Saturday, April 24

opss sorry -final-

hahaha. sori sebab lambat update part 5 dan mungkin final episode nih. saya adalah guru praktikal jadi pagi-pagi kena pergi sekolah ya. jadi, sila bersabar dengan kelewatan ini.


baiklah, in previous entry, aku sedang berada di kelas 5Ck semasa F menghantar mesej kepadaku. dah sememangnya aku tak berapa ada mood untuk mengajar. dengan final observe dah berakhir, ditambah dengan moody dengan F nya. memang aku tak ada mood mau ngajar.

nasib baiklah 5 Ck mintak izin nak buat projek seni diorang. so, aku just pantau jelah. tup tup, aku dapat mesej dari F.

"b, nape dari semalam tak mesej d, tak angkat call d....."

boleh ek dia dengan tak beragaknya tanya camtu? aku ni sikit punya sakit hati pasal semalam. bagai nak rak aku call dia tapi boleh lak dia tak angkat. kalau emergency macam mana? sengal punya bf. dah tu lak yang makin buat aku sakit hati, ntah berapa jam lepas aku call tu, baru dia hantar mesej cakap, "sorry b, tadi d main ping pong"

perkh. tak wajar ke untuk aku mengamuk? (aku tau si marina, marda, awi mesti tengah jawab tak wajar kalau baca entri ni) but then, dah dari semalam dia call and mesej aku. tak sampai hati lak aku nak ignore lagi. lagipun aku ni kalau ignore lama-lama nanti kes kecik boleh jadi besar. sah sah aku ni drama queen. harus lah memperbesarkan pergaduhan kecil tu kerja aku.

ligat gila otak aku berpikir. nak balas apa ek? tup tup setan aku datang untuk balas kaw kaw punya kat F. aku taip mesej ni sambil senyum sampaikan budak-budak 5 Ck pun dok nganjing aku. tet. mesej send.

"d, sorry eh....b main ping pong tadi. "

hahahhahahahhahahahhahaha. hambek kau! ignore aku lagi time main ping pong.

"amboi b, perli d nampak?"

"eh, mana ada perli. betul lah. b main ping pong, sebab tu takleh angkat call d." perkh. puas hati aku.

"dah lah b...jangan macam ni. d mintak maaf"

"hah? nape d nak mintak maaf? mintak maaf untuk apa d?" hahahahaha. reverse psikologi beb. tak bole blah. nak gak dia admit kesalahan dia. setan punya ain.

"yelah, d ignore b masa main ping pong semalam" hakhak. CUKUP! itu je aku nak dengar sebenarnya. yang dia mengaku dia salah sebab ignore aku time main ping pong.

kuang hajaq ek aku ni? nak menang je kerja nya. baiklah drama sengal ni dah berakhir. tak perlulah ada rasa nak tikam aku sebab bersambung lagi. hehehe.

pengajaran cerita ini: kalau takut dipukul ombak, jangan berumah di tepi pantai
kalau tak tahan dengan sinisan, jangan ber girlfriend kan cik nurulain.

hakhakhakhakhak. sekarang mesti rasa nak tikam aku lepas baca pepatah 2 kerat aku tu.

4 comments:

zulaikha said...

hahahah... akhirnyaa~~~~

abes pun cite ni... =)

tenkiu~~

cik nurulain said...

zu:

tak payah berketuntang lagi yek..haha~

amalina wahida said...

habis. hee~~

Anonymous said...

hahaha.ko ni sebijik mcm pkwe aku..aku sebijik mcm pkwe ko..tukar pkwe jom..hahahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails