quick quick quick hapdate. haha.
alkisah nya broadband aku dah kena barred. aku pun tak faham. ikut kan aku baru je bayar hari tu saing dengan bayar duit sewa rumah. bila difikirkan seperti lansung tak logik tetiba kena barred. tapi aku semakin malas nak amik pot sangat. tunggu jelah aku gaji nanti baru aku bayar. harapnya betul lah kata aza yang bulan 4 dah dapat gaji. kalau tak aku kena melukut di tepi gantang lah. haha.
tapi mesti pelik kan sebab kata broadband kena barring tetiba update blog petang-petang. nak kata guna internet sekolah, takkan dedikasi sangat smpai dah petang masih kat sekolah? takkan aku gila meroyan sangat pergi sekolah semata nak update blog? tahap gila gaban lah tu. kalau sekolah sekentut je dari umah takpe gak, ni ha makan 15-20 minit gak.
jadi nya update kali ini dikreditkan khas kepada jiran yang aku tak tau mana satu. halalkan lah streamyx yang aku 'pinjam' ni. tengah sangkak takde duit nak bayar broadband bila refresh wireless detect streamyx lak. waduh waduh. tapi kan, aku rasa malam dia tutup. sebab semalam pun, time petang aku bukak facebook guna streamyx ni boleh. malam dah tak detect dah. huhu. takpe lah cik jiran oi, time kasih lah sebab tak letak password. jasamu dikenang. untuk menebus kesalahan ni, nanti saya aku buat khidmat masyarakat kat kampung ni ye?
badan aku penat nak mampos harini sebab ada sukaneka budak praktikal organize. perkh, tak boleh blah. tapi yang lagi tak boleh blah, lepas sukaneka tu straight sampai 1.30 latihan tarian untuk minggu ko-akademik. percayalah, bila kau jadi cikgu sekolah rendah, apa pun aktiviti, cikgu akan lagi penat ngalahkan murid waima latihan sekali pun. mana tak nya. kalau tarian tu ada 6 orang, diorang semua buat sekali je. aku ni ha, kena ulang tayang 6 kali kat setiap seorang. perkh, tak macam badan aku rasa macam kena belasah lak kan?
Ok anyway, sekarang aku dah tak ingat apa yang aku nak tulis in first place. Biasalah kalau mukadimah dah merapu gila macam nil ah jadi. Till next entry!
p/s: entry ni aku taip petang tadi tapi masa nak tekan PUBLISH streamyx jiran dah tak connected lak. Fuh, hampa! Ni sebelum aku tengok asmara 2 tetiba ada signal, cepat-cepat aku gi tekan publish. Hahaha. Thanks cik jiran. :)
3 comments:
Kalau byk line wifi,kasi hack la sket..hahaha...
broadband aku sebulan je x byr dah kene barred. ape kejadahnye si celcom ni ntahh..
E, cmne nya nk hack. kasi ajar sket.
nurul: tau takpe kan. ntah pape je celcom. da miskin sgt apa?
Post a Comment