Wednesday, April 14

dilema.

hari ni mau cerita pasal apa ain? blog aku ni dah jadi macam public journal dah. i use journal instead of diary sebab diary usually sangat personal. tapi apa yang aku cerita dalam blog ni 50-50. nak kata personal sangat pun tak, tapi nak kata tak personal, tak gak. aku selamba kodok je kut cerita apa pun kat sini. masa zaman putus cinta ari tu, tak macam berderet deret lak lkan luahan perasaan aku. haha. lame nak mampos!

anyway, siapa yang mengikuti tentang cerita ammar tu mesti tau apa yang berlaku semalam kan? yang tak tau, sila baca previous entry aku. anyway, hari ni masa aku sampai je, ammar duk intai-intai kelibat 'cikgu afiq' dia. takut sangat dengan si nasyrul. naik menyampah aku dibuatnya.

duduk je kat kerusi, aku terus cuba memakai watak tegas yang digunakan oleh nasyrul semalam.aku bagi arahan sepatah and bertegas masa menuturkan arahan. ammar nak berborak pun aku tak layan sampaikan si ammar cakap "cikgu ain. kenapa cikgu tak kawan ammar?" sengal betul budak ni. aku sikit punya in character nak garang. sikit pun dia tak takut.

dalam 20 minit pertama, dia still behave lagi. apa arahan aku dia ikut saja. bila aku tak layan dia borak pun, dia diam je sambung wat kerja. tapi minit yang ke 21 tu dia dah mula menggila macam biasa. dan panorama biasa pun berulang lagi di mana ammar akan menggila manakala aku akan mengamuk sampai bumbung rumah kak lin nak tercabut.

memang aku amuk sakan tadi. geram aku. hari tu masa aku buat drama blah dari rumah kak lin lepas ammar buat perangai, bukan main lagi dia nangis ter gugu gugu. konon macam dan insaf sumpah taknak buat nakal lagi. tapi???hampesh. esok lusa buat je lagi. tertekan aku di buatnya.

tadi memang teruk gila aku menjerit. tapi ammar still taknak dengar cakap aku. tapi bila aku petik nama 'cikgu afiq' bukan main gerun lagi. aku buat-buat pegang hp nak call nasyrul, pastu dia sikit punya takut. tahap kemenggilaan ammar memang tak dapat dibendung lagi tadi sampai kakak dia call atuk diorang.

ammar panggil atuk dia papa. dia memang bukan main takut lagi dengan papa dia tu. sebab nya papa dia tu tok mudim. dia takut gila papa dia sunatkan dia. pulak tu papa dia tak macam 24/7 lak simpan pisau macam belati kat pinggang. memang si ammar gerun lah. lagipun, depan mata aku sendiri papa tu pernah suruh abang ammar pegang ammar and papa tu act as if dia nak sunatkan ammar. memang berketuntang lah budak ammar tu.

anyway, tadi papa sampai datang sebab nak control ammar yang menggila. bengang betul aku dengan si ammar tu. aku macam dah give up weh. penat sangat kalau setiap hari macam ni. balik tuisyen mesti aku stress. lepas tu dengan selamba yaya nya nak ZZzzzzzZZZ and taknak buat lesson plan. (alasan je tu...)

kalau dah tetiap hari macam ni, apa nak jadi dengan hidup aku? haih, korang rasa aku patut quit mengajar ammar ke atau teruskan?aku dalam dilema ni. hurm.


**aku tak baca balik entry yang aku taip ni sebab macam dah mamai gila masa menaip ni. pas habis taip perkataan terakhir ni aku terus publish. so kalau ada ayat aku yang macam doesnt rhyme together atau doesnt make any sense tu, paham paham jelah kenapa ye. chiow.

3 comments:

epalejau said...

epal suka baca cerita pasal ammar.
so, jangan berenti mengajar ammar.
buleh?
:)


- arini epal dapat surat kedua dari ammar. :) berbunga-bunga.

cik nurulain said...

epalejau:

tapi i penat dengan ammar. ammar u best...ammar i nakal...

zulaikha said...

award untuk CN --> http://zulaikhamohdnor.blogspot.com/2010/04/1st-award-beautiful-blogger-award.html

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails