yahuu! hujung minggu kembali lagi. dapat lah aku blog dengan girang. aku menyampah lah. bukan apa. sepanjang minggu macam-macam jadi. macam-macam gak yang terlintas dalam kepala aku. tapi aku tak sempat nak blog. bila aku dah ada masa ni, aku dah lupa dah apa yang aku dok pikir and dok buat sepanjang minggu.
haih, mengapalah aku bukan seorang penulis ek? seorang wartawan ke. cukup pakej dah aku ni. yelah aku kepoh. wartamwan kena kepoh kan? kalau tak kepoh camne nak dapat cerita sensasi ye tak? aku suka bercerita. seriously suka. mulut tak boleh diam. tapi actually not really verbally je. dapat bercerita kat blog pun jadi aje weh.
kalau aku bercerita dengan marda or marina, naik pening kepala diorang dengan ability aku untuk melompat dari satu cerita ke cerita yang lain. kalau tengah penat, mesti rasa macam nak sumbat mulut aku dengan bantal. kadang-kadang sampai tak ada orang nak layan aku, dengar cerita aku. kesian aku.
tapi bila berlaku situasi sebegitu, aku akan pandang seorang mangsa and lock orang tersebut. cerita sambil pandang je orang tu. so orang tu terpaksa mendengar cerita aku. haha. padan muka. sape suruh taknak layan aku.
ok. aku nak stop mengarut tak ada hala tujuan macam ni. aku nak recall balik what happened along the week and what were my thoughts.
p/s: bukan reti nak complete kan lesson plan. blogging je kerja kau ain!
2 comments:
sila ingat balik cn! selalu macam itu. time busy mmg melimpah2 idea.
haah. jap i nak golek2 sambil recall :)
Post a Comment