jam pukul 9. aku rasa macam kosong sangat. izzati dengan nurul dah blah gi sekolah ada mesyuarat pibg. and aku sure marda tengah struggle siapkan lesson plan sebab aku rasa petang ni mesti dia nak dating dengan aizat. kot lah. kalau tak dating pon dah memang amalan minah tu siap kan lesson plan awal-awal. bukan macam aku. kat sekolah lah aku terkial-kial nak tulis lesson plan.awi? aku tak sure. tengah tengok video menginsafkan kat youtube kut. tak sure tapi mesti buat perkara berfaedah gak.
tinggal lagi aku je yang terdampar atas katil ni macam dugong bunting. bila timbul rasa kosong macam ni lah aku menyumpah habis-habisan sebab tak balik jb. konon nya nak buat kerja. haprak! bila lah aku nak realise yang aku ni pemalas dan takkan buat kerja di hujung minggu? omongan nak siapkan kerja thus taknak balik jb tu cuma ilusi semata.
tengah aku buang masa pandang siling tengok kipas berpusing, teringat aku masa birthday aku yang ke-17. masa tu aku form 5. malam tu aku macam sayu sangat. ntah lah kenapa. seingat aku masa prep malam tu aku ada salah faham sikit dengan nisya and nadiah. kalau tak silap aku, diorang pertikai kan pasal makcik (mak angkat we all merangkap wife GPK 1 sekolah aku) hantar kek for my birthday. padahal masa birthday diorang, makcik takde pon hantar kek. selama ni makcik suka buat lawak yang aku ni anak kesayangan. lawak je. but on that day, nisya dengan nadiah brought up benda tu. diorang kat, betul lah tu dia anak kesayangan.
aku sedih sangat seh malam tu. they are my bestfriends. how could them? patut masa birthday aku, cheer up kan lah aku. ni hurt aku lak. bukan salah aku makcik hantar kek masa birthday aku. aku tak mintak pon. sumpah! dah gado dengan nisya and nadiah tu, malam tu i went to bed early. aku tak nampak apa-apa tanda yang birthday aku akan di celebrate malam ni.
shai janji nak wish birthday kat aku. (masa tu he's still my bf) dia nak jerit dari aspura katanya. alah, dia memang suka buat benda gila macam tu. but then, dia sakit tekak. dan dan je ek masa birthday aku tu lah dia nak sakit tekak. so redha je lah. looks like, no bestie, no boyfie on my birthday. selalu nya malam-malam lepas prep, aku mesti merayap ntah ke mana. tak lekat kat dorm langsung.
but that night, aku tukar baju, cuci muka berus gigi terus naik atas katil berselubung. dorm mate aku pun pelik je. bila tiba detik 12 malam. semua nya ordinary. nothing happen. guess what? aku siap berharap kalau-kalau ada dorm mate aku yang nak wish aku that night. even hp aku pun senyap (ok, aku nakal kat sekolah dulu. walaupun tak boleh bawak hp gi hostel, aku bawak gak). sedih sangat aku rasa. menitis air mata aku.
dalam kul 12.20 tu sebab sebak sangat aku call adik aku, idin. family aku biasanya wish pagi. diorang tak wish malam. adik aku terkejut dengar aku nangis teresak-esak. dah kenapa pulak dengan kakak aku ni. gugugu aku nangis ngadu kat dia tak ada orang ingat birthday aku. dorm mate aku semua diam je. dah lah aku ketua dorm masa tu. rasa nak lesing je dorm mate aku sekor-sekor. adik aku try lah cheer up kan aku.
tiba-tiba.
ada 2 objek masuk bilik terus tutup mata aku dengan kain ape ntah. aku tak nampak siapa sebab masa tu dah lights off. 2 orang tu bawak aku jalan satu tempat. aku ikut je. tiba-tiba benti aku buka mata.
'SURPRISE!'
yang tutup mata aku tu diba dengan dina. yang ada dalam bilik iron tu madu (che nad) , syida and yang lain aku tak ingat sangat. wak lu surprise! aku dah nangis baru korang nak buat surprise? diorang kata diorang saja nak lambatkan sebab every year celebrate birthday aku on time kul 12 malam. mesti aku dah predict. that year saja nak buat drama sikit. tak sangka aku sampai nangis. dorm mate tu pun diorang dah pesan. jangan wish or celebrate birthday aku. yang shai tu cuma kebetulan je sakit tekak.
sengal batu punya member member. aku punya lah tangkap syahdu takde orang ingat birthday aku. diorang elok je tengah set up mee siam, kek, jajan dengan air gas kat bilik iron. memorable gila. tapi that night aku still sdih sebab nisya dengan nadiah tak ada dalam bilik iron tu. marah sangat ke diorang kat aku. benci aku ke? but then aku pun tak ingat bila, aku berbaik balik lah dengan both of them. lama mana pun nak gado? dah since form 1 aku kawan dengan diorang campur dina sekali. takkan pasal kek nak gado besar kan?
that was ONE of my memorable birthday. ada baaanyak lagi yang kelakar. haha. especially kat maktab ni. dengan budak-budak yang sengal ni. how about you? ada memorable birthday?
5 comments:
sumpah aku tak igt cite nih!
ade ek aku join wat suprise??
hahahaha sengal jek aku..
ada adibah adam. muka paling aku ingat ialah ko, dina and shida. yg lain aku tak ingat.
my memorable birthday...
1st date dgn husband on 3rd may. 15th may tu bday aku kan. dapat cincin proposal yg di proposed di restoran sari ratu desa pandan,n malam tu supper dkt concorde KL. the day b4 15th tu die bawak pegi look out point ampang n celebrate together. hp pun aku off sbb nak privacy.cheh..~ yg paling best, die buat party besar-besaran.. utk party tu siap taja make up dkt MAC, dress n heels.. sgt best. 2nd birthday, bila da kawin..n aku tgh pregnant 4 bulan. memandangkan aku preggy,takdpt nak melaram sgt.tp memang aku tak perasan langsung,yg lunch kitorang on 15th tu dekat tempat yg sama die proposed aku (restoran sari ratu). tempat yg sama, seat n table yg sama.. yg bengongnya, die nak buat suprise.tapi aku selamba badak je makan xhengat..da nak abis makan baru die ckp, 'u xingat ke tempat ni'.. ouch..so sweett..... hehe.. n dapat jam tangan memandangkan aku takde jam.hehe... for 3rd birthday ni (coming soon, ain..sila watch out bday aku ok), aku mengharap yg sgt best..hehe..
ha mok.. memandangkan ko ada sebut nama aku dalam story ko di atas, aku nak bgtau yg aku memang tak ingat langsung kejadian ni. ko nangis eh masa bday ko tu. sian.. sepanjang kat skolah tu aku lagi la xde sape pun nak buat suprised party apatah lagi present. hampeh. couple ngan rj (euww..) xpnah dpt apa2 sampai ke akhir aku couple ngan die. aku tak kesah la. tapi bosan jugak lelame. nasib la aku dpt husband yg romantik. yg ingat segala tarikh kami. my bday dpt present n our 1st anniversary kami dapat iskandar.. hehehe....
kenapa ek semua org tak ingat.
aku takkan lupa kut. that year. haih.
best lah ko nisya. finally, u get ur happy ending. kesabaran ko selama ni Allah repay dgn yang lain. yg lg berharga...
Post a Comment