Saturday, April 16

new world.

semalam penolong pengarah bahagian perkembangan kurikulum (masalah pendengaran) datang sekolah. bpk memang tengah nak pantau pelaksanaan KSSR ni. kan benda ni baru, memang belum berapa murni sangat lah kan. perkh, tak macam lama nak mapos lak dia datang. start dari sebelum rehat sampailah ke balik. camtu je hangus kelas math, sivik and bm aku.

tapi takpe. its quite inspiring. :) yang datang tu Puan Shahida nama dia. bergaya weh. aku dah jumpa dia masa kursus Uji Rintis KSSR tahun 3 kat port dickson hari tu lagi. memang adore tengok cara dia. tapi aku rasa ramai je tak suka cara dia kut. aku rasa laki kalau ego tinggi and tak tahan dengan confidence dia memang lah tak suka dia. no wonder she's a divorcee. ok, that's not the point id like to point out.

anyway, sebagai cikgu pendidikan khas ni sebenarnya,dalam dilema sangat. sistem pendidikan ikut arus perdana, sangat pentingkan prestasi, pentingkan content, pentingkan dokumentasi. semua kena ikut benda yang dah digariskan. kalau KSSR tu ha hambik kau berapa banyak lah fail kena sedia.

tapi masalah nya kat pendidikan khas ni, cikgu-cikgu struggling nak make sure budak gain something when they go to school. seriously. takde lah nak mengejar bape orang dapat straight A's ke, apa ke. mengajar, at least budak dapat sikit pun dah happy gila. benda-benda dokumentasi lagi lah tak amik pot sangat.

aku ni rasa bersalah sangat. dah 3 bulan aku kat sekolah ni, aku rasa budak yang belajar dengan aku sikit sangat yang dia dapat. serious aku rasa bersalah. ikutkan, memang aku rasa susah kerja ni. nak aje aku guna kabel gajah untuk transfer kan aku ke sekolah biasa. tapi aku ni jenis orang yang sentiasa fikir, sesuatu benda berlaku bersebab. dia bukan saja-saja berlaku.

betul. aku memang fikir macam tu. as long as benda tu tak bertentangan dengan syarak, bila ditentukan sesuatu tu untuk aku, aku selalu fikir, mesti ada hikmah nya. macam masa aku dapat tawaran sekolah menengah sains dulu. aku dapat second intake punya offer. by that time memang aku dah settle down kat sigs. tapi aku fikir, mesti ada sebab kenapa Allah bagi aku peluang tu. so aku pergi.

atau masa lepas matrik. bila aku dah beriya nak masuk uitm amik statistik. tiba-tiba aku dapat offer maktab perguruan. aku fikir jugak. mesti ada reason nya. semua lah. sepanjang hidup aku, kebanyakan keputusan yang aku buat adalah berdasarkan benda macam tu. dengan kepercayaan bahawa something big is destinied for me, something better is behind this choice, this decision.

dan selama ni, things turned out great walau dengan keputusan yang kebetulan macam ni. tak sangka benda ni berlanjutan sampai ke aku nak mulakan karier aku. siapa sangka aku akan 'terjebak' ke bidang ni? setakat mind set untuk jadi cikgu, rasa nya lama dah aku set kan mind aku. sejak aku adore dengan cikgu sakhiyah, aku dah tanam hasrat nak jadi cikgu.

niat di hati nak jadi cikgu bi. nampak nya rezeki bukan kat situ. dapat belajar jadi cikgu sains. but turns out kena ajar pendidikan khas. siapa lah boleh jangka ini ketentuan untuk aku? tapi apa pun, aku anggap aku insan terpilih. aku cuba jadikan benda ni sebagai satu kebaikan, kelebihan. alhamdulillah, banyak aku belajar. dan banyak juga bidang ni ajar aku erti simpati, erti empati.

berhadapan dengan murid-murid aku sekarang, aku jadi lebih prihatin. dan benda ni buat aku berazam. aku berazam aku akan cuba jadi seseorang. seseorang yang ada kuasa untuk lakukan pembaharuan. perubahan. agar nasib murid macam anak murid aku sekarang terbela. :)

ntah lah akan tercapai atau tidak. doakan lah yang terbaik untuk aku. mungkin jauh lagi perjalanan nak capai impian tu. buat masa sekarang, aku masih bertatih lagi nak sesuaikan diri dengan dunia ni. masih lagi bereksperimen macam mana cara nak mengajar murid aku dengan cara terbaik. im trying ti find my own signature.

welcome to your new world ain. note that, life doesnt get easier. it'll become challenging, day by day. accept the challenge! fighting!

1 comment:

Anonymous said...

cn,komen la cket psl gejala2 sosial zmn skrg ni..kt website byk sgt gmbr2 pasangan melayu (especially pompuan) yg memalukan..cover la cket story2 cmni..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails