Wednesday, April 13

im sorry.

setiap hari, banyak sangat benda baru berlaku. banyak benda baru aku nampak, banyak yang aku belajar.
dan setiap kali itulah aku bertekad nak tulis kat sini. bertekad okay. tapi bila balik rumah badan aku penat nak mampos sampai laptop pun aku tak bukak. so yeah, there's a lot of thing that's been left out.

harini anniversarry mak dengan ayah. im happy for them. tapi aku sedih sebab aku busy sangat sampai tak ingat. :( benda macam ni memang aku jarang letak dalam reminder. sebab selalunya automatically aku akan ingat. tapi pagi ni kat sekolah, tetiba aku dapat mesej dari idin, " long, harini anniversarry mak ayah eh?"

terus aku buka calendar. 13/04. damn! macam mana aku boleh tak perasan? walhal pagi-pagi lagi dah tulis tarikh kat dalam kelas. terus aku taip mesej and tekan send. tak lama lepas tu ayah reply. tapi sampai ke petang aku tak dapat pun reply dari mak. aku tau mak tu agak dingin and kurang appreciative sometimes. but its not her at all to ignore this kind of msg.

at least dia akan cakap ok or thanks. ni, langsung takde. maghrib tadi baru aku tergerak nak check sent item. damn! aku tak send pun kat mak, and its already maghrib.  sedih aku rasa. dan dan tu juga call mak. she seems fine. nasib mak tak kecik hati.

mak ok je tapi aku lak yang tak ok. rasa bersalah. rasa macam keadaan dah berubah. bila duduk jauh ni, maca ni lah. ini belum kahwin lagi. nanti ntah apa lagi yang aku akan missed out. sedih lak fikir yang kejap je lagi aku nak kahwin.  keadaan dah tak kan sama lagi. :(

tapi kehidupan memang macam tu. mana boleh stagnant je? anyway sempena anniversarsarry mak dengan ayah ni, aku doakan diorang kekal bahagia sampai saat menutup mata. mintak dijauhkan dari fitnah, dijauhkan dari dugaan yang boleh memecahkan diorang, mintak dijauhkan dari musibah. dengan pelbagai cerita yang aku dengar setiap hari tentang marriage orang lain, im proud of my parents :)

untuk mak dengan ayah, hadiah postponed lah ek? anakanda tengah pokai ni. menghitung hari je nak ke hujung bulan. nak makan pun bercatu. tak pernah dalam sejarah hidup aku catu makan. haha.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails