*lagu tema untuk entry ini*
tengah dengar lagu flightless bird berulang-ulang kali lepas baca entry terbaru kak noe. and macam kak noe cakap, lyric dia sungguh tak ada kaitan tapi melodi memang membuai. lagi pulak bagi orang yang baru lepas gado dengan bf. ppffft! lame lah kau ain.
masuk 6 kali lagu ni berputar macam nak menitis lak air mata aku ingatkan F. aku ni kadang-kadang too hard on him. semua nya kena ikut cara aku, kemahuan aku. cara dia, kemahuan dia jarang aku amik kira. betapa menjengkelkan sekali perangai aku ni ialah, aku realise benda tu tak betul tapi i cant find a way to change.
dan aku akui, antara aku dengan F, dia memang tersangat banyak mengalah. aku sentiasa mahu menang. kalau aku cakap hitam hitam lah. kalau aku cakap putih putih lah. aku tahu dia sedih. dan sebenarnya aku sedih bila dia sedih. tapi aku tak tahu kenapa aku berkeras untuk tidak mengalah. at least not this time.
sejarah lampau buat aku lokek untuk mengalah, untuk bertolak ansur. pengalaman lepas buat aku serik. serik untuk berkorban. berkorban apa saja. baik ia nya maujud macam duit ataupun abstrak macam pegangan dan kepercayaan.aku tahu ini tak adil untuk F. dia tak salah. tapi aku memang tak mampu.
sejak aku beransur pulih dari parah dahulu, program dalam otak aku dah di set kan untuk lebih tegas dan sentiasa mementingkan diri aku sendiri dahulu. memang kedengarannya macam gila tak bermoral. tapi macam mana? at least aku masih mahu buka hati untuk cinta. bukan lah macam budak yang sekali jatuh basikal selamanya tak mahu menunggang basikal lagi. cuma lebih berhati-hati. basikal apa yang boleh aku tunggang. bila masa yang sesuai. haih.
urgh. siot. dah masuk 8 kali dah lagu ni berputar. meruntun hati betul bila dah malam malam buta ni. yang lebih suckish lagi jadi nurulain ni ialah, dia tak pandai mintak maaf. dia ada rasa macam awkward.sometimes tu, memang aku dah admit dah itu salah aku. but then aku just tak mampu nak ucapkan kata maaf ni.
lagak seorang perempuan ego je kan aku ni? macam bagus pun ada. berkira. prejudis. tapi dulu aku tak macam ni. dulu aku lain. and itu jugak lah reason nya sampai sekarang walaupun aku memang dah get over shai (means takde lah nak get back together dengan dia) tapi somehow susah untuk aku fully forgive him.
sebab apa? sebab dia lah aku berubah jadi macam ni. aku susah nak percaya orang. selalu ada prasangka. berkira. aku sebenarnya rindu ain yang dulu. yang polos. selalu anggap baik tentang semua benda. optimistik. ain tu dah lama tak ada. ain yang polos tu rapuh hatinya. sikit sikit berderai air mata. terlalu bergantung pada orang kesayangannya.
ain yang sekarang pentingkan diri. prejudis. berkira. tapi ain yang sekarang lebih kuat dan lebih berdikari. terlampau berdikari sampai kadang-kadang buat F rasa tak diperlukan. terlalu kuat sampai kadang-kadang F rasa lemah. aku realise semua tu bukan aku tak realise. cuma ia di luar kawalan aku.
F, i know i may act like pain in the ass sometimes. nope. actually all the time. but im trying hard not to. im fighting it. fighting the thoughts that i might be betrayed once again. susah kita nak lupakan luka kalau parutnya masih ada. i hope you'll understand.
saya tahu, bukan awak je yang kena usaha saya pun sama. tapi please, bagi lah saya free pass. saya belum sembuh. bertahan lah. memang susah nak meraih kepercayaan saya. susah nak meraih perhatian saya. tapi percaya lah bila awak dah berjaya meraihnya awak akan rasa kemanisannya sendiri. ia lebih manis berbanding jika kepercayaan dan perhatian tu dapat diraih tanpa usaha keras.
i may seem egoistic. i may seem cold. i may seem distance.
but. i love you. and its true. so true.
Mohd Fakharudin Arifin,
this may not be considered a proper appology. but IM SORRY.
4 comments:
I cry upon reading ur entry. dgn soundtrack lg. I can feel it. we are in the same boat :( how love could change people, kan? take ur time dear. but pls, don't push him too hard. because he is not wrong. I just don't want u to regret, later on. take care always. muah :)
kamu lebih tahu tentang hidup kamu,dan pastinya kamu lebih bijak menentukan.
ween:
thanks for da advise. i bukan tanak berubah. its difficult upon remembering old time mistakes. thanks ween. :)
sarah:
i hope i will be wiser.
Post a Comment