Saturday, March 27

selagi ada rindu.

kehidupan sangat lah sibuk sekarang ni. serius. aku rasa penat gila. penat sangat. F pun aku dah lama tak jumpa. nama je sama-sama kat bp. soal nya balik sekolah je aku terus terbongkang. penat weih control budak. kalau mulut kau kurang ajar sangat cakap jadi cikgu senang, meh aku cili kan mulut tu. memang cakap tak pandang kiri kanan punya orang lah.

kalau dulu boleh gak aku lunch sama dengan F especially isnin sebab isnin aku free sikit. tapi sekarang macam takde masa langsung. kalau dia ajak jumpa, ada je hal. dengan kena observe pensyarah nya, kena observe guru pembimbing lagi, rewang kat sekolah lah. adoi dah macam cikgu betul je aku rasa tau.

tapi semalam aku tak balik jb. reason? sebab penat lah. malas aku nak drive. nanti ahad kena drive balik lagi. penat penat. plus last week baru balik. takpelah. ayah pun kat kuching. balik rumah pun ayah bukan ada. tak best ah takde orang nak bertekak dengan aku. hahaha.

so, semalam aku gi jumpa F. setelah ntah dah berapa lama tak jumpa. sentimental lak si F ni. siap nak tujukan lagu bagai. oh, lagu yang dia nyanyi tu aku tak pernah dengar. tapi ok lah sebab aku ni minat gak lagu ala-ala rock kapak. ni lah lagu nya,





sengal gak bf aku ni. baru tak jumpa kejap dah nyanyi lagu ni. agak kalau tak jumpa dua bulan terus compose lagu sendiri kut. hahah. berselera benor dia makan. dia order nasi goreng kampung. aku order kueytiaw. lepas aku makan 2,3 suap aku kuis kuis kueytiaw tu. macam takde selera je. pastu dia cakap, nak tukar tak dengan dia, nasi dia sedap. aku try rasa, sedap lah gak. aku pun agree jelah nak tukar. sekejap je aku tengok dia clear kan kueytiaw tu. aku lak lepas suap barang 3,4 suap nasi tu aku dok terkuis-kuis lagi. lepas aku dah tolak pinggan aku tu tanda dah taknak lagi, dengan jitunya F habiskan nasi tu.

pelahap! haha. sebelah gerai tu ada gerai burger. bau macam mengancam. dia tengok aku makan tak banyak, dia tanya lah aku nak burger ke tak, aku layan kan je sebab aku memang lapar tapi tak lalu nak makan. aku order burger daging biasa je. tup tup aku tengok dia order double daging special. hahahahah.

selera betul. jumpa aku terus berselera ke atau memang selalu selera macam tu? hahahha.

p/s: sebab ada sedikit masalah yang melanda, dah seminggu aku tak ajar ammar. kesian dia. mesti dia fikir takde cikgu nak ajar dia lagi sebab dia nakal. tapi aku bukan quit. next week insya Allah aku ajar balik.

3 comments:

Lucy S. said...

sweetnye korang :))

Qib said...

feewiitt. alahaii...']semoga bahagia sokmo

cik nurulain said...

alynn + pinqib :

thanks... :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails