Thursday, September 30

curangnya nukilan.

aku menyelongkar balik tulisan-tulisan lama aku. saja. terasa macam nak baca semula. lagipun memang itulah tujuan aku menulis. supaya di masa hadapan aku boleh baca balik.





baru aku perasan, sebelum aku break dengan shai aku tak banyak menulis tentang dia. tak banyak cerita macam mana hubungan aku dengan dia develop. kenangan manis aku dengan dia. benda-benda sweet. so, kalau blog aku adalah novel, ceritanya macam kurang sempurna. plot nya longgar sebab tiba-tiba je aku dah sedih-sedih sebab hubungan retak menanti belah. then bila dah break devastated gila.

lama lepas tu baru tau pasal pompuan lain masa aku still dengan dia. lepas tu ada a series of entry memaki hamun dia memaparkan emosi marah dan dendam aku. tapi cerita nya jadi kurang menarik. sebab kalau orang yang baca tu tak kenal aku, dia takkan tau macam mana aku sayang shai dulu. dan bila tak dapat nak ukur rasa tu, susah juga nak bayangkan kesedihan aku bila hubungan tu berhenti di tengah jalan.

tapi apa yang aku perasan, lepas break dengan shai penulisan aku jadi lagi jujur. aku banyak cerita tentang life aku. apa aku alami, apa aku rasa. aku tau sesetengah orang menulis untuk dibaca. dan selalunya mereka akan tulis info semasa tak ada kaitan pun dengan personal life sangat. yang suka fashion tu manjang lah publish daily outfit. yang suka hiburan tu manjang publish entry pasal gosip artis.

aku rasa aku patut lagi jujur lepas ni. jujur meluah, jujur bercerita. tentang life aku. sebab lagi 7,8 tahun, aku tak berminat pun nak baca gosip artis pada tahun 2010. atau fashion trend 2010. aku berminat nak tahu, apa perasaan aku masa tu, kalau ada halangan dalam hidup aku, macam mana aku hadapinya.

dan atas sebab itulah blog aku ni tak meriah. aku tulis pasal life aku. and masalahnya aku bukan artis. so siapa aje nak baca kisah hidup aku ni kan? tapi apa pun, pada siapa yang sudi baca tu baguslah. aku tau kebanyakan nya kawan-kawan yang kenal aku. bagi silent readers, kalau lah penulisan aku tu sometime tak meet expectation korang, maaflah. ini hidup aku. aku sendiri tak tahu ketentuan nya esok macam mana. hidup ni pun bukan sentiasa indah. and tak jugak sentiasa kelam. tapi personally aku rasa, aku menulis lebih baik bila aku dalam gundah. otak kosong tak fikir apa. spill out je apa yang rasa. ;)

azam aku; nak menulis lagi kerap, lagi jujur, lagi telus. supaya walau 10 tahun lagi bila aku baca balik nukilan aku, aku akan mampu bayangkan dengan jelas perasaan sebenar aku masa aku menulis tu. aku nak jadi sangat deskriptif terhadap watak-watak dalam hidup aku. terima kasih pada semua watak. tak kisah watak antagonis atau watak baik. dinamik nya karakter tiap-tiap watak tu, mewarnakan penceritaan aku. :)


selamat malam tapak coretan. semoga esok dan seterusnya, lebih banyak lagi yang dapat kau kandung.

6 comments:

abigemok said...

ada gak nak baca cam aku ni.. hihihi

Nurul Kornain said...

x rmi org yg berani berlaku jujur dan telus seperti anda ain. so.. chill ya. jadikanlah blog ini sebagai mukadimah untuk org mengenali anda. x perlu utk org suka atau benci, it will comes naturally babe.

-nenek wan-

dark said...

serius memang serius blog nie...

makin lame makin panjang lak penulisan kamo...

menarik...tp tulisannye kecik sangat...leh penin sket klu bce..

tp gahkn bace...

neway,ur writing is good n nice..

jujur x jujur,
sometimes it relects myself about my life...

kdg2 kite tak lari dari sikap untuk tidak jujur,jgn ckp kpd sesape..kpd diri sendiri pn kite kdg2 xjujur...

so, it good for you that you realize(n also making me realize) to b honest with ourselves.

~Silent Reader yg ttbe rase nk komen..~

Unknown said...

oh ain..
satu perkara jeh nak ckp
why didnt i discovered ur blog long ago eh..
i nak bace sumenye tp sgt2 malas plus mcm xde mase...
especially about shai mmg i ternganga
:)

by da way, kite mmg sepatutnya tulis ape yg kite rase nak tulis dalam blog
ade sesetengah org anggap blog nih diari
mcm i, i cume nak tulis sumenye yang berkaitan kisah hidup cinta i
tp i agak sedihlah sbb Fatah suruh i delete everything yg ade kene mengena ngn my ex..
and i dh kene kontrol as everytime i nak tulis perkara buruk dlm blog akan jadiklah perkara buruk mase i borak2 dlm telefon dgn Fatah
So mcm blog i xdelah telus sgt sbb kene undercover

so ain..i guess awk perlu utk telus dalam penulisan blog nih
sbb ade satu hari nanti awk akan bukak blk blog awak and bace sumenye balk...

btw..sy adelah slah sorg yg sgt minat membaca atau dikenali juga sbg penyebok kisah hidup awk..hehe:)
so jgnlah ckp xde org suke nak bace tau!!
i suke !!!

FaTiN said...

act kan, saya dah lama baca blog ni senyap2. saya takut nak drop komen sebab owner dia ni macam serius je. hehe. tapi bila tau dia ni becok, baru ada keberanian nak tinggal komen. keep writing ya !

cik nurulain said...

kyuubi:
trimas lah baca, :)

NK:
haha, aku terlalu telus doh.

dark:
wah wah...tiba2 ada keberanian nak drop comment ek? thanks lah baca blog picisan ni.


fadh:
isk isk. kisah kita kn sama je. u baca kisah u je sama macam baca kisah i


fatin:
haik? serius ke owner blog ni? macam sengal ubi je...hehe. thanks lah sudi membaca.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails