aku mengamuk dengan ammar tadi. aku suruh membaca dia taknak, then aku suruh menulis pun dia refuse. macam angin dia dah datang. 2,3 kali aku threatened dia yang kalau dia tanak belajar aku akan balik dan esok taknak datang ajar dia lagi. tapi dia buat bodoh. alah, bukan salah dia. dah banyak kali sangat aku guna taktik tu. wajar lah untuk dia tak terpedaya lagi.
tapi dalam kul 9.10 gitu aku dah sampai kemuncak dah. memang dah tak boleh handle lagi. aku grab handbag aku and tekad nak blah. taknak setakat ugut je. aku jerit, "kak lin, ain balik!" memang aku tak toleh belakang. masa aku dah determined gila tu lah baru si ammar nak nangis. cuak kut kalau kalau esok aku dah taknak datang ajar dia lagi.
tapi there's no turning back. memang aku dah tekad nak balik. make a statement sikit. biar dia fikir, i mean it when i say so. masuk dalam kereta, aku start enjin terus menderu. sempat aku jeling tengok si ammar. dia nangis teresak-esak sambil peluk mak dia. yang aku dengar, kak lin cakap, "tu lah ammar. ammar nakal. kan cikgu dah balik...."
sampai maktab aku call mak. saje nak luah perasaan. mak kan cikgu gak. she'll understand better. bukan tak boleh cerita kat ayah. tapi aku belum bersedia untuk kena condemn. so untuk menyedapkan hati dan pujuk diri sendiri, aku call mak. mak gelak kan aje bila aku cerita. dia dah tahu sangat character aku yang drama queen ni. dengan budak-budak pun nak dramatik.
time call tu mak bagitau idin dah dapat kerja. alhamdulillah. yang best nya, aku rasa itu memang kerja yang dia nak. yelah, kerja dia kena design accesories kereta. dia dah lah memang minat gila bab-bab kereta ni. bagus lah.the best part is, gi kerja takde formal attire. santai je. idin tu memang anti uniform or formal attire. so, memang sajak sangat lah pekerjaan yang dia dapat tu. gaji first sila jangan lupa belanja kakakmu yang berjeman nak habis belajar ni ye!
hm. dah lah. aku nak pergi jerut diri (buat lesson plan). perkh dah lah banyak gila lesson plan tertangguh lepas aku mc last week. memang down gila motivation aku nak ke sekolah lately ni. baiklah, mungkin aku nak mandi buat kali ke berapa untuk hari ni. syial panas gila seharian takde angin. ni yang bikin aku makin angin nih!
END
3 comments:
ooooo.. cikgu ke.. hehe dalam 3-5 kali singgah sini, baru harini tau penulis nie cikgu.. hehe...
ammar tue bape taun? best gak buat mrajuk2 camtue.. baru diorang respek sket..
epal ada murid gak nama ammar. (: tapi dia sangat baik ok, dan tak pernah nak sakitkan hati cikgu dia ni. siap bagi surat lagi berbunga-bunga sedih sebab cikgu dia ni da nak abis praktikal, nak balik maktab da. ah, i luv u ammar!(:
samanosuke:
mengapakah? tak terpapar seperti seorang guru kah? hehe.
epalijau;
hehe. yeke? jeles nye. ammar yang satu ini nakal banget!
Post a Comment