Sunday, September 12

cerita 3 syawal.

oh. sudah masuk 3 syawal. aku tengok, tak ramai blogger update blog mereka. masih di kampung barangkali? aku je yang dah sampai jb agaknya. 1 syawal tempoh hari sangat hening. pagi jumaat yang syahdu, hujan pulak di batu pahat merencatkan segala perjalanan aktiviti. sembahyang raya pun dilambatkan sedikit kat kampung aku. aku tau lah, sebab pak long aku imam masjid kampung. pagi tu elok je dia lepak makan ketupat kat rumah nenek dulu.

dek kerana situasi yang tak berapa nak bagus, potret raya sekeluarga pun takde. sedih weh. walhal raya tahun ni ramai yang balik kampung. pagi raya tu yang takde cuma keluarga pak ngah, pak uda dengan cik peie'. bayang kan lah dari 10 beradik ayah aku, 3 je takde. perkh. memang pack lah teratak nenda. tapi nasib lah rumah pak long, cik ninok dengan cik isa area rumah nenek je. dapat lah mengurangkan kesesakan di rumah nenek.

 sempat snap pic dalam kereta saja. uwaaa!

 ini di snap di rumah cik isa, tapi idin dengan faiz tak masuk. sedeyh! :(


alhamdulillah. aku masih sempat merayakan syawal. tahun ni tahun terakhir sebagai student. tahun terakhir layak dapat duit raya. next year aku seorang guru. next year sudah layak menghulur duit raya pula. haha. kelakar je tengok idin kira-kira sampul and kira-kira duit raya. orang dah kerja lah katakan. takkan nak buat tak reti? seposen 2 kena hulur juga.



tapi hari ni aku bukan nak cerita pasal sambutan raya sangat. raya, biasalah. bagi orang dah besar gajah macam aku raya bukan lah big deal sangat. lain lah budak kecik. seronok woah dah tak payah puasa. itu budak kecik lah. anyway, tadi 3 syawal, aku gi beraya rumah tok tam kat ayer tawar 1 kota tinggi. tok tam ni bapak sedara ayah aku. jadi dia adalah atok sedara aku. syada, kau faham tak relation ni? haha.

balik dari beraya tu jalan jam gila lah plak. sakit jiwa dibuatnya terperangkap dalam traffic jam macam tu. langsung tak bergerak. idin dah macam ulat taik dah. dek sebab bosan asyik cuit orang je kerja nya.bila ada kelapangan dalam kereta macam tu, ntah macam mana tetiba mak dengan ayah boleh berbincang soal idin dengan aza lah pulak. haha. itu aku taknak cerita sini sebab aku tau aza mesti baca blog aku ni.

aku tak amik pot sangat masa perbincangan tu. then aku tertido. masa aku bangun still tak sampai lagi. ntah macam mana aku boleh buka cerita dengan ayah aku. its now or never right? mood dia pun tengah ok baik aku masuk line.

aku: ayah, kalau macam idin tadi ayah cakap sekian sekian kan? kalau along nanti, hantaran nya macam mana?
ayah : eh, gitu pulak tanya nya. kena lah tengok keadaan. mana boleh sama...
aku: kenapa pulak?
ayah: yelah, nak buat majlis kat mana? kalau kat persada 20 000 pun tak cukup...
aku: (gulp. apakah? macam demand lebeh je ayah aku ni. aku bukan cinderella!!!!)
ayah: eh along ni tanya tanya ayah, dah ada calon ke?
aku: (eh nak jawab apa ni ek? jawab je lah ada. karang dia tolong carikan, naya aku) ADA!
ayah: ayah takdengar. ada ke takde?
aku: ADA la yah...
ayah: kikiki(ketawa irritating) ayah dah tau lah long. ingat ayah tak tau ke. ayah ada kabel la.
aku: em, ayah dia orang batu pahat. parit sulong. mak dia orang muar.
mak: muar kat mana? (tetiba mak lak mencelah. tapi cket ni je)
aku: muar ? em tak ingat lak.
ayah: umur dia berapa?
aku: sebaya along...tapi, dia kerja biasa je tau yah.
ayah: biasa macam mana? (gulp. takut nya aku)
aku: erm, dia takde degree. dia kerja pejabat kesihatan.
ayah: yelah kerja apa. pegawai ke apa ke.
aku: tak taulah nak cakap pegawai ke apa. dia unit vektor banyak uruskan penyakit or apa-apa berkaitan nyamuk.
mak: macam mana tu?
ayah: alah, macam budak kita si mail tu kut. dia kan pejabat kesihatan.
mak: ooo....
ayah: dia taknak sambung belajar ke?
aku: dia kata kena tunggu sah jawatan baru boleh sambung.
ayah: eh, tak sah jawatan lagi?
aku: belum lah yah. kan sebaya along. 
ayah: oh, kalau macam tu baguslah. nanti sambung lah. kau macam mana? ok ke? yelah, kita tak tau juga. kadang-kadang tak semstinya yang sama kufu tu yang terbaik. kalau kau boleh terima...(wow! macam ada can)
aku: along ok la. dia sebenarnya nak datang rumah. tapi along cakap kalau belum nak kawin tak payah jumpa-jumpa dulu. along dah serik macam dulu
ayah: ha, tau takpe. 
aku: tu la.
mak: dia dulu belajar mana?
aku: kolej kesihatan kat terengganu..
ayah: kau ok tak dengan dia? karang ayah buat macam pak ngah kau. suruh dia tidur rumah 3 hari 3 malam nak tengok layak ke tak.
aku: dia ok lah yah. ayah dia orang tilawah. tiap-tiap tahun menang johan. dia pun orang tilawah gak. tapi tak sehebat ayah dia la
ayah: oh, dia taknak datang raya ke. boleh ayah tengok.
aku: hm tu lah. hari tu dia dah beli kereta baru dia macam cakap nak datang raya rumah . tapi along cakap kalau duit belum cukup tal payah nak jumpa ayah aku.
ayah: kau kenapa macam tu long?
aku: serik ah yah. karang dah jumpa segala mak ayah adik mak tok macam dulu tapi tak jadi. serik.
 ayah: kau tak boleh macam tu long. kau tak percaya qada' dan qadar. doa lah mintak petunjuk. tak semstinya yang sekufu tu yang paling bagus. kalau kau boleh bertolak ansur. atau dia boleh bertolak ansur apa salahnya. macam driver kita dulu, bini nya kan maktab. (sambil pandang mak)
aku: ntah lah. ari tu dia pun dah nak bawak jumpa mak ayah dia. tapi tulah. serik. takut jadi macam dulu. along pikir selagi belum nak kawin taknak jumpa dulu.
ayah: jangan macam tu. percaya dengan qada' qadar Tuhan. yang penting nya kau doa. kalau dah jodoh tu, memang dah tertulis.

lepas tu aku jadi senyap. ayah pun senyap. dalam hati, macam lega sikit lah. walaupun hari tu dalam entry he's the one, insyaAllah aku risau pasal approval mak ayah aku. tapi hari ni bila dah terus terang pasal kedudukan F and ayah aku pun dah terima aku rasa lega sangat. bila fikir balik, mak aku memang jarang tunjukkan minat pada sesiapa pun. dulu zaman shai jumpa mak ayah aku pun, ayah je friendly. mak sikit pun tak bertegur. maybe character mak memang macam tu. tapi aku je risau lebih.

lagipun nanti ayah yang nak jadi wali. mak lak, selalunya apa yang terbaik di mata ayah, itu juga yang terbaik bagi dia. insya Allah restu ayah akan disusuli dengan restu mak. ok, dari segi education status tu dah pass lah kut. ayah dah acknowledge and he dun mind. tapi tang muka tu aku ada sikit takut. yelah, bayang kan eh, masa aku tunjuk gambar F kat raja ridhuan pun dia kata muka F macam gangsta kampung pisang. hahaha. harap-harap ayah will look pass that matter,. dah muka dia memang gangster nak buat macam mana kan? lagipun, bagus lah muka dia gangster, takde lah orang berani kacau aku kan?hehe.

sempena lebaran pertama aku dengan F ni, aku harap kami diberi sinar. harap hubungan aku dengan dia direstui kedua belah pihak. dan semoga murah rezeki, cepat lah aku kahwin. taknak lah kahwin lambat sangat. nanti anak kecik lagi tapi aku dah tua. tak dapat lah aku nak shopping handbag dengan citra batrisya. kahkahkah~

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails