Tuesday, March 23

dealing break-off.

aku baca blog mushi tadi. sentap kot. aku memang setia gak lah baca blog mamat tu. dia macam sempoi. so aku suka baca. bila jadi blogger ni, walau blog kita tu bertemakan personal life kita or bertindak sebagai virtual diary kita, sometimes kita akan tulis gak pasal personal life kita.

same goes to mushi ni. dia tulis general kot. pasal thoughts dia yang kadang-kadang merapu tapi boleh buat aku berpikir. tapi of course lah pernah mention bout personal life sket sket including pasal awek dia. secara tak langsung aku menjadi kenal awek dia.

tak tau lah apa kes nya. curang atau apa. si mushi bukan mcm gadis-gadis yang cerita detail pasal proses break up dia dengan awek dia or stuff like that. kalau mention pun sipi-sipi je. tapi satu je yang aku sentap. melalui penulisan dia selama ni, aku rasa dia bukan macam ni sebenarnya. melepas geram kat tempat public dengan begitu detail sekali menyatakan nama sampai aku boleh search nama tersebut kat facebook (sial kepochi aku ni)

nyata sekali break up boleh buat manusia jadi orang lain. orang yang berbeza. aku rasa, mulut aku mula ringan mencarut start aku break dulu lah. selamba je aku carutkan shai tu tanpa rasa bersalah. kat blog lak tu. maybe emosi menguasai diri kot. tapi tu dulu lah. sebelum aku dapat digest everything secara rasional. sebelum faiz nasihatkan aku mintak maaf atas carut-carutan aku dalam blog tu.

tapi kalau lelaki yang biasa nya macho and cool pun boleh lose control dengan situation break up, apa lagi perempuan. especially the drama queen type. handling break off is not easy. lagi-lagi kalau bukan kau yang mintak benda tu. memang lah, situation nya ialah partner kau ada orang lain, and memang dah tangkap cintan dengan that other person. so kalau kau bukan bodoh piang, haruslah putus kan?

walaupun begitu, it doesnt mean kau nak it ends that way, mesti macam sentap je sebab kena two-timed dengan orang yang kita sayang. then sedih lak sebab orang tu dah sayang orang lain, dah tak sayang kita lagi. next rasa dendam lak sebab macam syial je pesan kat kita jangan curang whatsoever tapi dia lepak je pasang 3,4,5 infiniti, blegh!

faham tak betapa messed up nya sesuatu break off ni? messy gila kot. and kau tau tak apa yang paling kau perlu masa masa macam ni? heh. KAWAN! yeah, kita ada family, tapi berapa kerat yang memang cerita the whole story about relationship dengan partner? dengan family kadang-kadang kita ada boudaries. cakap of course lah benda yang sedap di dengar je. karang cerita benda buruk, terusss kena reject lak.

seriously kawan tu penting. macam-macam kau akan lalui masa macam ni. kadang-kadang tu kau macam tak centre tak berpijak di bumi nyata. so, kawan-kawan lah yang kena tolong kau. ada kawan yang tugas dia menghiburkan kau. ajak kau buat benda bapak merapu gila supaya kau boleh lupa kejap perkara sedih tu.

selalu nya, kawan penghibur ni bukan lah orang yang tau full story pasal break off kau pun. peranan dia cuma menghibur. ada lak kawan untuk membakar kau. haha. ini menarik. dia berperanan untuk menyumpah ex kau dengan kata-kata kutukan paling kaw kaw sambil mengutuk rupa paras ex kau agar self esteem kau dapat dipulihkan. agar kau tak pikir apa kekurangan kau sehingga kau di tinggal kan.

penting tu kawan pembakar ni. i like. bila ada kawan pembakar, kena ada kawan yang meredha kan. tak kan sentiasa nak panasss je. golongan member macam ni selalu nya akan guna modal " biar orang buat kat kita, jangan kita buat kat orang..." atau pun ayat macam ni, " setiap perkara yang berlaku tu ada hikmah nya, sabar lah"

kalau nak disenaraikan ayat klise camtu memang berjela. tapi kan, just a simple phrase boleh soothe kan emotion kau. yelah kalau asek di bakar then berdendam manjang takut masuk front page metro lak, seorang lelaki mati dikelar bekas teman wanita. hak hak. tak ke haru!

and ada sorang dua yang akan tahu full story pasal problem kau. tapi dia tak banyak cakap pon. hanya mendengar je.dan setiap kali kau rasa nak luahkan perkara terbuku, kau akan cari orang ni. sebab biasanya orang ni akan dia, pandang kau macam dia dapat kongsi sedih kau tapi dia tak akan cakap pape sebab dia tau kau tengah terluka sangat dalam and no words could easily heal you. priceless kan?

aku dah lalui tragedi hitam tu dulu. rasanya masa tu baru aku realised kewujudan pelbagai jenis perasaan yang diciptakan. tapi kan. aku untung. sebab aku ada kawan penghibur. aku ada kawan pembakar. dan aku ada kawan pendengar. thanks korang. no need to mention. u guys know who you are. :)

p/s: korang kawan jenis yang mana?

7 comments:

SyuQ said...

sob sob sob
cerita ni serupa cam kena batang idung aku

ya! aku setuju 1000% kata2 ko...

tapi aku nak tambah sket. seramai mana pon kita ada kawan. sebanyak mana pon kita luahkan apa yang terbuku dihati, sebanyak mana kita fikirkan akan ada hikmah disebaliknya. kita takkan mampu dan membuang perasaan rasa dikhianati, disakiti, dikecewai. ada masa2nya kita akan terkenang. ada masa2nya kita akan menangis... time tu mungkin tiada sesiapa disisi kita

unless

bila kita da redha apa yg berlaku. keredhaan yg diperolehi bukanlah semudah menyebut ABC. makan hari or makan tahun... aku sendiri pon bertahun2 nak buang segala rasa dihati. one day bila nama dia meniti dibibir ko sendiri and time tu ko da rasa free, bebas dan ko sebut selancar ko sebut 123 tanpa rasa apa2, that means ko da capai tahap keredhaan ko

:-)

ween said...

i love this entry, ur entry had always managed to make me think deeply :)

btw, I'm the pendengar type kut. uhuu.

cik nurulain said...

syuq:

aku ckp ttg hakikat. sbb tu mcm kena je kt btg idung sesapa. :)

aku fhm. akn tiba waktu tu bila tiada kekangan lgsg di hati.

cik nurulain said...

ween:

nape u da lme x update?

Qiha Aziz said...

cn, punya lah i cari entri terbaru u. baru perasan yg kat atas tu sticky mode. haha. aiyo.

em, i rasa i sama macam ween. pendengar gak kot sbb kalau situasi macam ni i xtahu nak advice macam mana.

cik nurulain said...

Qiha n ween:

u now what? i ni kwn pembakar. hehe. keji ek? Qiha u pon tak hapdate nape...

Qiha Aziz said...

dah update dear :D
i nak update lagi tapi line disini sgt slow. nak upload gambar asyik fail je.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails