Sunday, April 4

EMERGENCY CASE!

kelengkapan yang perlu ada dalam handbag ketika berada di rumah:

brooch sekurang-kurangnya 1
klip rambut kaler hitam yang paling basic
hair band
bedak serbuk
cermin mata
deodorant
jarum peniti (optional)
perfume (optional)
eyeliner biasa, bukan yang liquid (optional)

kelengkapan yang perlu sentiasa stand by dan boleh dicapai dalam keadaan emergency:

pashmina/ tudung bawal kaler hitam (salah satu)
cardigan hitam

ok, sekarang bermulalah babak cemas nya.

pin pin! pin pin! kedengaran bunyi hon kereta stream di luar rumah. jika bunyi hon seperti lembut dan tiada tanda-tanda kemarahan ia mungkin dibunyikan oleh mak. jadi boleh amik masa pakai contact lense, pakai concealer kemudian tepek compact powder. kemudian boleh nyanyi-nyanyi lagu hindustan sambil pilih shawl apa yang menarik untuk dipakai dan nak dipadankan dengan baju apa. wah! heaven hidup aku! wuwuwuw!

TAPI AWAS!

kalau bunyi hon pinnnnnnnnnnnnnnnnnnn! pinnnnnnnnnnnnnnnnnnn! sah lah ia dibunyikan oleh ayah dengan penuh kejituan serta penuh amarah. dalam situasi begini, haruslah berfikir dengan cepat dan bertindak dengan pantas. kamu hanya diberi masa kurang dari 10 minit untuk evacuate bilik dan masuk ke dalam kereta.

langkah yang perlu diambil:

1.jika sedang memakai t-shirt short sleeve, teruslah mencapai cardigan hitan serta tudung bawal hitam. jika tudung bawal telah renyuk kerana dihenyak semasa tidur malam tadi, capai saja pashmina. untuk kes pashmina, abaikan saja jika ia renyuk. nescaya bila dah letak atas kepala nampak macam art saja.

2.oh jika sedang memakai baju tidur, sila buka cupboard seberapa pantas hingga kan macam nak tercabut pintu cupboard. kemudian fikir dengan pantas, baju mana yang tak pernah fail bagi kerjasama bila situasi sebegini terjadi. terus grab baju tersebut dan sarungkan dengan kadar yang paling segera.

3.setelah baju tersarung di badan (seluar pun sarung la) capai handbag yang telah dipersiapkan dengan kelengkapan yang dinyatakan di atas. jangan menggatal nak berguling-guling menari lagu hindustan sambil pikir handbag apa yang sesuai untuk outfit aku ni ek. no way. no time. emergency!!

4.baju dah sarung, seluar dah sarung. pashmina kat tangan. yesza, bersedia untuk keluar rumah dan masuk dalam kereta dengan harapan tidak dileteri ayah atau dicubit kerana lambat. oh ya. kalau boleh sila letakkan flip flop dalam semua kereta di rumah untuk saat-saat cemas di mana perlu berlari tak cukup tanah sampai terlupa sarung flip flop. warna flip flop? oh tak payah fikir. pedulik hape kalau tak kena pun. confidence is what makes a girl sexy. hahahahah~

5.baiklah, setelah masuk dalam kereta, jangan bertentang mata dengan ayah untuk mengelakkan ayah psiko menggunakan mata. jika line clear dan ayah tak marah, terus pakai bedak serbuk kat muka. kemudian pakai deodorant.

6. langkah seterusnya pemakaian pashmina. letak atas kepala, samakan dua dua belah kemudian pinkan bawah dagu. lilitkan sebelah ke atas kepala dan selit kat tepi pipi guna klip rambut. yang lagi sebelah biarkan saja berjurai ke bawah. yess. dah siap pun pakai shawl.wuwuwu. rupa nya ada sikit macam letak kain buruk atas kepala.

7. jika masih belum tiba ke destinasi yang dituju, sila pakai eyeliner kerana wajah akan seperti nyonya jual sayur tanpa memakai eyeliner. tapi kalau tak sampai lantak lah muka macam nyonya pun.


inilah hasilnya


 
nurin sungguh tak aci sebab dia tak pakai tudung. ada masa tambahan untuk pakai liquid eyeliner siap tepek blusher. lihatlah struktur pashmina aku tu. ya, memang berkedut dan tak iron pun. kan nampak macam art tuh. haha. handbag yang aku pakai tu memang banyak khazanah. segala tisu, jarum peniti, brooch, bedak memang standby dalam tu in case kena bersiap dalam kereta.

kesimpulan nya, kalau kau anak perempuan haji shahruni kau tak boleh nak melawa sangat. kalau kau nak melawa, kau kena lah pantas dan tuntas. haha.

p/s: kalau kau lambat masuk kereta lepas hon dibunyikan berkali-kali alamatnya tangan kau bisa dicubit atau telinga kau bernanah dengar leteran. pilih lah mana nak.

10 comments:

Anonymous said...

hahahaha.
gelak2 aku bace entry ko nih.
sbb aritu aku dtg umah ko kejadian ini berlaku kpd nurin.
seb baek ayah aku gagah dan gigih tgu anak2 pompuan die yg 4 org nih bersiap.
hahahahaha

cik nurulain said...

sila lah bayang kan kalau nurin tu bertudung macam aku. ayah aku akan bertukar menjadi hulk setiap kali nak keluar.

bulatkocik said...

uit..klu ayah kiter..ag lmbt ag bgus..yg penting kena lawa n kiyut..klu ank pmpn dy lar..klu ank laki dy lmbt jer suh pegi nek bas..huhu

cik nurulain said...

oh tidak. ayah CN ni dia kalau boleh tanak anak dia lawa2 sgt. biar comot. biar takde org pandang. boleh dia simpan kitowang lama sikit. haha~ ayah ayah...

MrRollies said...

tips yang bagos untok perempuan ^.^

Lucy S. said...

garang yer ayah lu :))

Azureen Azlan said...

HAHA, seriously this is funny! sbb I memang sgt faham situasi u mcm mana. my dad pun type yg punctual. I siap boleh imagine I sebagai watak utama dlm entry ni :D btw, u still look ok in the pic. xada la serabut sgt, hee.

noah darham said...

CN,
lawak2..
nih klu dah lmbt nak g skolah bley apply x??

cik nurulain said...

MrRollies:

indeed. untuk laki pun boleh. adek laki i yg metrosexual tu sama je nasib dengan i.

Alynn:

memmmaanng! hehe.

ween:

hehe. boleh gitu ek? ayah u pon sama ek ween. ween...how come dah lama tak update?

cik epal:

yarabbi. u puji i ke ni? wah.. kembang kuncup lobang idung i yg besar ni. hehe.btw, thanks 4 droppin by. tak sgka blogger famous cam u bleh drop by sini. :)

noah:

gi sekolah? eh jgn lah. nanti budak2 tak selera tgk ckgu. :)

Qiha Aziz said...

kalau pilih tak mahu ikut macam mana pula? haha.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails