Wednesday, April 28

pergilah mendung tinggalkan aku.

tadi, lepas mandi dan solat maghrib aku terus bersiap nak gi tuisyen. ntah kenapa tiba-tiba je datang satu perasaan ni yang aku tak tau nak bagi nama apa kat dia. perasaan tu leads pada sebak dan sayu. tapi aku ok je lagi. aku usha jam awal lagi. aku duduk duduk dulu.

aku tengok izzati pun tengah bersiap. nak keluar makan dengan buah hati dia kut. hampir setiap malam kut dia keluar. lagi lak 2 2 dah habis final observe kan? eh, tapi sebelum habis final observe pun selalu keluar gak. :p takpe, bagi can. cinta baru nak berputik. keskeskes. eh, apa kejadah nya aku cerita pasal izzati dalam ni? alahai. melalut betul.

aku memang dah terasa macam nak burst out dah since aku rasa unidentified feeling tu tadi. but then aku nampak izzati masuk bilik aku macam tahan je. sebab karang dia tanya lak nape aku nangis and mesti blur nak jawab sebab aku seriously tak tau mana datang rasa sebak ni.

tak lama lepas tu, izzati keluar. lepas dia keluar tu lagi lah kan. bila dah tinggal sorang-sorang makin mencanak perasaan tak best aku tadi. aku try ignore. browse facebook, usha blog orang. tapi macam tak boleh blah. sampaikan rasa macam sesak nafas sebab rasa terlalu sayu.

terus aku capai hp and call F. tapi aku maca blur gak. apa reaon aku call dia? haih.

" hello sayang" suara F ceria gila.

"hello d." masa ni aku macam dah tak boleh nak empang air mata aku. sengal ah.

"b, nape? macam tak ok je." obviously dia perasan. sebab aku selalu wat sengal-sengal kalau call dia. ni dull semacam je.

tup tup lepas tu aku ter menangis. seriously aku tak tau nape. bila F tanya pun aku tak dapat jawab. dia kata nanti kalau dah figure out, mesej lah or call lah dia. aku cakap ok.

lepas dah letak tu ada sisa tangis lagi tak habis. masa nak key in nama kat guard pon guard yang rapat dengan aku tu perasan aku baru lepas nangis. haih. jatuh ego aku. walaupun aku memang cengeng sebenarnya, tapi guard tu mana tau before nih.

dalam kereta tiba-tiba bila terfikir F aku jadi makin sedih. sial ah. dah lah aku tak dapat figure out lagi nape aku sebak and sayu tadi. tiba-tiba muncul perasaan tak best yang baru lak.

tadi masa dengar suara F aku terfikir. apa lagi yang F akan alami sepanjang dengan aku? apa yang dia kena tanggung? dah lah perangai aku ni sendiri dah sangat annoying. ditambah lak dengan diri aku yang suka sangat living in the past. suka sangat kutip kenangan. suka sangat pikir benda lama. aku rasa dia boleh gila. dah lah aku tak pernah nak mengaku kalah. asyik nak menang je kerja aku. sinis tak payah cakap. baca jelah entri opss sorry yang ada 4 part tuh.

and aku wonder berapa lama je lagi dia boleh bertahan. berapa banyak sisa kesabaran dia yang masih tinggal untuk aku? berapa lama lagi sehingga dia akan cakap, "cukuplah!" atau berapa lama lagi sehinggan dia akan rasa, she's not worth the effort?

and bila tiba masa tu, apa akan jadi pada aku? aku dah sayang dia. hurm. aku ni sayang orang bukan senang. rasanya selain keluarga aku, aku sayang diri sendiri je. macam mana kalau bila aku dah sayang gila kat someone tu, tiba-tiba dia realise dia tak boleh hidup dengan aku? macam mana kalau bila aku dah decide nak give in kat orang tu sebab aku sayang dia, tapi masa tu jugak dia decide nak quit sebab dah penat put effort pada aku?

hey. kenapa aku ada perasaan macam ni tiba-tiba? kenapa emosi gila tak stabil ni? tak mau. tak mau! shooooh. pergi jauh jauh perasaan buruk hodoh. aku nak gembira. tolong lah mendung pergi tinggalkan aku.

Tuesday, April 27

percandaan bersama cik mardasuzi.

Cik Zu ni memang tak kenal erti jemu betul tag aku lah, bagi award lah. aku ni dah lah lemau sikit benda camni. tak mengapalah, walaupun award tu aku still pending, bab tag ni aku ngak mau bertangguh lagi dong. maka, bermulalah torture bagi yang terlanjur membaca entri ini. on your mark, get set, GO!

3 names in your message inbox:
incik F
mardasuzi
rabinsyada (hahaha)
 

Your Ringtone:
Untuk F- P.U.S.P.A
others- bitterheart bt Zee Avi
 
 
What u did at 12 last night?
bercanda dengan marda kat bilik dia sementara nenek marina dah terbongkang tak sedarkan diri. aktiviti bersama marda ialah makan kek span dia yang hari ni dah berkulat dah (tapi aku telan lagi)
 
 
Who was the last person you went out with? Where?
incik F. baru kejap tadi. gi dinner lepas tuisyen. ke mana? gerai makan yang ada karaoke, sikit lagi si F nak heret aku karaoke di khalayak ramai. nasib baik aku berjaya mengelak. kalau tak, nahas lah telinga semua orang yang tengah makan tu bernanah.
 
 
The colour of the T-shirt you're wearing now :
coklat ada gambar monyet berteraburan. cosy gila baju ni.
 
 
The last thing u did:
salin baju tido.
 
 
3 of your everyday favorite items:
Laptop
Handphone 
handbag kut
 
 
The color of your bedroom:
kalau kat umah, pink. ni kat hostel ni kuning. dull gilak!
 
How much money in your wallet now:
seriously aku malas nak check. tak banyak kut. tadi petang baru berbelanja beli hadiah untuk guru besar and guru pembimbing.
 
 
How's life?
so-so je. graf tengah mendatar. takde lah mengujakan sangat yet takde sebarang masalah.
 
 
Your favorite song:
sekarang ni tengah gila dengar lagu tilu ku bukan aku. ketinggalan ek aku?
 
 
What will you do next week:
apa ek? mesti bosan sebab dah habis praktikal. yang penting aku akan merindui student aku.
 
 
When was the last time you saw your mum:
kelmarin iaitu hari ahad. sebab aku balik jb ku sayang.
 
 
Where is she now?
di rumah, kat jb kusayang.
 
 
When was the last time you talked to your parent?
dengan mak, pagi tadi. dengan ayah kelmarin lah kut.
 
 
Who is the last that talked with you last night:
cik mardasuzi semasa percandaan kami.
 
 
Where did you have dinner last night.
semalam makan apakah? tak ingat lor. kalau baru kejap tadi, aku makan kira-kira 3-4 km saja dari maktab. gila dekat.
 
 
The last surprise you got.
haah ek. macam dah lama je takde surprise. incik F, take note eh.
 
 
Last thing you borrowed from your friend:
haih. apa ek? banyak sangat meminjam :P
 
 
Who is your bf/gr or husband/wife?
Ezad Lazim aka Ezad Exist. :) cepat lah pinang daku!!!
 
 
What do you feel now?
ntah. zero. feelingless
 
 
Wanna share with who?
sesiapa yang mahu berkongsi.
 
 
Who knows your secret?
ntah. kadang-kadang aku rasa macam aku tak ada rahsia. sebab semua nya aku bagitau orang. tapi mustahil lah plak takde rahsia kan?
 
 
Are you angry with someone?
marah kan sum1? takde lah. buang energy je marah orang ni.
 
What do you order at McD:
McValue McChicken + nugget 6 pieces
 
 
The last time you feel so sad..
tak hengat. serious aku tak ingat

baiklah bagi sesiapa yang membaca,penderitaan anda suda berakhir. sekian.


Monday, April 26

pending.

aku sudah 2 hari tak online. macam tak percaya. ini berlaku sebab aku paksa diri aku tinggalkan laptop kat hostel dan aku balik jb. macam tak lengkap juga hidup aku ni tak buka blog dalam sehari. tapi hasil memberangsangkan. aku dapat rehat yang secukupnya. terbukti, surfing memang punca aku menjadi sangat restless.

macam biasa, bila lama tak online ni, terlalu banyak thoughts gila yang datang macam cucuk cucuk aku suruh aku update kat blog. tapi aku tak berkesempatan. marilah berharap mood untuk lampiaskan segala thoughts menggila tu tak hilang. harap-harap cuma pending saja.

eh, lupa nak tanya. ada orang rindu aku tak? :P

Saturday, April 24

opss sorry -final-

hahaha. sori sebab lambat update part 5 dan mungkin final episode nih. saya adalah guru praktikal jadi pagi-pagi kena pergi sekolah ya. jadi, sila bersabar dengan kelewatan ini.


baiklah, in previous entry, aku sedang berada di kelas 5Ck semasa F menghantar mesej kepadaku. dah sememangnya aku tak berapa ada mood untuk mengajar. dengan final observe dah berakhir, ditambah dengan moody dengan F nya. memang aku tak ada mood mau ngajar.

nasib baiklah 5 Ck mintak izin nak buat projek seni diorang. so, aku just pantau jelah. tup tup, aku dapat mesej dari F.

"b, nape dari semalam tak mesej d, tak angkat call d....."

boleh ek dia dengan tak beragaknya tanya camtu? aku ni sikit punya sakit hati pasal semalam. bagai nak rak aku call dia tapi boleh lak dia tak angkat. kalau emergency macam mana? sengal punya bf. dah tu lak yang makin buat aku sakit hati, ntah berapa jam lepas aku call tu, baru dia hantar mesej cakap, "sorry b, tadi d main ping pong"

perkh. tak wajar ke untuk aku mengamuk? (aku tau si marina, marda, awi mesti tengah jawab tak wajar kalau baca entri ni) but then, dah dari semalam dia call and mesej aku. tak sampai hati lak aku nak ignore lagi. lagipun aku ni kalau ignore lama-lama nanti kes kecik boleh jadi besar. sah sah aku ni drama queen. harus lah memperbesarkan pergaduhan kecil tu kerja aku.

ligat gila otak aku berpikir. nak balas apa ek? tup tup setan aku datang untuk balas kaw kaw punya kat F. aku taip mesej ni sambil senyum sampaikan budak-budak 5 Ck pun dok nganjing aku. tet. mesej send.

"d, sorry eh....b main ping pong tadi. "

hahahhahahahhahahahhahaha. hambek kau! ignore aku lagi time main ping pong.

"amboi b, perli d nampak?"

"eh, mana ada perli. betul lah. b main ping pong, sebab tu takleh angkat call d." perkh. puas hati aku.

"dah lah b...jangan macam ni. d mintak maaf"

"hah? nape d nak mintak maaf? mintak maaf untuk apa d?" hahahahaha. reverse psikologi beb. tak bole blah. nak gak dia admit kesalahan dia. setan punya ain.

"yelah, d ignore b masa main ping pong semalam" hakhak. CUKUP! itu je aku nak dengar sebenarnya. yang dia mengaku dia salah sebab ignore aku time main ping pong.

kuang hajaq ek aku ni? nak menang je kerja nya. baiklah drama sengal ni dah berakhir. tak perlulah ada rasa nak tikam aku sebab bersambung lagi. hehehe.

pengajaran cerita ini: kalau takut dipukul ombak, jangan berumah di tepi pantai
kalau tak tahan dengan sinisan, jangan ber girlfriend kan cik nurulain.

hakhakhakhakhak. sekarang mesti rasa nak tikam aku lepas baca pepatah 2 kerat aku tu.

opss sorry part 4

in previous entri, aku tengah menikamati nasi goreng seafood yang kurang enak semasa bf ku yang sengal nak makan tapak kasut menghantar mesej.

"b, sorry. d main ping pong tadi."

aku dah agak dah sebenarnya. kalau ignorant semacam je ni, mesti main ping pong. kurang asam betul aku bagai nak rak call dia berkali-kali. alasan dia main ping pong? adui. tension betul aku.

and of course lah aku ignore mesej tersebut sambil meneruskan usaha menelan nasi goreng seafood yang tak sedap itu. sampai lah balik maktab, aku still tak reply mesej F. dia ada call aku tapi aku tak angkat. banyak kali gak dia call. jangan harap lah aku nak angkat.

malam semalam aku terjaga last miscall dia adalah pada pukul 2 pagi. poor F. padan muka. siapa suruh dia taknak angkat call aku masa aku call tadi. biar ah dia. aku gi sekolah pagi tu dengan keadaan emosi tak berapa nak stabil sebab tengah tak ok dengan F.

aku masuk kelas 5Ck untuk ajar Sains. tapi diorang begging aku bagi masa diorang siapkan projek seni diorang yang kena hantar hari ni gak. ok lah. aku pun dah habis final observe. masa setengah jam je and aku betul-betul tak ada mood nak ngajar. takut kalau budak-budak tu buat hal, ada yang makan pelempang lak.

tup tup dalam kelas tu, aku dapat mesej from F. aku pun buka lah mesej tu.

"b, nape dari semalam tak mesej d, tak angkat call d....."

moody betul aku baca mesej tu. rasa-rasa nya apa aku reply?



ehem. bersambung lagi. jangan tikam aku. ampun!!!!

Friday, April 23

opss sorry part 3

in previous entri, aku cuba call F berkali-kali tapi dia tak angkat. aku pun tak sure dia ke mana.

endingnya sebab tak berjaya reach F, aku heret awi untuk dinner bersama aku. aku tak berjaya heret marda. pompuan tersebut terlalu malas untuk angkat telinga sekali pun. marina keluar dengan muzamir, manakala izzati keluar dengan fadzlee (sila jangan muntah hijau, izzati yang suh taip nama penuh ini. kelakar bukan?)

aku dan awi agak blur untuk makan kat mana. but endingnya kami makan di seroja saja which disappoint me A LOT! tak sedap langsung nasi goreng seafood dia. memang langkah tak bijak makan kat situ. warga bp, sila lah jangan makan di seroja itu ya. i tak recommend!

ok, di kala aku menikmati nasi goreng seafood yang tak berapa nak enak tu, aku telah mendapat mesej dari bf aku yang sengal nak makan tapak kasut. membaca kan mesej dia, aku rasa macam nak makan tapak kasut gak. urgh!

ok ok jangan marah. tapi, bersambung lagi...and bersambung esok ye. :p

opss sorry! part 2

in previous entri, aku dah lambat nak ke tuisyen, tup tup kak lin call cakap tak payah datang. menggelabah lah aku jadinya.

" hah? takpe kak lin...ain dah nak siap dah ni"  gila-gila cuak suara aku masa ni. alamak...habis lah aku.

" kalau ain kat bilik lagi tak payah datang lah ain"

"nape kak lin?" alahai. dah sudah. mati aku.

"si ammar tu...dia keluar dengan ayah dia tadi. tak balik-balik lagi..." sengal. aku ingat sebab apa tadi. buat cuak aku je seyh.

"oh yeke. keluar ke mana kak lin?"

"pegi beli beg sekolah"

poyo punya ammar. tengah-tengah minggu pegi beli beg sekolah? padahal aku tengok beg dia tu tak ada masalah pun. mesti dia berketuntang dengan ayah dia nak beli beg Ben10 ke hape ntah. sengal punya ammar. ntah ntah cari alasan taknak tuisyen. karang aku invite cikgu afiq dia lagi baru padan muka. hahah.

adesh. aku dah lengkap bertudung ni. tak jadi tuisyen lak. haih. sengal betul. kepala otak aku ligat berputar. haih. nak call F lah. ajak dinner bagus gak ni terlanjur dah siap. lagipun this week aku balik jb. confirm tak sempat dating.

aku pun dengan excited nya tengok last call and call si F. herm. tak berangkat.
aku tunggu jap. pergi toilet kut. then aku cuba call lagi. haish. still tak berangkat. lepas dari tu, aku pun dah tak sure berapa kali kah percubaan aku call si F tu. apasal lak lah dia tak angkat ni?

ni yang aku tension ni.

bersambung lagi....

opss sorry!

semalam area kul 8.25 gitu aku masih di bilik. menggelabah cari kunci bilik. si izzati dah keluar masa tu. aku memang dah lambat nak pergi mengajar si ammar. tapi macam mana? kena lah cari kunci. karang kalau izzati balik lambat aku nak masuk bilik cenggana? aku siap menggeledah kat bilik marina and marda.

tup tup, hp ku berbunyi. alamak. kak lin call (mesti dia nak tanya aku datang ngajar ammar ke tak sebab aku dah lambat)

"hello kak lin"

"hello ain, ain kat mana ye sekarang?"

"dah nak gerak dah kak lin" suara sangat cuak okeh.

"yeke? tapi kat mana ye ain." suara macam ragu-ragu dengan jawapan aku.

"erm, kat bilik lagi. tengah cari kunci bilik hilang..." penjelasan membela diri. hahaha

"ain takyah datang lah ain" nada lain macam.

" hah? takpe kak lin...ain dah nak siap dah ni"  gila-gila cuak suara aku masa ni. alamak...habis lah aku.

alamak. kak lin ni marah ke aku lambat datang? selalu ok je. ke ayah ammar tu yang marah. ayah dia dah lah garang. haduih.


kenapa ek kak lin kata tak payah datang?

alamak, bersambung lah pulak. heheheh~

Wednesday, April 21

oppss...terdelete suda!

ehem ehem. dah lama tak buat segmen gosip dalam blog aku ni. mana lah lengkap hidup mama gosip tanpa gosip kan? bukan dah bersara, cuma ambik cuti sekejap sebab busy dengan core business iaitu mendidik anak bangsa. cewwah.

aku sebenarnya baru je nak bercerita pasal ammar zakwan. berkobar-kobar sangat nak cerita pasal ammar. tapi balik je, lepas tu ngadap laptop kesayangan, buka facebook, terukir senyuman sinis di wajahku. lepas tu rasa nak berguling pun ada.manusia manusia.pelik pelik je perangai.

ada lah seorang makhluk Tuhan ni. khabarnya baru couple. eh, aku tak berapa sure lah dah couple ke blom. mungkin juga dalam fasa menuju ke arah  per 'couple' an. tak pasti pulak aku. ntah dari sumber mana, aku terrrrrr dapat tau nama bf dia ni kat facebook.(ayat tak boleh blah terrrrrrr. haha) saja lah aku nak view. sebenarnya nak tengok relationship status je. in a relationship ke, engaged ke, married ke. wah. married???? gila lah.

sekali tengok, page dia takleh view lah plak kalau tak jadi friends. dengan tindakan luar kawalnya aku meng klik pada ikon add as friend yang terpampang kat situ. tiba-tiba baru aku realise yang aku dengan si makhluk Tuhan tu sendiri bukan lah friend dalam facebook nun. tiba-tiba aku rasa kelakar. tapi takde lah aku nak add makhluk Tuhan tu. aku siap pikir, kalau lah ada ikon undo, boleh gak aku undo dari meng add bf makhluk Tuhan tu. tapi takde lak. takleh nak buat apa lah kan? heheh.

kemudian, aku menjalani hidup dengan normal jelah kan. tak teringat langsung pasal insiden aku terrr add bf kepada makhluk Tuhan tu. tapi semalam kut aku tengok kat wall aku cik nurulain is now friend with ****** tet! nama dirahsiakan. ok fine ah. takde hal pun. tapi masa tu, takde lah aku nak gi usha relationship status dia. mungkin aku terlalu busy. takpe lah bukan menarik pun. baik aku focus on final observe aku.

then, baru kejap tadi ada lah seorang kenalan makhluk Tuhan tu tanya aku whether aku ada add si polan bin si polan tu (bf kepada si makhluk Tuhan tu lah) aku dengan jitunya jawab lah ada. kenalan si makhluk Tuhan tu pon menceritakan betapa marahnya si makhluk Tuhan tu kepada aku sebab aku add her so-called bf. menurut cerita, dia turut menyoal siasat bf nya kerana meng approve aku sebagai friend. jawapan bf sungguh mudah kerana aku adalah mutual friend dengan kenalan si makhluk Tuhan tu.

arakian, khabar nya si makhluk Tuhan tu berang sangat dengan aku. bertambah berang sebab aku ni, taknak lak add dia kat fb tapi boleh lak miang membirah add bf dia yang so the very precious tu.uuuuuuuuu! aku yang pada mulanya tak ada curiosity terhadap bf dia tu, terus berminat nak usha wall bf dia. saja nak tengok. muka macam edward cullen ke yang nak insecure sangat pompuan lain add bf dia.

guess what? im no longer in her bf's friend list. sebab nya ikon add as friend tu duk terpampang lagi sekali. gatal je tangan aku nak klik ikon tu lagi. hahahahaha. mesti pompuan tu annoyed gila kan? dah lah dia memang anti dengan aku. kenapa ntah nak anti dengan aku. tak faham betul.

adoyai. tak faham lah orang macam ni. yang nak insecure sangat tu kenapa? its not like aku ni watak penggoda yang harus dijauhi lelaki yang ada gf pon. tak payah lah nak insecure sangat. plus aku tengok primary photo dia, takde macam ezad exist pon. kalau ada iras, haruslah dia takut dan berwaspada. haha. yang tak tahan tu, dah approve dah. tup tup delete. sah lah bf dia kena paksa delete aku. dia tak rasa ke kalau dia buat macam tu bf dia lagi curious nak tau pasal aku? mesti bf dia wonder, "eh nape ek dia tak bagi approve pompuan tu?" 

lelaki ni kita takleh feed dengan curiosity. benda tu macam satu cabaran yang menyeronokkan bagi diorang. silap betul lah buat macam tu. lepas ni, kalau bf dia stalk aku pun, dia takkan tau. lagipun takkan lah bf dia nak bagitau kan/ tu nama nya cari nahas!

sekian gosip untuk malam ini. jangan makan cili jika takmau terasa pedas. tata!

beauty is the capten of all qualities.

baiklah. aku tau ini adalah sedikit terkutuk. (sikit je eh, tak banyak). yelah its already 4 am and tomorrow ill be observed 4 my elective subject, yet im updating blog. haih. ini memang desakan nafsu. bukan apa, mata tak ngantuk lepas tu tengah terlintas something in my mind. better aku taip je terus. kalau tak, natijahnya jadi macam segala thoughts and idea aku yang kini sedang tersadai dalam template handphone aku. punya la gigih aku save idea aku dalam template. tapi mood nak tulis tentang that certain thing, tak juga datang-datang. alamat nya, berkampung jelah thoughts aku tu kat situ.

actually, before aku tergerak nak menulis ni aku baru je melawat blog Fatin Liyana. seronok kan jadi orang yang cantik ni? entri terbaru dia pasal make up review. interesting. girls, boleh check it out. tapi kan, untuk orang macam dia, boleh je tepek apa pun kat muka. still akan nampak cantik. cuba kalau aku? huduh benar jadinya nanti.

best ek Fatin Liyana tu. dah lah cantik budaknya. pandai lak tu. (im assuming so lah sebab bukan senang nak bawak medic kan?) seronok jadi orang cantik ni bukan apa, sebab benda tu adalah eksplisit. sesuatu yang boleh dilihat dengan mata kasar. kalau quality lain, complicated sikit. ia diukur dengan gabungan deria yang complicated. but beauty? tengok guna mata sudey.

lepas tu, gabungan beautiful dengan mana-mana quality lain, akan membuatkan seseorang tu menjadi sangat WOW! especially di kalangan rakan-rakan. lagi plak kalau orang cantik yang berbakat itu sangat down-to-earth. perkh, memang disegani lah. selalu dengar kan orang cakap, dahlah cantik, johan bahas lak tu. see, cantik mesti letak depan punya. cantik ni macam kapten kepada segala quality.

aku sebenarnya sangat jeles dengan orang cantik woo. yelah. kadang-kadang tak payah put too much effort pun untuk diterima ramai. in some cases, orang yang datang nak berkawan dengan orang cantik ni. hurm, tadi aku cakap cantik ni macam kapten kepada segala quality kan? sebab bagi aku, untuk menilai cantik ni kau tak payah ada ilmu tinggu. tak perlu ada kemahiran yang pelik-pelik. budak kecik pun bole judge kecantikan.

kalau kat sekolah tu, budak darjah 1, yang cantik + comel mesti banyak pengaruh. semua nak berkawan dengan dia. nak beratur dengan dia. nak rehat dengan dia. semua dia lah. maybe sebab budak kecik tak pandai lagi menilai hati. jadi, diorang nilai jela apa yang diorang boleh nampak.

tapi takpelah. sejak aku dengar orang cakap cantik tu subjektif, aku jadi macam lega sikit. maybe ada 8 juta orang rasa aku tak cantik. tapi mungkin di mata sesetengah orang aku cantik ke? who knows kan? hehe. ayat penyedap hati je ni. lagipun, daripada kita nak kejar yang kita suka, baik kita suka apa yang dah ada. terima jelah seadanya. kalau kaki gemok tu pandai-pandailah dress up bagi nampak kaki kurus sikit. :p



paksa lah bf anda puji anda cantik. sekurang-kurang nya dah ada 1 makhluk confess anda cantik. khakhakha!




cintai lah apa yang kau ada waima yang kau miliki ialah hidung yang pakat nak kembang bila time amik gambar


ok lah. dah nak masuk 4.30. ngam ngam je aku tidur 1jam jap lagi. wish me luck for my final observe. tata! -4.35 a.m-

Monday, April 19

yang tertunggak.

lappy aku masih dalam mode gering. update ini pula di bawakan khas dari lappy incik F. terima kasih ya penaja! ni kalau dia tau aku guna lappy dia buat update blog instead of lengkap kan portfolio. mati aku weh. takpe takpe. paling awal akan kantoi pun esok bila dia dah tiba ofis. untuk malam ni aku selamat lagi. haha.

hadui. bila laptop sendiri tak ada, secara automatik nya mood untuk update blog ada sedikit merudum lah. aku harap cina kopet tu maju jaya dalam mem'back up' segala data aku kat desktop tu. kalau tak aku pasti akan meraung. meraung pada minggu final observe adalah scenery yang mengerikan. elok dielakkan.

semalam, aku buat marathon movie. haha. takdelah sampai 8 movie aku tengok. 2 movie je pun. yelah, aku ni jarang kut dapat gi menonton wayang gambar. sesekali menonton aku balun habiss. sebenarnya perkara ni terjadi sebab aku dengan F tak berjaya capai kesepakatan dalam memilih cerita untuk  di tonton. natijah nya kami tonton jelah 2 2 sekali. sonang baitu!

cerita yang kami tonton ialah clash of the titans dengan semerah cinta stilleto. mesti tanpa was was lagi korang dah dapat teka cerita pilihan aku kan. sudah! tak payah nak menghina serta mencela aku! cerita tu best tau. bila dah tengok F pun kata , "nasib baik best..kalau tak d tido!"

review aku untuk cerita clash of the titans: best! sehingga F ajak aku tengok second round. alah, biasa lah cerita omputeh. effect gila-gila. sound pun gila-gila. itu lah yang memantopkan cerita diorang. kalau ada 5 bintang, aku bagi 4 kut. tapi untuk tengok second time, tak kut.

ntah lah. bagi aku cerita yang layak tengok berulang kali ialah cerita yang plot dia menarik. macam tengok nsejuta kali pun tak jemu. alah macam cerita P. Ramlee lah kan? kalau cerita suspens ke, cerita effect effect ni, nak watpe tengok lagi? kita dah tau dah time bila effect tu nak keluar. isk, bagi aku tak menarik lah. yeah yeah. call me lame, call me loser. dah kalau aku tak minat, nak buat camne?

ok, untuk cerita semerah cinta stilleto lak, confirm lah aku rasa best. tapi frankly aku rasa plot dia longgar sangat. kemuncak cerita pun aku tak nampak. tapi gabungan lisa surihani dengan farid kamil memang best ah. sedih kenapa farid kamil tak berlakon adamaya tu. mahal kut bayaran dia. haha.

tengah tengok cerita semerah cinta stilleto tu, tiba lah kat part ayah stila (lisa) hina mak ayah si leto (farid). tiba-tiba je F cakap,

"d takut kita jadi macam tu lah nanti. mana tau mak ayah b tak terima d. keluarga d kan biasa je"

terdiam aku. terkedu. kenapalah F selalu ada idea yang mak ayah aku ni kaya. mak ayah aku ni makan gaji. 2 2 kerja kerajaan. sama je macam mak ayah dia. makan gaji and kerja kerajaan gak. cuma bezanya dia duk kampung, aku duk bandar. and siapa cakap orang bandar tu kaya and orang kampung tu tak kaya? aku rasa orang kampung tu la yang lagi kaya, tanak pusaka ntah berapa ekar agaknya.

ada lagi sekali ni, F buat aku terkedu lagi. tapi yang ni tahap tak boleh blah punya. kelakar pun ada.macam ni, masa dalam kereta on the way ke parit sulung, tiba-tiba kitorang nampak pakcik tua tengah lintas jalan. tiba-tiba aku dengan F serentak macam tegur,"aish..makcik ni" pastu kitorang berpandangan.

"d takleh tengok orang tua jalan sorang-sorang tau. rasa kesian sangat. mana lah anak dia ek?"

"eh, b pun sama. b takleh tengok orang tua macam tadi rasa. rasa nak termenangis pun ada."

"lagi satu kan d, b takleh tengok budak gemuk makan sorang-sorang. mesti b kesian."

"eh, kenapa pulak macam tu?"

"ntah, b pikir kesian nya dia. mesti tak ada orang nak kawan dengan dia. tak pun, dia ajak kawan-kawan dia makan tapi kawan-kawan dia taknak, so dia pun makan sorang-sorang.lagipun b macam teringat kat adik b" 

"oh macam tu ke? habis tu b, kalau b nampak d makan sorang-sorang macam mana?"

gulp! ini soalan trick aka soalan menjerat. tersilap langkah akan ada hati yang terluka. hakhak. tapi lepas aku tengok si F macam sempoi sempoi and gelak, aku terus je cakap.

"kalau b tak kenal d, and b nampak d makan sorang sorang, b kesian gak kut.haha"

kecepuk buku lima nan besar hinggap kat bahu aku. haha. hina bf sendirik lagi.

p/s: gambar tak ada. sebab aku trauma nak cucuk apa-apa kat laptop aku. serius aku trauma siot. maka nikmatilah entri entri dull tanpa sebarang gambar. sekian terima kasih.


p/s/s: entri ini telah ditaip pada pagi ahad kat laptop F tapi ntah macam mana tak boleh publish. tatkala laptop aku sihat je, terussss aku publish entri ni tanpa mempeduli alam sekitar.

Saturday, April 17

pengakhiran jumaat yang tak indah.

weh. aku nak mengadu domba ni. semalam kan, setelah keletihan pulang dari sekolah, aku pun bergolek macam ayam golek kat bilik. seperti kebiasaan sejak aku start praktikal, hari minggu merupakan hari aku mengupdate blog secara besar-besaran. yang masa weekdays tu just macam apa yang aku buat for that certain day je.

tahap gian aku nak update blog memang membuak-buak sebab semua idea yang datang masa weekdays, cepat-cepat aku save dalam template hp. tekad aku ialah menanti jumaat tiba dan update blog aku dengan segala thoughts yang datang. so, lepas solat zuhur semalam memang dah cun sangat dah aku nak melepaskan dendam kesumat aku.

then, aku terkedek-kedek pergi bilik awi. aku nak mintak gambar aku dengan budak 4Cs dalam kamera awi. yelah. mahu update blog, gambar musti mau ada kan? setelah berjaya mendapatkan gambar, aku cucuk lah mmc dalam laptop aku. usah-usha gambar. wow not bad. aku tak membuat onar pada gambar aku sendiri. kalau tak, memang takde lah gambar tersebut nak keluar kat blog.

semua berjalan lancar je. aku copy gambar dari mmc awi ke laptop aku. then bila aku nak savely remove device (mmc awi) dia tak respon. dengan tak semena-mena, laptop aku mati dan restart. ok fine. dia restart macam biasa je. aku pun bertenang dan act macam biasa juga. bila dah restart tu, aku cucuk lak mmc kamera aku. nak transfer gambar from kamera aku lak.

upon opening the folder je, laptop aku restart macam tadi. tapi sekarang dia tak keluar sampai windows dia terus restart, lagi dan lagi. itu jelah kitaran nya. aku dah cuak dah masa tu. satu, aku pikir pasal belog. dua aku fikir next week adalah final observe dan aku kena complete kan portfolio aku. damn ah laptop ni buat hal masa ni.

aku nak mengadu domba dekat marina, marda serta awi. bila aku datang bilik, mereka semua sedang terbongkang dengan gaya yang tersendiri. perkh tidut tak sedar kan diri. kalau aku curik TV marina tu, sure dia tak sedar langsung.

setelah gagal mengadu pada 3 objek tadi, aku call F. dah menceceh bagai nak gila. baru aku tanya dia nak buat macam mana. dia mencadangkan hantar kedai. sebab dia tak reti format benQ. takut nanti data aku hilang dan sebagainya. dahlah driver aku ntah ke mana dah hilang nya. baiklah aku akur je. untuk kebaikan laptop aku, aku terima je segala keputusan.

dalam kul 5 lepas solat asar tu, aku bergegas keluar. aku singgah pejabat kesihatan amik F dulu pastu gerak gi kedai. setelah technician tu meneliti laptop aku, dia menggagak, windows aku corrupt. bila dia bertanya kat mana aku simpan data, aku cakap ada gak kat desktop. (macam ntah pape je ek letak data kat desktop?) ntah apa dia membebel kalau partition corrupt data tak bole diselamatkan. percayalah, aku tak faham pape dia cakap. aku buat buat paham and masa dia cakap tu aku tak sabar-sabar nak tanya soalan "bila boleh siap?"

cina tersebut macam buat aku hampa bila dia kata dia boleh siapkan isnin. sebab aku hantar dah petang and esok dia kerja halfday saja. lepas tu, F cakap ape ntah dengan dia, cina tu cakap dia akan cuba. kalau masalahnya sikit je, esok dah boleh amik. perkh, punya lah aku berdoa supaya esok dah boleh siap.

lepas blah dari kedai tu, aku hantar balik si F tu gi pejabat dia. ada hati lagi dia nak main ping pong bersama rakan-rakan. gf tengah kesedihan ni. haha. pastu on the way balik tu, aku macam diselubungi kesedihan memikirkan laptop tiada dan tertangguh la agenda aku nak update blog secara menggila. tiba-tiba saja aku dah corner dekat bp mall.

dengan tanpa sebarang emosi nya, aku berjalan macam zombi dekat bp mall tu. jalan macam zombie pun, the next thing i knew dah ada 2 plastik beg berisi kasut and baju kat tangan aku. sengal punya ain. sorang-sorang pun jadi aje. haha. lepas tu aku gerak ke rumah rasyada. malam ni aku, syada, marda, awi serta marina nak gi makan-makan.

malam tu setelah makan-makan serta gosip bersama budak-budak sengal, aku terlupa kejap pasal laptop aku. tapi balik je bilik nampak si putih tu takde, macam nak meraung lagi. nasib baik kemeraungan aku tak dapat lama sebab jap je lepas tu si syida datang melawat. dia datang bp, nak dating dengan mr ehem dia la tu.

and lepas syida balik dari borak dengan aku aku terus menterjah bilik marda and marina, tido situ sebab izzati takde, dia gi camping. takut ah tido sorang.uuuuuuu. dah maca sardin dah bilik tu dengan awi sekali bertempek sebab roomate dia pun balik penang.

baiklah aku dah selesai mengadu domba. aku nak mandi. kejap lagi nak dating. nasib baik kuar dating kalau tak berteleku lah aku dengan si botet 2 orang tu gi pelican and laptop lak takde. update ini dibawakan dari laptop marda. sekian!

p/s: syial lah entri panjang takde gambar. dah nama nya menumpang laptop orang kannn. redha jelah.

Wednesday, April 14

dilema.

hari ni mau cerita pasal apa ain? blog aku ni dah jadi macam public journal dah. i use journal instead of diary sebab diary usually sangat personal. tapi apa yang aku cerita dalam blog ni 50-50. nak kata personal sangat pun tak, tapi nak kata tak personal, tak gak. aku selamba kodok je kut cerita apa pun kat sini. masa zaman putus cinta ari tu, tak macam berderet deret lak lkan luahan perasaan aku. haha. lame nak mampos!

anyway, siapa yang mengikuti tentang cerita ammar tu mesti tau apa yang berlaku semalam kan? yang tak tau, sila baca previous entry aku. anyway, hari ni masa aku sampai je, ammar duk intai-intai kelibat 'cikgu afiq' dia. takut sangat dengan si nasyrul. naik menyampah aku dibuatnya.

duduk je kat kerusi, aku terus cuba memakai watak tegas yang digunakan oleh nasyrul semalam.aku bagi arahan sepatah and bertegas masa menuturkan arahan. ammar nak berborak pun aku tak layan sampaikan si ammar cakap "cikgu ain. kenapa cikgu tak kawan ammar?" sengal betul budak ni. aku sikit punya in character nak garang. sikit pun dia tak takut.

dalam 20 minit pertama, dia still behave lagi. apa arahan aku dia ikut saja. bila aku tak layan dia borak pun, dia diam je sambung wat kerja. tapi minit yang ke 21 tu dia dah mula menggila macam biasa. dan panorama biasa pun berulang lagi di mana ammar akan menggila manakala aku akan mengamuk sampai bumbung rumah kak lin nak tercabut.

memang aku amuk sakan tadi. geram aku. hari tu masa aku buat drama blah dari rumah kak lin lepas ammar buat perangai, bukan main lagi dia nangis ter gugu gugu. konon macam dan insaf sumpah taknak buat nakal lagi. tapi???hampesh. esok lusa buat je lagi. tertekan aku di buatnya.

tadi memang teruk gila aku menjerit. tapi ammar still taknak dengar cakap aku. tapi bila aku petik nama 'cikgu afiq' bukan main gerun lagi. aku buat-buat pegang hp nak call nasyrul, pastu dia sikit punya takut. tahap kemenggilaan ammar memang tak dapat dibendung lagi tadi sampai kakak dia call atuk diorang.

ammar panggil atuk dia papa. dia memang bukan main takut lagi dengan papa dia tu. sebab nya papa dia tu tok mudim. dia takut gila papa dia sunatkan dia. pulak tu papa dia tak macam 24/7 lak simpan pisau macam belati kat pinggang. memang si ammar gerun lah. lagipun, depan mata aku sendiri papa tu pernah suruh abang ammar pegang ammar and papa tu act as if dia nak sunatkan ammar. memang berketuntang lah budak ammar tu.

anyway, tadi papa sampai datang sebab nak control ammar yang menggila. bengang betul aku dengan si ammar tu. aku macam dah give up weh. penat sangat kalau setiap hari macam ni. balik tuisyen mesti aku stress. lepas tu dengan selamba yaya nya nak ZZzzzzzZZZ and taknak buat lesson plan. (alasan je tu...)

kalau dah tetiap hari macam ni, apa nak jadi dengan hidup aku? haih, korang rasa aku patut quit mengajar ammar ke atau teruskan?aku dalam dilema ni. hurm.


**aku tak baca balik entry yang aku taip ni sebab macam dah mamai gila masa menaip ni. pas habis taip perkataan terakhir ni aku terus publish. so kalau ada ayat aku yang macam doesnt rhyme together atau doesnt make any sense tu, paham paham jelah kenapa ye. chiow.

Tuesday, April 13

ceritera ammar dan hal sampingan.

semalam aku cerita pasal aku merajuk dengan ammar right? guess what? hari ni aku bawak cikgu baru untuk si ammar tu. you know, ive been threatening him yang kalau dia asyik wat perangai nakal dia, aku akan tukarkan cikgu dia dengan cikgu laki yet aku tak pernah pun buat. dia agak takut gak bila aku ugut camtu. tapi bila dah banyak kali ugut tapi tak buat, dia pun dah tak peduli.

so, malam ni aku telah mengusung nasyrul bersama aku. actually, cadangan asal nya, aku nak usung F je. memang lah F bukan cikgu. aku just nak watak seorang laki je assist aku sebab ammar tu dah naik lemak and langsung tak takut dengan aku.

semalam F kata dia free je. takde kena OT. tup tup pagi tadi dia call, dia kena OT lak. aku teruss buat plan B. aku mesej riyan nak mintak tolong dia. riyan ni classmate aku. kiranya dia cikgu gak lah. ayat melamar haruslah sangat bersopan serta berkias-kias.

"riyan, kau free tak malam ni....nak mintak tolong kau sikit"

haha. tak berkias pun, terus terjah je. haha. aku kan straight forward orang nya. riyan ok je.dia kata dia free. dia nak tergelak gak dengan plan aku untuk menakutkan ammar tu. mula-mula dia suruh aku bawak nasyrul sebab katanya nasyrul garang sikit. nasyrul merupakan roomate riyan merangkap classmate aku gak lah.

aku cakap dengan riyan, terpulang kat dia lah kalau dia nak usung nasyrul. haha. the more the merrier right? padan muka ammar. wat hal lagi dengan aku. haih. tapi kan, endingnya plan B aku jadi plan C lak sebab si riyan last minute ada tuisyen lak. so endingnya nasyrul lah yang ikut aku.

so, tadi nasyrul pergi berdua lah dengan aku. dia cam cuak gak bila dengar cerita aku pasal ammar. dia cakap dia bukan lah garang sangat. aku warn nasyrul supaya dia tegas and jangan sengih-sengih dengan ammar. biar ammar takut sikit.

masa tuisyen tadi, aku just duduk tepi tapi aku tak interfere langsung nasyrul ajar ammar. memang tegas gila weh. masa nampak nasyrul tu ammar tanya gak, "cikgu, cikgu datang dengan sape?"  "dengan cikgu baru ammar." aku jawab pendek.

menyampah gila aku dengan si ammar. memang dia behave gila malam ni weh. kalau belajar dengan aku dia sibuk nak minum air lah, nak buang air lah. dengan nasyrul tadi behave je dia. elok je duduk melekat kat kerusi tu. lepas tu, biasa kalau dia dengar bunyi door bell mesti dia meluru ke pintu nak tengok siapa datang. tadi sedara kak lin datang, tapi harammm dia nak bangun. elok je duduk macam bontot dah kena paku kat kerusi.

masa kat tengah-tengah tu ada gak ammar wat percubaan untuk berborak dengan nasyrul. tapi nasyrul tal layan. lepas tu takde dia nak bergurau or berborak dengan nasyrul lagi. hahaha. kagum aku. nasyrul memang strict gila. tak sangka membe kepala gila aku tu boleh garang macam ni dengan budak. baru aku nampak watak dia sebagai cikgu macam mana.

tapi yang tak boleh blah nya, masa tu jam dah kul 9.40. dah melebihi masa belajar dia lah kan. then nasyrul suruh dia eja. "s...a.... bunyi dia apa?" nasyrul tanya. sia ammar diam pandang buku terkebil kebil. padahal dia tau je sa bunyi nya apa. lepas tu nasyrul suruh dia ulang s...a... sa sebanyak 20x. lepas tu nasyrul tanya balik, dia buat kelaku terkebil-kebil dia tu lagi.

dalam hati aku, dia nak memberontak cara halus ni. dia dah penat, dia nak berenti. tapi takut nak buat perangai macam dia selalu buat dengan aku. so dia buat macam tu lak kat nasyrul. bila tengok macam tu, aku pun buat signal time-out kat nasyrul.

kelakar gila. semua orang kat rumah kagum. dah lah takde bunyi jeritan aku macam biasa. pulak tu ammar takde buat perangai, nak ke dapur ke menggulupur kat lantai ke hape. even ayah ammar pun senyum gila. hahaha. aku try naib gak tanya nasyrul kalau-kalau dia nak ajar ammar, sekali seminggu pun jadi lah. hahaha. GAGAL! memang tak mungkin lah dia sanggup macam tu setiap minggu apa lagi setiap hati.

haih, ammar...ammar. apa lah nak jadi dengan kau ek. bila lah nak pandai membaca, menulis? nanti cikgu dah grad siapa nak ajar ammar? siapa lah yang sanggup ajar kau ammar......

p/s: aku keluar berdua dengan nasyrul tadi lepas tu guard yang rapat dengan aku pandang semacam je. masa keluar dia pandang, masa masuk balik pun dia pandang. tapi dia tak tegur aku macam biasa. ntah ntah dalam kepala dia pikir bukan-bukan pasal aku. yelah, selalu dia nampak F yang duk fetch aku, tup tup aku dengan laki lain lak. hahaha. im not that kinda girl lah cik abang guard!

p/s/s: hari ni aku dengan F genap 5 bulan. and hari ni mak dengan ayah aku genap 25 tahun bergelar suami isteri. :) hehehe.

Monday, April 12

carutan rambang di awal minggu.

aku mengamuk dengan ammar tadi. aku suruh membaca dia taknak, then aku suruh menulis pun dia refuse. macam angin dia dah datang. 2,3 kali aku threatened dia yang kalau dia tanak belajar aku akan balik dan esok taknak datang ajar dia lagi. tapi dia buat bodoh. alah, bukan salah dia. dah banyak kali sangat aku guna taktik tu. wajar lah untuk dia tak terpedaya lagi.

tapi dalam kul 9.10 gitu aku dah sampai kemuncak dah. memang dah tak boleh handle lagi. aku grab handbag aku and tekad nak blah. taknak setakat ugut je. aku jerit, "kak lin, ain balik!" memang aku tak toleh belakang. masa aku dah determined gila tu lah baru si ammar nak nangis. cuak kut kalau kalau esok aku dah taknak datang ajar dia lagi.

tapi there's no turning back. memang aku dah tekad nak balik. make a statement sikit. biar dia fikir, i mean it when i say so. masuk dalam kereta, aku start enjin terus menderu. sempat aku jeling tengok si ammar. dia nangis teresak-esak sambil peluk mak dia. yang aku dengar, kak lin cakap, "tu lah ammar. ammar nakal. kan cikgu dah balik...."

sampai maktab aku call mak. saje nak luah perasaan. mak kan cikgu gak. she'll understand better. bukan tak boleh cerita kat ayah. tapi aku belum bersedia untuk kena condemn. so untuk menyedapkan hati dan pujuk diri sendiri, aku call mak. mak gelak kan aje bila aku cerita. dia dah tahu sangat character aku yang drama queen ni. dengan budak-budak pun nak dramatik.

time call tu mak bagitau idin dah dapat kerja. alhamdulillah. yang best nya, aku rasa itu memang kerja yang dia nak. yelah, kerja dia kena design accesories kereta. dia dah lah memang minat gila bab-bab kereta ni. bagus lah.the best part is, gi kerja takde formal attire. santai je. idin tu memang anti uniform or formal attire. so, memang sajak sangat lah pekerjaan yang dia dapat tu. gaji first sila jangan lupa belanja kakakmu yang berjeman nak habis belajar ni ye!

hm. dah lah. aku nak pergi jerut diri (buat lesson plan). perkh dah lah banyak gila lesson plan tertangguh lepas aku mc last week. memang down gila motivation aku nak ke sekolah lately ni. baiklah, mungkin aku nak mandi buat kali ke berapa untuk hari ni. syial panas gila seharian takde angin. ni yang bikin aku makin angin nih!

END

Sunday, April 11

soal hati.


korang rasa lelaki sanggup berkongsi kasih tak? perempuan pun ada yang tak sanggup berkongsi kasih sebab tu lah diorang taknak bermadu. tapi agak-agak lelaki kisah tak? lelaki kan nampak cool je. relax je. macam tak peduli je kan?

bukan aku dah jemu dengan dia. dia tetap di hati aku. betul! dulu kini dan selamanya. walaupun macam-macam orang cakap pasal dia. aku tetap setia dengan dia. bagi aku dia lelaki terbaik. ceh buta terus aku ni. dari zaman remaja lagi aku dengan dia. sampaikan kehidupan aku pun dipengaruhi gak oleh dia.

tapi bila dia tak ada aku jadi sunyi. lama sangat dia menyepi. aku pun tak tau kenapa. ada krisis dan masalah mungkin. takkan lah dia nak bagitau aku. siapalah aku ni pada dia. *sob sob sob*. bila aku kesunyian, aku terjumpa pula orang baru. aku tak pinta semua itu. ia datang tanpa dijangka. mungkin ini dinamakan dugaan.

orang baru ni punya ciri seperti dia dulu. memikat dan membuai. cair weh! tapi yang baru ni masih terlalu baru. perasaan aku baru nak bercambah kat dia. hm, tapi adatlah. ramai lak yang nak kat dia jugak. bila masa camni lah aku teringat yang lama tu. haih. nurul cakap dia sekarang dah botak lepas tu pendek.

ezad, aku tak ada niat pun nak menduakan kau. kau menyepi lama sangat. tapi walaupun macam tu, aku tetap setia dengan kau. walaupun orang cakap kau ada masalah disiplin sampai kena kick off from exist. takpe, kau berdiri sendiri eh ezad. aku sokong kau dari belakang. di belakang kejayaan seorang lelaki kan ada seorang perempuan. *wink wink wink* walaupun kau botak atau pendek, suara kau tetap memikat dan membuai.cair weh.

 sekarang boleh faham tak kenapa i have a thinggy dengan dark specky guy? hehehehe~


oh, si nubhan tu ke? yang tu sementara je kut. aku tak ada apa apa dengan dia. darah muda, biasalah. tapi si nubhan tu suara membuai jugak. tu yang buat aku terpikat gak tu. ezad, kau kisah tak berkongsi kasih dengan nubhan? aku janji aku sayang kau lebih dari dia. tak tipu punya. :)


p/s: tapi nubhan cerah ek? haih. cancel lah.


p/s/s: yelah taste aku in music lame kan? tu yang korang nak cakap kan? pedulik apa. heh. sixth sense pon i tangkap leleh k!

Saturday, April 10

kedekut?

situasi :
di gerai makan kg melayu

watak utama:
ayah
aku

watak penyebab cerita:
mak

watak sampingan:
idin
faiz
nurin

kami berenam menikmati sarapan dengan girangnya. aku dengan ayah makan lontong kering. idin makan nasi lemak ayam, mak makan lontong kuah. nurin dengan faiz masing-masing makan roti canai.

plot cerita terjadi apabila tiba-tiba mak bersuara,

"long...tolong mintak kan mak sambal long. lontong mak ni tak pedas."

idin, nurin dan ayah serentak, "nah ni amik sambal ni." sambil masing-masing sua kan pinggan nak bagi sambal kat mak.

aku pun tak jadi bangun sebab mak dah dapat sambal dia. keadaan tenang seketika. tiba-tiba ayah bersuara

"kau memang teruk lah long. orang lain semua offer sambal  diorang. kau punya sambal sikit punya banyak, kau senyappppp je. kedekut!"

aku terkesima. aik? camtu lak? mak ketawa-ketawa. "tu ikut perangai sape lah tu"

ayah cakap. "ntah nya. dari kecik macam tu. bila orang tumpang kereta, sepanjang orang naik lah dia melalak. elok orang turun je dia berenti melalak. buruk betul perangai"

sengal lah ayah ni. aku tak sempat nak offer lagi orang lain dah offer dulu. bukan salah aku. hish. kedekut sungguh ke aku ni? mana ada weih.tak abis-abis nak ungkit cerita masa aku baby dulu. aku nak bela diri pun tak boleh. sebab aku tak faham pape lagi masa tu. adeih.






handbag pink ni dah koyak. :'( i need new pink handbag!


 ni lah dia penyebab aku di cop kedekut oleh ayah. muka takde rasa bersalah langsung.

 
pagi tadi masa aku siap pinkan brooch bawah dagu, baru lah dengar bunyi hon keramat tu.selamaatt!
siapa tak faham baca entri ini.

ain yang dulu polos. ain yang sekarang?



*lagu tema untuk entry ini*

tengah dengar lagu flightless bird berulang-ulang kali lepas baca entry terbaru kak noe. and macam kak noe cakap, lyric dia sungguh tak ada kaitan tapi melodi memang membuai. lagi pulak bagi orang yang baru lepas gado dengan bf. ppffft! lame lah kau ain.

masuk 6 kali lagu ni berputar macam nak menitis lak air mata aku ingatkan F. aku ni kadang-kadang too hard on him. semua nya kena ikut cara aku, kemahuan aku. cara dia, kemahuan dia jarang aku amik kira. betapa menjengkelkan sekali perangai aku ni ialah, aku realise benda tu tak betul tapi i cant find a way to change.

dan aku akui, antara aku dengan F, dia memang tersangat banyak mengalah. aku sentiasa mahu menang. kalau aku cakap hitam hitam lah. kalau aku cakap putih putih lah. aku tahu dia sedih. dan sebenarnya aku sedih bila dia sedih. tapi aku tak tahu kenapa aku berkeras untuk tidak mengalah. at least not this time.

sejarah lampau buat aku lokek untuk mengalah, untuk bertolak ansur. pengalaman lepas buat aku serik. serik untuk berkorban. berkorban apa saja. baik ia nya maujud macam duit ataupun abstrak macam pegangan dan kepercayaan.aku tahu ini tak adil untuk F. dia tak salah. tapi aku memang tak mampu.

sejak aku beransur pulih dari parah dahulu, program dalam otak aku dah di set kan untuk lebih tegas dan sentiasa mementingkan diri aku sendiri dahulu. memang kedengarannya macam gila tak bermoral. tapi macam mana? at least aku masih mahu buka hati untuk cinta. bukan lah macam budak yang sekali jatuh basikal selamanya tak mahu menunggang basikal lagi. cuma lebih berhati-hati. basikal apa yang boleh aku tunggang. bila masa yang sesuai. haih.

urgh. siot. dah masuk 8 kali dah lagu ni berputar. meruntun hati betul bila dah malam malam buta ni. yang lebih suckish lagi jadi nurulain ni ialah, dia tak pandai mintak maaf. dia ada rasa macam awkward.sometimes tu, memang aku dah admit dah itu salah aku. but then aku just tak mampu nak ucapkan kata maaf ni.

lagak seorang perempuan ego je kan aku ni? macam bagus pun ada. berkira. prejudis. tapi dulu aku tak macam ni. dulu aku lain. and itu jugak lah reason nya sampai sekarang walaupun aku memang dah get over shai (means takde lah nak get back together dengan dia) tapi somehow susah untuk aku fully forgive him.

sebab apa? sebab dia lah aku berubah jadi macam ni. aku susah nak percaya orang. selalu ada prasangka. berkira. aku sebenarnya rindu ain yang dulu. yang polos. selalu anggap baik tentang semua benda. optimistik. ain tu dah lama tak ada. ain yang polos tu rapuh hatinya. sikit sikit berderai air mata. terlalu bergantung pada orang kesayangannya.

ain yang sekarang pentingkan diri. prejudis. berkira. tapi ain yang sekarang lebih kuat dan lebih berdikari. terlampau berdikari sampai kadang-kadang buat F rasa tak diperlukan. terlalu kuat sampai kadang-kadang F rasa lemah. aku realise semua tu bukan aku tak realise. cuma ia di luar kawalan aku.

F, i know i may act like pain in the ass sometimes. nope. actually all the time. but im trying hard not to. im fighting it. fighting the thoughts that i might be betrayed once again. susah kita nak lupakan luka kalau parutnya masih ada. i hope you'll understand.

saya tahu, bukan awak je yang kena usaha saya pun sama. tapi please, bagi lah saya free pass. saya belum sembuh. bertahan lah. memang susah nak meraih kepercayaan saya. susah nak meraih perhatian saya. tapi percaya lah bila awak dah berjaya meraihnya awak akan rasa kemanisannya sendiri. ia lebih manis berbanding jika kepercayaan dan perhatian tu dapat diraih tanpa usaha keras.

i may seem egoistic. i may seem cold. i may seem distance.
but. i love you. and its true. so true.




Mohd Fakharudin Arifin,
this may not be considered a proper appology. but IM SORRY.

Friday, April 9

recall recall recall!

yahuu! hujung minggu kembali lagi. dapat lah aku blog dengan girang. aku menyampah lah. bukan apa. sepanjang minggu macam-macam jadi. macam-macam gak yang terlintas dalam kepala aku. tapi aku tak sempat nak blog. bila aku dah ada masa ni, aku dah lupa dah apa yang aku dok pikir and dok buat sepanjang minggu.

haih, mengapalah aku bukan seorang penulis ek? seorang wartawan ke. cukup pakej dah aku ni. yelah aku kepoh. wartamwan kena kepoh kan? kalau tak kepoh camne nak dapat cerita sensasi ye tak? aku suka bercerita. seriously suka. mulut tak boleh diam. tapi actually not really verbally je. dapat bercerita kat blog pun jadi aje weh.

kalau aku bercerita dengan marda or marina, naik pening kepala diorang dengan ability aku untuk melompat dari satu cerita ke cerita yang lain. kalau tengah penat, mesti rasa macam nak sumbat mulut aku dengan bantal. kadang-kadang sampai tak ada orang nak layan aku, dengar cerita aku. kesian aku.

tapi bila berlaku situasi sebegitu, aku akan pandang seorang mangsa and lock orang tersebut. cerita sambil pandang je orang tu. so orang tu terpaksa mendengar cerita aku. haha. padan muka. sape suruh taknak layan aku.

ok. aku nak stop mengarut tak ada hala tujuan macam ni. aku nak recall balik what happened along the week and what were my thoughts.

p/s: bukan reti nak complete kan lesson plan. blogging je kerja kau ain!

Sunday, April 4

EMERGENCY CASE!

kelengkapan yang perlu ada dalam handbag ketika berada di rumah:

brooch sekurang-kurangnya 1
klip rambut kaler hitam yang paling basic
hair band
bedak serbuk
cermin mata
deodorant
jarum peniti (optional)
perfume (optional)
eyeliner biasa, bukan yang liquid (optional)

kelengkapan yang perlu sentiasa stand by dan boleh dicapai dalam keadaan emergency:

pashmina/ tudung bawal kaler hitam (salah satu)
cardigan hitam

ok, sekarang bermulalah babak cemas nya.

pin pin! pin pin! kedengaran bunyi hon kereta stream di luar rumah. jika bunyi hon seperti lembut dan tiada tanda-tanda kemarahan ia mungkin dibunyikan oleh mak. jadi boleh amik masa pakai contact lense, pakai concealer kemudian tepek compact powder. kemudian boleh nyanyi-nyanyi lagu hindustan sambil pilih shawl apa yang menarik untuk dipakai dan nak dipadankan dengan baju apa. wah! heaven hidup aku! wuwuwuw!

TAPI AWAS!

kalau bunyi hon pinnnnnnnnnnnnnnnnnnn! pinnnnnnnnnnnnnnnnnnn! sah lah ia dibunyikan oleh ayah dengan penuh kejituan serta penuh amarah. dalam situasi begini, haruslah berfikir dengan cepat dan bertindak dengan pantas. kamu hanya diberi masa kurang dari 10 minit untuk evacuate bilik dan masuk ke dalam kereta.

langkah yang perlu diambil:

1.jika sedang memakai t-shirt short sleeve, teruslah mencapai cardigan hitan serta tudung bawal hitam. jika tudung bawal telah renyuk kerana dihenyak semasa tidur malam tadi, capai saja pashmina. untuk kes pashmina, abaikan saja jika ia renyuk. nescaya bila dah letak atas kepala nampak macam art saja.

2.oh jika sedang memakai baju tidur, sila buka cupboard seberapa pantas hingga kan macam nak tercabut pintu cupboard. kemudian fikir dengan pantas, baju mana yang tak pernah fail bagi kerjasama bila situasi sebegini terjadi. terus grab baju tersebut dan sarungkan dengan kadar yang paling segera.

3.setelah baju tersarung di badan (seluar pun sarung la) capai handbag yang telah dipersiapkan dengan kelengkapan yang dinyatakan di atas. jangan menggatal nak berguling-guling menari lagu hindustan sambil pikir handbag apa yang sesuai untuk outfit aku ni ek. no way. no time. emergency!!

4.baju dah sarung, seluar dah sarung. pashmina kat tangan. yesza, bersedia untuk keluar rumah dan masuk dalam kereta dengan harapan tidak dileteri ayah atau dicubit kerana lambat. oh ya. kalau boleh sila letakkan flip flop dalam semua kereta di rumah untuk saat-saat cemas di mana perlu berlari tak cukup tanah sampai terlupa sarung flip flop. warna flip flop? oh tak payah fikir. pedulik hape kalau tak kena pun. confidence is what makes a girl sexy. hahahahah~

5.baiklah, setelah masuk dalam kereta, jangan bertentang mata dengan ayah untuk mengelakkan ayah psiko menggunakan mata. jika line clear dan ayah tak marah, terus pakai bedak serbuk kat muka. kemudian pakai deodorant.

6. langkah seterusnya pemakaian pashmina. letak atas kepala, samakan dua dua belah kemudian pinkan bawah dagu. lilitkan sebelah ke atas kepala dan selit kat tepi pipi guna klip rambut. yang lagi sebelah biarkan saja berjurai ke bawah. yess. dah siap pun pakai shawl.wuwuwu. rupa nya ada sikit macam letak kain buruk atas kepala.

7. jika masih belum tiba ke destinasi yang dituju, sila pakai eyeliner kerana wajah akan seperti nyonya jual sayur tanpa memakai eyeliner. tapi kalau tak sampai lantak lah muka macam nyonya pun.


inilah hasilnya


 
nurin sungguh tak aci sebab dia tak pakai tudung. ada masa tambahan untuk pakai liquid eyeliner siap tepek blusher. lihatlah struktur pashmina aku tu. ya, memang berkedut dan tak iron pun. kan nampak macam art tuh. haha. handbag yang aku pakai tu memang banyak khazanah. segala tisu, jarum peniti, brooch, bedak memang standby dalam tu in case kena bersiap dalam kereta.

kesimpulan nya, kalau kau anak perempuan haji shahruni kau tak boleh nak melawa sangat. kalau kau nak melawa, kau kena lah pantas dan tuntas. haha.

p/s: kalau kau lambat masuk kereta lepas hon dibunyikan berkali-kali alamatnya tangan kau bisa dicubit atau telinga kau bernanah dengar leteran. pilih lah mana nak.

Saturday, April 3

sehari bersama ayah.

hari ni lepas hantar nurin gi kerja, tinggal lah aku berduaan dengan ayah. arakian setelah tinggal berdua dengan ayah akan tiba lah moment of awkwardness. walaupun aku memang rapat dengan ayah tapi kalau tinggal berdua sangat lah menakutkan. kita tak boleh jangka apa yang akan berlaku.

sebab aku malas nak drive, aku heret je ayah sekali gi amik stok baju. ayah redha je kena duduk dalam kereta tunggu aku pilih pilih baju. balik rumah, tengah aku duk sibuk-sibuk nak upload gambar collection baju terbaru kat facebook aku, tiba-tiba je ayah panggil.

boleh tak ayah nak ajak aku lipat semua karpet dalam rumah, dia nak gi hantar basuh. bunyi macam senang lah kan. just lipat karpet tu. abis tu objek atas karpet tu nak jadah kan macam mana? tak lain dah tak bukan aku dengan penuh kejituan lah yang kena angkat segala kerusi sofa coffee table yang menghempap karpet-karpet sekalian.

bila dah lipat semua karpet tu, terpapar lah segala mak datuk nenek habuk. ayah tunjuk terror nak gi vacum satu rumah. perkh, aku macam tak caya ayah nak mem'vacum'. tapi yang kelakarnya ayah boleh tanya kat aku

"vacum ni pemegang dia yang panjang mana long?"

"dah lama tak wujud benda alah tu yah. dari zaman bibik ada lagi benda tu dah tak ada"

"habis tu macam mana nak vacum?"

"macam tu jelah" sambil aku tunjuk batang pendek vacum tu.

punya lah tak pernah buat kerja rumah. sampai dia tak tahu pun batang vacum tu dah lama tak wujud. akhirnya ayah pasrah. dia nak guna penyapu je. dia amik penyapu lembut (penyapu rami bukan penyapu lidi tau) kat dapur. tengok banyak lak habuk melekat kat penyapu tu. ayah apalagi, dengan kuasa kuda menhentak penyapu tu dengan tujuan nak mengibas habuk yang melekat tu. tup tup batang penyapu lak tercabut.

yarabbi. aku gelak gila-gila. kalau lah boleh rakam muka ayah aku. pasrah je dia. dah lah batang vacum tak ada. batang penyapu lak dia patahkan. nasib aku jumpa penyapu lembut kat dalam bilik. ayah tak patah semangat. dia teruskan niat suci murni untuk menyapu.

 gila smart ayah aku ni. menyapu siap pakai t-shirt berkolar and tuck in lagi you!

macam sangat mengkasihankan ek ayah aku. dari dapur ke ruang tamu dia menyapu.


akhirnya ayah berjaya menyapu rumah dengan jayanya. sempat lagi ayah kutuk aku.

"kau memang pemalas lah long"

"haah memang along malas' jawab aku selamba.

"nanti kahwin nak jadi apa?"

"takpe, nanti along nak cari orang gaji"  jawabku selamba lagi.

ayah tak tau nak cakap pe. agaknya beristighfar je dapat anak dara cam aku.and sebab aku malas gak lah, aku tak masak tengahari lantas ajak ayah makan kat luar lepas fetch mak kat sekolah. haha. senang betul hidup aku ni. on the way nak ke sekolah mak, tiba-tiba ayah tanya aku.

"long, cuba kau tolak 2010 tolak tahun 85" haish ayah aku ni nak suruh aku main nombor lak. aku dahla bengap nombor.

"huh? 85? umur along sekarang 24. maknanya 25 lah. ayah nak kira dah bape tahun kahwin dengan mak ke?"

"eh, kau dah 24 ke long?" boleh lak dia tukar topik dengan sebegitu pantas ek?

"lah, yelah. memang lah dah 24" peh boleh dia buat lupa aku ni dah besar ek.

"dah boleh kahwin lah ek. dah ada calon ke? dah ada calon BARU?"  sambil siku-siku aku.eh eh. lawak sangat ke perkara ni pada dia.

"alah...kenapa? kalau ada pun kenapa? kalau takde kenapa lak?" malas aku nak jawab. nanti banyak spekulasi.

"eh, cakap lah betul-betul. ayah nak merancang ni. nak buat kat persada ke..."

haik? persada? GULP. terus aku teringat F. yang ado dia nak buat kat tempat camtu ek. kalau nak buat kat tempat camtu alamat makin lambat lah aku kahwin. terus aku potong cakap ayah aku.

"eh tak payah lah buat kat persada"

"apasal?"

"mahal lah. membazir."

 time tu gak walaupun ayah tengah driving ayah pandang badi kat muka aku. mesti dia wonder, since when aku pikir mende-mende camtu. selama ni buat tak reti je ngabiskan duit makbapak. haha. mati lah aku weh kalau ayah betul nak buat kat persada. berapa lak hantaran aku nanti. adoi. karang tak kahwin sampai ke tua gak aku.



bole tak duduk bawah ketiak mak ayah sampai bebila? tak payah kahwin? hehe.


anak dara haji shahruni yang pemalassss. sila jangan rekemen pada pakcik atau abang kamu. haha.

warkah untuk USHER.

sila klik lagu untuk feel yang mendalam.





assalamualaikum.

hai usher. kat manalah awak sekarang ye? tiba-tiba saya teringat kat awak. bukan salah saya. masa mandi dengan marina hari tu dia pergi sebut nama awak. jadi saya pun teringat lah kat awak. ouh tak, saya mandi dengan marina tapi shower lain-lain. janganlah awak sangsi. saya masih suka lelaki. jangan awak pikir saya tolak awak dulu sebab saya suka perempuan.ish nauzubillah.

hai usher. kalau lah saya ingat nama betul awak. mesti saya dah search awak kat facebook. tak pun saya bantai je google nama awak. tu lah. asyik gelar diri sendiri dengan nama tu je. kan saya dah tak ingat nama awak. takkan saya nak search usher lak? nanti result dia mesti keluar usher yang nyanyi let it burn tu. haha. kelakar ek bila orang gelap nyanyi lagu let it burn.

hai usher, kalau lah awak tahu apa jadi pada saya, mesti awak gelak guling-guling. sebab orang yang saya pilih dulu tinggalkan saya untuk perempuan lain. mesti dalam hati awak, "padan muka kau. dulu kau tolak aku".

hai usher kalau lah saya jumpa awak hari terakhir tu. ntah apa akan jadi ek? ntah ntah kita dah couple. ntah ntah kita dah sama sama grad dari upm. ntah ntah kita dah kahwin? haha. taklah. takkan lah cepat sangat.

hai usher kalau lah awak tahu yang awak lah lelaki pertama pernah puji saya cantik. ex-bf saya pun tak pernah puji. paling-paling pun dia cakap saya comel. itu pun saya ragui keikhlasan nya. kadang-kadang saya rasa comel tu adalah perkataan lain untuk kurang cantik.

walaupun hakikat sebenarnya taklah diketahui (sama ada awak ikhlas memuji atau saja nak pancing) tapi saya sangat lah convinced. kiranya kalau awak menipu awak ni pelakon yang terrrrbaik lah. dan dikeranakan itu, self esteem saya naik mendadak. ya kawan-kawan sila salahkan usher kerana membuat kan aku jadi over confident dengan diri sendiri.

hai usher, mesti awak dah grad dari upm kan? kalau tak pun dari mana-mana U. yang pasti mesti awak dah take over estate ayah awak tu. haha. dulu bila awak cerita pasal estate tu saya selalu nak ejek awak keling. tak cukup dengan ejek awak negro. haha.

hai usher. saya bakal cikgu sekolah rendah. mesti awak tak percaya sebab saya kan tak suka budak. tapi sekarang dah suka. :) saya ajar sains. mesti awak nak ejek sebab dulu saya bengap bio. kalau pergi library mesti awak ajar saya bio. sebab masa kuliah bio saya selalu berangan.

hai usher. kalau lah awak tau kerana awak saya hampir kehilangan ex-bf saya tu dulu. sekarang dah hilang betul betul la. haha. dah lah dia suka tuduh saya pernah keluar dengan awak. padahal nak jumpa kat library pun saya pikir sejuta kali. sebab what the hell saya nak pergi library? tidur lagi baik. haha. eh, kalau saya tau dia nak tinggalkan saya untuk perempuan lain, baik saya tinggalkan dia awal-awal ek?

hai usher. banyak nya kalau dalam surat ni ek. tapi kan. kalau semua 'kalau' yang saya nyatakan tu terjadi, hari ini saya tak ada lah bf nama fakharuddin. dia suka nyanyi jugak. macam awak. suara dia boleh tahan tapi semua lagu yang dia nyanyi ada lenggok mawi. kadang-kadang dia nyanyi lari tempo tapi dia perasan dia nyanyi sedap sangat. haha. dia idolakan ayah dia gak, macam awak. cuma dia tak macam usher lah. alah awak pun bukan nya rupa usher sangat. sebab usher yang nyanyi let it burn tu tinggi. muka dia panjang. tapi awak pendek. muka pun bulat. haha.

dan kalau lah 'kalau' yang saya nyatakan terjadi, mesti saya bukan di batu pahat menghabiskan degree dalam pendidikan ni. mungkin saya ikut awak ke upm dan mungkin saya ambik kimia seperti yang awak saran kan sebab awak kata saya pandai kimia.

hai usher. di mana pun awak berada, saya harap awak baik-baik saja. kalau kita ada peluang jumpa, saya nak confess. masa kenal awak tu memang saya cuma suka kawan je dengan awak. saya memang saya ex-bf saya tu. cuma masa kat matrik dia suka abaikan saya. setiap malam lepas mesej dengan awak saya mesti sedih teringat ex-bf saya tu. dalam hati saya, "kan bagus kalau shai macam usher".

saya mengaku saya salah sebab tak bagitau saya ada bf. tapi awak sendiri pun tak pernah tanya, mungkin awak confident pompuan kurang cantik seperti saya ni selayaknya tak ada orang nak dan confirm tak ada bf. walaupun kisah kita tak berpenghujung, saya tak lupakan awak sebab awak adalah antara plot menarik dalam hidup saya masa saya mentah dulu.

sekarang saya sedang melakar plot baru bersama insan yang suka nyanyi lari tempo itu. :) kalau saya berjaya jejak awak di facebook, friendster ataupun semasa membeli belah di e-bay (apa aku merepek ni?) saya akan hantarkan kad wangi-wangi ke rumah awak. tapi kalau kita berjaya menjejaki antara satu sama lain, kisah lama tu tinggal sejarah jelah. jangan nak cari pasal. bf saya tu gangsta. saya pun takut dengan dia. haha.



haih usher, mesti kau confident aku takde bf sebab lobang idung aku besar kan?

Thursday, April 1

haih.

aku ada 2 lesson plan for tommorow. and i might be observe tommorow. hish. sakit hati aku dengan gaban. dia cakap nak datang observe aku tadi. dah cun cun aku set up makmal sains, dapat lak dengan kelas 5Ck, memang mantops lah. but then dia boleh tak datang lak tadi. dah lah tak inform pape. mesej pun tak. sengal!

so, esok tak tahu lah siapa yang akan kena observe. sebab aku dengan awi masing-masing ada kelas kul 11.30. so ikut mood si gaban tu lah nak observe siapa. thus, aku kena fikir activity yang agak the bomb gak untuk esok, in case gaban pilih untuk observe aku in stead of awi. dah lah dengan 4Cs esok. beristighfar lah hendak nya aku esok kalau gaban nak observe aku.

see, ngarut punya ngarut dah panjang gak entri aku ni. belum lagi masuk cerita sebenar. ini baru je mukadimah. alah, yang nama nya ain tau plak kan nak buat entri pendek pendek. kalau muak baca pemengarutan aku yang berjela ni, gi baca cerpen. sah sah memang pendek. haha.

eh, sekarang aku dah macam terlupa apa aku nak cerita sebenarnya. sebab dah terlampau banyak cerita, and lately sebab busy, banyak yang aku simpan.semuanya dah mix up dalam otak aku. adoi. sengal. takpelah. nanti slow slow aku organize balik cerita yang berkecamuk dalam kapla aku yang gedabak ni.

**to be continued**


p/s: yang curious. ya benar, selain mempunyai sepasang kaki yang besar (bahasa kasarnya gemok) aku juga mempunyai se kepela yang besar (kalau aku ada sepasang kepala mesti tak boleh blah kan? mulut ada 2 lah makna nya. mati pekak orang sekeliling aku kena dengar aku bercakap. mulut 1 pun diorang dah rasa macam nak toreh telinga berkali kali)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails