Sunday, March 28

PERAMPAS vs PENCURANG?

kalau kena pilih antara 2 orang.

yang sorang ni perampas gf slash bf slash bini slash laki orang ;
yang sorang lagi curang, tapi curang bukan dengan gf slash bf slash bini slash laki orang.

yang mana kau pilih?

taknak pilih 2-2? oi sengal batu. baca balik ayat aku tu. KALAU KENA PILIH.
sebab kalau aku, aku pilih yang second. ouh lupa nak cakap. ini bukan nak dipilih sebagai pasangan hidup. tentulah kedua-dua nya pun taknak kan? just kalau kau ada kawan, mana lagi better di mata kau lah.

ok, aku pilih yang kedua, simply because they meant no harm to me. dia curang, let say dengan bf dia. so dia lah yang bodoh sebab tak appreciate bf dia tu. dan kalau orang yang menjadi punca dia curang tu (orang ketiga tu lah) bijak dan ada otak, orang tersebut takkan terima perempuan tu. hoi! dia boleh sedap rasa tinggal bf dia untuk lelaki lain. kau ingat kau takde potensi dapat nasib yang sama dengan bf dia ke? bahlol lah kalau kau fikir ada exception untuk kau. but then, dengan kawan-kawan macam tak mendatangkan apa-apa ancaman kut. dia bodoh sorang-sorang je lah. biar kan. sebagai kawan, boleh nasihat je lah.

tapi yang namanya perampas ni. bahaya tau. spesis manusia macam ni memang aku tak suka. yang tak tahu mana yang boleh mana yang tak boleh. macam tak mumayiz lagi pun ada. dah tau yang tu orang punya kau nak ambik jugak. kau mintak izin ke? setau aku kalau ambik orang punya tak mintak izin nama nya mencuri. kalau kau nak pinjam basikal orang, kau mintak izin kat tuan punya basikal kan? takkan kau mintak izin kat basikal tu sendiri. karang terperanjat beruk lak kalau basikal tu bercakap. kalau dalam kes manusia lak, oh mentang-mentang laki tu boleh bercakap boleh mendengar, kau mintak izin dia jelah nak 'curi' dia? dia tu milik siapa sebenarnya?

ok ok. nak buat lawak loyar buruk? dia milik Allah? milik ibu bapa. aku PANGG sekali karang. and oh ya, kalau nak bagi alasan belum kahwin, bagi aku BULLSHIT lah. aku tau kadang-kadang soal hati dan perasaan ni complicated. tapi orang yang in a relationship ni macam jalan yang ada tanda 'NO ENTRY'. which part of it don't you understand? tak kisah lah kalau dia tengah ada masalah dengan awek dia pun. dah nama nya orang punya, orang punya lah. apesal tak faham? jangan nak bagi excuse boleh tak? "laki tu memang tak happy pun dengan gf dia"  " diorang memang retak menanti belah pun"  "gf dia buat hal dulu, ada lelaki lain". heyy..whatever lah reason kau.

kenapa nak kona kiri kanan? masalah nya kau amik orang punya kan? and earlier aku cakap orang macam ni bahaya. tahu kenapa? sebab bagi aku what the hell dalam banyak-banyak still nampak yang orang punya gak? nampak sangat tak ada sistem penyaringan. semua pakai redaaaahh je. nampak sangat perangai terkutok. yang single tak berkenan. yang orang punya gak yang menawan hati.jangan lah macam tu. macam manusia tak ada etika tau tak? binatang tu, kalau kita kasi dia akal, dia pun taknak mengawan secara rambang. mesti saring dengan teliti.lagipun orang macam ni biasanya dia determined gila. bila dia kata dia nak, dia nak lah. dan biasanya prinsip may the best woman/man wins tu dipegang oleh perampas. jadi kau boleh bayang tak bagaimana all out nya si perampas ni kalau nak dapat apa dia nak.

aku tau lah komuniti perempuan makin banyak, and komuniti lelaki makin sikit. itu yang kita nampak perempuan cantik berpasangan dengan lelaki tak berapa ada rupa. perempuan berpelajaran berpasangan dengan lelaki kurang berpelajaran (kurang eh, bukan tak berpelajaran langsung). perempuan tak banyak pilihan. lelaki yang banyak pilihan. nevertheless, jangan lah amik hak orang. tahan diri tu sikit.

kalau ditakdirkan memang dah jodoh dengan laki orang, kahwin terus and jangan sembunyi sembunyi. declare dengan first wife. tapi kalau boleh elak, elak lah. kalau kau, kau suka ke hak kau kena ambik orang? tak baik weh, kau bahagia atas kehancuran orang lain.

jadi kat sini aku nak seru sesiapa yang baca entri ni supaya "JANGAN AMBIK HAK ORANG LAIN". belajar jadi manusia yang ada etika sikit. ni tak, orang punya pun nak ambik. cuba orang ambik kau punya tau lak nak melenting. aku PANGG sekali kang. berpinau.

4 comments:

Anonymous said...

aku rase entry ni emo.
perampas bahaye.curang pn tak best!

cik nurulain said...

aku jua tak tahu mngapa begini emo.

Qiha Aziz said...

i pon sama macam u. lagi prefer yg curang dari perampas.

cik nurulain said...

Qiha:

pencurang tak mendatang kan harm pd kita kan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails