ehem ehem. dah lama tak buat segmen gosip dalam blog aku ni. mana lah lengkap hidup mama gosip tanpa gosip kan? bukan dah bersara, cuma ambik cuti sekejap sebab busy dengan core business iaitu mendidik anak bangsa. cewwah.
aku sebenarnya baru je nak bercerita pasal ammar zakwan. berkobar-kobar sangat nak cerita pasal ammar. tapi balik je, lepas tu ngadap laptop kesayangan, buka facebook, terukir senyuman sinis di wajahku. lepas tu rasa nak berguling pun ada.manusia manusia.pelik pelik je perangai.
ada lah seorang makhluk Tuhan ni. khabarnya baru couple. eh, aku tak berapa sure lah dah couple ke blom. mungkin juga dalam fasa menuju ke arah per 'couple' an. tak pasti pulak aku. ntah dari sumber mana, aku terrrrrr dapat tau nama bf dia ni kat facebook.(ayat tak boleh blah terrrrrrr. haha) saja lah aku nak view. sebenarnya nak tengok relationship status je. in a relationship ke, engaged ke, married ke. wah. married???? gila lah.
sekali tengok, page dia takleh view lah plak kalau tak jadi friends. dengan tindakan luar kawalnya aku meng klik pada ikon add as friend yang terpampang kat situ. tiba-tiba baru aku realise yang aku dengan si makhluk Tuhan tu sendiri bukan lah friend dalam facebook nun. tiba-tiba aku rasa kelakar. tapi takde lah aku nak add makhluk Tuhan tu. aku siap pikir, kalau lah ada ikon undo, boleh gak aku undo dari meng add bf makhluk Tuhan tu. tapi takde lak. takleh nak buat apa lah kan? heheh.
kemudian, aku menjalani hidup dengan normal jelah kan. tak teringat langsung pasal insiden aku terrr add bf kepada makhluk Tuhan tu. tapi semalam kut aku tengok kat wall aku cik nurulain is now friend with ****** tet! nama dirahsiakan. ok fine ah. takde hal pun. tapi masa tu, takde lah aku nak gi usha relationship status dia. mungkin aku terlalu busy. takpe lah bukan menarik pun. baik aku focus on final observe aku.
then, baru kejap tadi ada lah seorang kenalan makhluk Tuhan tu tanya aku whether aku ada add si polan bin si polan tu (bf kepada si makhluk Tuhan tu lah) aku dengan jitunya jawab lah ada. kenalan si makhluk Tuhan tu pon menceritakan betapa marahnya si makhluk Tuhan tu kepada aku sebab aku add her so-called bf. menurut cerita, dia turut menyoal siasat bf nya kerana meng approve aku sebagai friend. jawapan bf sungguh mudah kerana aku adalah mutual friend dengan kenalan si makhluk Tuhan tu.
arakian, khabar nya si makhluk Tuhan tu berang sangat dengan aku. bertambah berang sebab aku ni, taknak lak add dia kat fb tapi boleh lak miang membirah add bf dia yang so the very precious tu.uuuuuuuuu! aku yang pada mulanya tak ada curiosity terhadap bf dia tu, terus berminat nak usha wall bf dia. saja nak tengok. muka macam edward cullen ke yang nak insecure sangat pompuan lain add bf dia.
guess what? im no longer in her bf's friend list. sebab nya ikon add as friend tu duk terpampang lagi sekali. gatal je tangan aku nak klik ikon tu lagi. hahahahaha. mesti pompuan tu annoyed gila kan? dah lah dia memang anti dengan aku. kenapa ntah nak anti dengan aku. tak faham betul.
adoyai. tak faham lah orang macam ni. yang nak insecure sangat tu kenapa? its not like aku ni watak penggoda yang harus dijauhi lelaki yang ada gf pon. tak payah lah nak insecure sangat. plus aku tengok primary photo dia, takde macam ezad exist pon. kalau ada iras, haruslah dia takut dan berwaspada. haha. yang tak tahan tu, dah approve dah. tup tup delete. sah lah bf dia kena paksa delete aku. dia tak rasa ke kalau dia buat macam tu bf dia lagi curious nak tau pasal aku? mesti bf dia wonder, "eh nape ek dia tak bagi approve pompuan tu?"
lelaki ni kita takleh feed dengan curiosity. benda tu macam satu cabaran yang menyeronokkan bagi diorang. silap betul lah buat macam tu. lepas ni, kalau bf dia stalk aku pun, dia takkan tau. lagipun takkan lah bf dia nak bagitau kan/ tu nama nya cari nahas!
sekian gosip untuk malam ini. jangan makan cili jika takmau terasa pedas. tata!
3 comments:
perhh gosip dia :D
http://nomborsebelas.blogspot.com/
hahhaha.. *gelak guling2* jeles gila gurl itewww..
CN lgi cantik dr dia kot.. sbb tu dia rse insecure... ngeeeee...
zu:
CN cantek? muntah hijau lah. zu, cuba tgk kat cik nurulain's space. your my VVip now!
Post a Comment