sebab aku malas nak drive, aku heret je ayah sekali gi amik stok baju. ayah redha je kena duduk dalam kereta tunggu aku pilih pilih baju. balik rumah, tengah aku duk sibuk-sibuk nak upload gambar collection baju terbaru kat facebook aku, tiba-tiba je ayah panggil.
boleh tak ayah nak ajak aku lipat semua karpet dalam rumah, dia nak gi hantar basuh. bunyi macam senang lah kan. just lipat karpet tu. abis tu objek atas karpet tu nak jadah kan macam mana? tak lain dah tak bukan aku dengan penuh kejituan lah yang kena angkat segala kerusi sofa coffee table yang menghempap karpet-karpet sekalian.
bila dah lipat semua karpet tu, terpapar lah segala mak datuk nenek habuk. ayah tunjuk terror nak gi vacum satu rumah. perkh, aku macam tak caya ayah nak mem'vacum'. tapi yang kelakarnya ayah boleh tanya kat aku
"vacum ni pemegang dia yang panjang mana long?"
"dah lama tak wujud benda alah tu yah. dari zaman bibik ada lagi benda tu dah tak ada"
"habis tu macam mana nak vacum?"
"macam tu jelah" sambil aku tunjuk batang pendek vacum tu.
punya lah tak pernah buat kerja rumah. sampai dia tak tahu pun batang vacum tu dah lama tak wujud. akhirnya ayah pasrah. dia nak guna penyapu je. dia amik penyapu lembut (penyapu rami bukan penyapu lidi tau) kat dapur. tengok banyak lak habuk melekat kat penyapu tu. ayah apalagi, dengan kuasa kuda menhentak penyapu tu dengan tujuan nak mengibas habuk yang melekat tu. tup tup batang penyapu lak tercabut.
yarabbi. aku gelak gila-gila. kalau lah boleh rakam muka ayah aku. pasrah je dia. dah lah batang vacum tak ada. batang penyapu lak dia patahkan. nasib aku jumpa penyapu lembut kat dalam bilik. ayah tak patah semangat. dia teruskan niat suci murni untuk menyapu.
gila smart ayah aku ni. menyapu siap pakai t-shirt berkolar and tuck in lagi you!
macam sangat mengkasihankan ek ayah aku. dari dapur ke ruang tamu dia menyapu.
akhirnya ayah berjaya menyapu rumah dengan jayanya. sempat lagi ayah kutuk aku.
"kau memang pemalas lah long"
"haah memang along malas' jawab aku selamba.
"nanti kahwin nak jadi apa?"
"takpe, nanti along nak cari orang gaji" jawabku selamba lagi.
ayah tak tau nak cakap pe. agaknya beristighfar je dapat anak dara cam aku.and sebab aku malas gak lah, aku tak masak tengahari lantas ajak ayah makan kat luar lepas fetch mak kat sekolah. haha. senang betul hidup aku ni. on the way nak ke sekolah mak, tiba-tiba ayah tanya aku.
"long, cuba kau tolak 2010 tolak tahun 85" haish ayah aku ni nak suruh aku main nombor lak. aku dahla bengap nombor.
"huh? 85? umur along sekarang 24. maknanya 25 lah. ayah nak kira dah bape tahun kahwin dengan mak ke?"
"eh, kau dah 24 ke long?" boleh lak dia tukar topik dengan sebegitu pantas ek?
"lah, yelah. memang lah dah 24" peh boleh dia buat lupa aku ni dah besar ek.
"dah boleh kahwin lah ek. dah ada calon ke? dah ada calon BARU?" sambil siku-siku aku.eh eh. lawak sangat ke perkara ni pada dia.
"alah...kenapa? kalau ada pun kenapa? kalau takde kenapa lak?" malas aku nak jawab. nanti banyak spekulasi.
"eh, cakap lah betul-betul. ayah nak merancang ni. nak buat kat persada ke..."
haik? persada? GULP. terus aku teringat F. yang ado dia nak buat kat tempat camtu ek. kalau nak buat kat tempat camtu alamat makin lambat lah aku kahwin. terus aku potong cakap ayah aku.
"eh tak payah lah buat kat persada"
"apasal?"
"mahal lah. membazir."
time tu gak walaupun ayah tengah driving ayah pandang badi kat muka aku. mesti dia wonder, since when aku pikir mende-mende camtu. selama ni buat tak reti je ngabiskan duit makbapak. haha. mati lah aku weh kalau ayah betul nak buat kat persada. berapa lak hantaran aku nanti. adoi. karang tak kahwin sampai ke tua gak aku.
bole tak duduk bawah ketiak mak ayah sampai bebila? tak payah kahwin? hehe.
anak dara haji shahruni yang pemalassss. sila jangan rekemen pada pakcik atau abang kamu. haha.
3 comments:
wah dah ada green light. haha. :p
*membaca sambil ketawa sorang2*.. lawak citer ko ni ain..
Qiha:
ada ada je ayh i tu
mok:
sengal ek ayah aku...
Post a Comment