Wednesday, September 15

dream wedding.

pejam celik pejam celik dah tahun 2010 ek? dah tiba syawal. rasa macam sekejap sangat masa berlalu. haha. masa bahagia memang lah cakap macam tu. cuba time sengsara? urgh, sungguh kura-kura sekali masa merangkak. serasa aku macam baru semalam main tarik tali dengan F. :)

ingat lagi syawal tahun lepas. masa tu aku dengan F belum in a relationship lagi. masih dalam proses kenal hati budi, main tarik tali. hahaha. sial lah statement ni. tapi aku still ingat, masa tu budak-budak kelas aku tengah konvoi raya ke melaka. kereta aku, si afiq yang drive. oleh sebab aku jadi co-pilot, tak berapa boleh nak tidur sangat. si marda dengan aizat selamba badak je berdengkur kat belakang.

oleh sebab tak boleh tidur, aku asyik bermesej jelah dengan f. masa tu belum ada pape. jadi dalam fon aku save nama dia fakharudin je. harus lah letak nama penuh nanti terconfuse pula dengan skandal yang lain. opsss! haha. tapi sekarang takde lah letak nama tu lagi. nama lain lah aku letak. hihihi. ni kalau budak sanggar tari baca ni mesti mengekek gelakkan nama f dalam phone aku. huda, eija, syyhhhhh! haha.

anyway, proceed. dah aku sebok sangat bermesej. kadang -kadang bila afiq tanya direction ke, tanya kereta lain ada ikut belakang ke aku macam terrrr ignore. haha. 2,3 kali agaknya ok lagi. tapi dah masuk kali ke berapa ntah terus afiq sound "sabar lah fakharudin..." cis, dia boleh nampak pulak. aku rasa afiq pun dah tak ingat moment tu tapi aku ingat sebab aku asyik wonder je since when dia perasan nama f tu.

then dalam bulan 11 selepas pelbagai ranjau dan dugaan yang aku tempuhi, hati aku akhirnya terbuka nak terima F. betul-betul tak sangka. :) dulu, zaman aku kecewa ramai jugak readers yang mesej kat facebook or email cakap kisah aku sama dengan dia. so, benda tu buat dia suka baca blog aku. masa tu rasa relieve sangat ada orang bernasib yang sama dengan aku. membuatkan aku bersemangat nak menulis. nak luahkan apa yang terpendam sebab walaupun pembaca tak ramai, tapi aku tau yang sekelumit tu memang betul-betul tressure tulisan aku. buat aku tersangat flattered.

lepas fasa break off tu adalah fasa menaikkan semula semangat, keyakinan dan get ready untuk back in the game. poyo siot. tak, tapi seriously lah, meratap sudah, mengutuk sudah, memaafkan kira sudah lah tu, tapi sampai bila? aku kena move on jugak kan? kena kawan dengan orang lain gak kan? kena get back to the game? hahahah statement sial sekali lagi.

time fasa ni aku macam dah kind of selesa sikit dengan diri sendiri. banyak masa spend dengan sahabat-sahabat yangs selalu bagi aku semangat. pergi jalan-jalan, pergi shopping, melaram sana sini. hahaha. good times weih! but then masa ni aku kurang memaksimakan blog aku. macam tak berapa banyak benda nak cerita. and aku sendiri pun rasa, readers yang lama tu dah hilang. sebab dulu, diorang jadikan blog aku untuk naikkan api kemarahan pada ex diorang. yelah sebab aku kan suka mengutuk ex aku tu, dengan gf dia sekali aku kutuk. so bagi orang yang hilang semangat, baca blog aku jadi berapi-api lagilah.

then bila aku dah stop cerita pasal tu semua, blog aku ni dah jadi bosan pada diorang. actually, masa tu aku pun bosan dengan blog sendiri. then, masa F hadir dalam hidup aku, hidup aku menjadi pentas drama semula; in a good way kalau nak compare dengan previously punya experience. sebelum aku nak terima dia tu pun ada halangan dalam hati aku. so, banyak lah aku cerita pasal tu.

then when finally aku dah terima dia, alamak sweet lak pulak mamat ni. nak bagi bunga tapi tak pernah ada experience bagi bunga kat awek lak. itu yang jadinya terbeli bunga mahal gila lah. kelakar. comel jadinya. tak kisah pun apa outcome nya, its the thought that counts.

dah lama cerita pasal F tu, dah mula ada reader yang boleh relate dengan aku. :) aku happy sangat. dia cakap kisah dia sama dengan aku dari moment break sampai jumpa cinta baru. masa dia baru discover blog aku, terus dia khatamkan dari A to Z. dia bagi mesej kat facebook aku. panjang lebar mesej dia.buat aku sangat terharu. i manage to touch her heart with my writings. bagi aku tulisan aku caca merba je. sebab tu aku terharu bila orang hargainya. baru kejap ni dia chat dengan aku kat facebook. katanya dia dah nak bertunang dalam syawal ni gak. jemput ke rumah katanya. siap tanya aku dengan F bila lagi? hehe. doakan cepat lah ye?

ada lagi sorang ni, lagilah banyak sama sebab dia pun bakal cikgu gak. final sem macam aku gak siap kena berperang dengan AR segala. yang tak boleh blah nama bf pun pangkal F gak. gila sama! tapi seronok betul bila boleh relate dengan orang lain. secara tak langsung boleh share. :)

dulu, before break dengan shai, aku ni minat sangat dengan wedding sampaikan  blog roll aku ada berpuluh link blog kahwin. suka sangat baca orang blog pasal preparation kahwin. tapi lepas kecewa tu memang aku berpatah arang dengan wedding-wedding segala ni. konon nya aku pikir aku taknak kahwin lah.hahaha. propa sungguh. habis aku delete semua link tu. sekarang, aku cari balik link tu semua dah tak jumpa. sedih. :(



 bukan cincin aku. ini google semata-mata. :P

sekarang aku dah berminat semula dengan wedding. getiks tak i? hahahaha. siapa ada jumpa blog kahwin yang best sila suggest pada ku yeah? tadi ada berbual lagi dengan ayah. aku tanya ayah, ayah nak demand lebih-lebih ke untuk kahwin aku nanti. ayah cakap macam ikut kemampuan lelaki je. yes yes! ada harapan kahwin cepat. hahaha, memang dah gatal ni. maybe dulu aku berangan nak kahwin grand. tapi sekarang dah takde kut impian camtu. aku cikgu je pun. gaji tak besar. buat simple-simple sudah. doakan aku ye? (ini dah jadi macam tag line aku dalam setiap entry je)

4 comments:

Unknown said...

eh eh...
sy yg perasan ke atau mmg ade sebut eh name sy kat siru..
ehemm..ehemm..cm nak tersedak aje
hehe

lotsa love
ur MBF

cik nurulain said...

hahaha. ceih sudah gaharu cendana pula :P

Unknown said...

ain!!!!!
waa~
td fatah dtg!!!!
gile xgtau
dh tgl 2km dr umah baru nak gtau
amik kelam kabut..
pkai tshirt jeh tdik..ahaks

ainn!!!
my abah n mak positif ..
so jum ikut i kite g kawen..hehhehe
ain !!!
best2...:)

Q said...

CN, i suka tgk yg ni. tp yg ni buat video je lah. http://manggis.tv/v2/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails