kenapa aku tak update tu menyesal tanya soalan tu. hahahhahahah (ni percubaan nak gelak kejam. jadi tak weh? tolong lah cakap jadi. tak kan aku nak repeat?)

and one more thinggy. aku mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki pada contestants trendy shawl contest. please please please, kamu jangan marah. hehe. aku ni betul-betul busy sayangs. i'll be announcing the winners dalam jangka masa terdekat. aku nak janji pun tak berani sebab next week aku akan kena observe dengan lecturer which means aku akan jadi extra busy. so i hope u guys bersabar eh.

baiklah. mesti menyesal baca entry ni kan? sebab entry ni KOSONG! haha.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails