Tuesday, September 21

BECOK?

hambik kau. masa cuti rajin sangat update. ni dah naik cuti hambik lah kemarau entry. aku rasa balik maktab ni memang mendatangkan penyakit semata lah. semangat pun hilang bila balik maktab. serious! walaupun aku tau lah kan, bukan ada orang dok melangut depan blog bicarahatigadisini ni tunggu entry baru, tapi aku sendiri rasa tak best sebab asyik duk ngadap entry lama.

selain kemalasan yang amat setelah naik cuti, aku juga ditimpa penyakit. semakin tak ada mood mau mengomel. pakej terbaik iaitu demam + sakit tekak + selsema and batuk. batuk tu yang tak boleh hengat. akibat nya first day lagi aku sudah mc. walaupun budak-budak ni kata aku sebenarnya malas nak gi kelas, sebenarnya aku memang sakit tau. *sob sob sob* sampai hati kalian tuduh aku mensengajakan ketidakdatangan ke kelas.

tidak banyak perkara menarik sejak balik cuti ni melainkan hari wedding firda tu. bukan aku seronok firda kawin. just seronok dapat jalan-jalan. hahah. keji sungguh. tapi betul lah. aku amik gambar dengan firda sekeping 2 je, selebihnya sebok berposing dengan F, marina, awi, izzati, riyan, kampit, bad, nasyrul and izyan. yesza. F ikut. mesti lah aku paksa guna kuasa veto. aku kan queen control.

 ibu dan ayah bawak anak pergi road trip! hahaha.


 anak-anak yang gembira di belakang.


gambar dengan pengantin sekeping sahaja, itupun pengantin perempuan cuma.


ini adalah first time F berjumpa dan in-contact dengan kawan-kawan aku selain marda and aizat. sebelum ni dia segan mak aih nak jumpa kawan-kawan aku except for marda and aizat sebab objek 2 ekor tu dia dah pernah jumpa beberapa kali. aku tengok, ok lah gak komunikasi mamat ni dengan kawan-kawan aku. takde lah kekok pun, siap bahan marina lagi ada. hahaha. tapi itu pandangan aku je. pandangan mereka dan keluarga mereka? aku tak tau ye.

 setibanya di lokasi. jangan buang masa, snap gambar cepat!


kikiki. gambar gedik dengan kucing comel haruslah ada. :)


yang memeriahkan photography syok sendiri masa pengantin tengah menonton silat.

kawan-kawan ramai gak yang datang. tapi aku rasa belah ken lagi ramai kut. budak-budak cccu semua serang rumah ken rasanya. tak kesah lah yang penting kitorang buat macam rumah sendiri kat majlis firda. siap habiskan kuih telinga keling atas meja. dahsyat sungguh tahap kelaparan kami semua.

 muka bahagia lepas melantak

 ini lagi bahagia

ceih, muka sekor-sekor nak gangsta je.


aku tak berapa dapat nak melaram sangat pada hari tersebut sebab lepas tu nak gi rumah F. mengapakah pula tak boleh melaram? ntah aku yang rasa begitu. takkan nak over-over lak kan? so simple mimple jelah aku. syria pun benang tercabut-cabut. dah macam compang camping pun ada. hahaha.

so, macam mana ek dengan session 'meeting the arrifin's' aku? hahahaha. ntah lah. aku kekok weh. tak tau nak buat apa. tapi ayah F adalah friendly. muka dia macam tegas tapi dia sangat lembut. air muka ayah dia sangat mendamaikan. tidak mencuakkan langsung. lama aku pikir, nape lah muka ayah dia ni redup sangat mata memandang. baru teringat, ayah dia kan orang tilawah. no wonder lah. muka pakcik ariffin ni nak kata handsome tu takdelah, tapi sejuk je mata memandang.

haih. mak dia? erm. aku rasa muka mak dia macam judgemental sikit pada awalnya. sorry sayang, if you're reading this. serious. aku sampai tak tau nak buat apa, nak cakap apa. takut jangan cakap lah. aku bayangkan kat atas kepala mak dia ada awan monolog yang cakap " ni ke budak nya?" ataupun "alah, takde lah cantik mana" atau pun, "pandai buat kerja rumah ke budak bandar ni?" ataupun "dia ni ada degree, dia serius ke dengan anak aku" weih. macam-macam lah aku pikir. sebab muka mak F adalah sangatttt judgemental ok.

tapi aku cuba sedaya upaya jadi diri aku. cuma aku cuba kurangkan intensity aku bercakap lah. orang yang kenal aku mesti tau tahap aku mengomel kan. so aku cuba kurangkan. overall aku rasa semuanya went well. mak dia masak roti jala. surprisingly, kari yang mak dia masak, aku boleh makan. kalau tak, aku mana makan kari weh. aku suka lah family F. aku nampak bonding diorang towards one another. macam F ni memang rapat dengan mak, ayah dia and adik-adik dia.

mak ayah F ni banyak gak tanya aku itu ini. aku takde lah rasa macam disoal siasat sangat pun sebab 2 patah diorang tanya, 8 patah aku jawab kut. hahah. typical me lah kan. aku macam kagum rumah F besar gilak! mamat ni suka down-to-earth je dengan aku. menyampah. tapi surrounding macam best gila lah sebab suasana kampung kan? kalau kena raya sini takde lah rasa sedih benor. :P

tu jelah kut untuk first meeting. takkan nak expect lebih? nanti lah aku follow up lagi nak bodek bakal mertua. hehehe. lepas dah balik tu. tak boleh blah. mak F cakap aku becok. BECOK!!! can you believe it? cara F sampaikan pada aku, as if benda tu a good thing. dia kata, mak pun becok gak, boleh layan kepala. mak dia cakap, nanti bawak lah lagi, boleh kenal-kenal lagi. but seriously, BECOK?

who uses that word? tapii...nenek marina pun cakap aku becok gak. nenek wan tu selamba derk je cakap aku becok. marina macam cuba nak tenang kan aku. dia cakap maybe becok tu word yang digunakan oleh orang kampung untuk cakap peramah. tapi? weih. seriously, BECOK? nape tak guna ramah instead? aduih. pilu betul aku.

tapi takpelah. itu kan memang diri aku. becok. banyak cakap. biarlah mak dia tau awal-awal. lagipun, aku rasa better becok daripada sombong or malas kut. lagipun ni bari first time jumpa. banyak lagi masa aku nak improve. kehkehkeh. :)

4 comments:

Nenek Wan said...

nenek wan is reading this. :-)

cik nurulain said...

bengom sungguh. nenek wa advance btul. mntg-mntg pt betak adalah maju skang. hahah~

Unknown said...

hahaha
becok??
seriously???
org tua nih awk xperou gitau ape2pun die leh bace dari raut wajah u la ain..
mungkin die tgk bibir awk yg sexy tuh so die tahu yg awak "peramah" melaluikeseksian bibir..who knows:)

org tua bukan ke suke menantu yg boleh diajak bersembang?
its a godd start wat?
huhu

:)

Anonymous said...

org tua2 mmg ske gne prumpamaan yg mcm tu.. instead of peramah die ckp becok.. tp mslhnye ap kes ak kne ckap chantek oleh mak ko?? hahahaha... *chantek bdk tu.. wakakakaka

-sendri mau tau sape ak okeh-

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails