Sunday, September 5

hari ini adalah anugerah.



hidup ni misteri sebab sejujurnya, tiada siapa tahu apa akan jadi esok. kita jalani segalanya atas ketentuan Tuhan dan keputusan yang kita buat. pilihan yang kita lakukan. dan rencana hidup setiap orang itu tak sama. takdir ketentuan setiap orang berbeza. ada orang hidupnya di takdir untuk membakar diri demi menerangi orang lain. ada yang ditakdirkan melakukan kejahatan di waktu mudanya agar dapat dijadikan teladan di kemudian hari.

orang yang pada hari ini seorang doktor, seorang pemimpin negara. di suatu ketika dulu, dia tak pernah tahu. mungkin dia memang mahukan nya sejak dulu, dan berusaha ke arahnya, tapi pada akhirnya kita tak akan tahu for sure apa akan jadi. Tuhan tentukan segalanya. usaha bukan segalanya. ada juga yang berusaha tapi gagal. itu lah bukti bahawa takdir ketentuan di tangan Tuhan. jadi kita sebagai hamba harus tunduk dan memohon. tapi insya Allah, Tuhan tu penyayang dan tak kejam. selalunya orang yang berusaha memang akan berjaya. walaupun kadang-kadang dia tak berdoa. mungkin itulah kadang-kadang yang buat manusia bongkak, lupa pada Tuhan.


orang yang hadir dalam hidup kita begitu juga. mak, ayah, kakak, abang, adik-adik. baik buruknya kita terima, kita telan. sebab itu darah daging. itu yang Tuhan kurniakan buat kita. seburuk mana pun kita pertahankan atas nama darah yang sama mengalir. tapi kita tak sedar, soul mate pun sesuatu yang ditentukan. dengan siapa kita diketemukan, atas rangkaian pilihan yang kita buat, semua ada musabab nya. bila gembira, bahagia, kita lupa Tuhan. tapi bila kecewa baru ingat Tuhan tu ada. bagi yang terang hati, masa ni lah cuba dekatkan diri dengan Tuhan. tapi bagi yang jahil, Tuhan pula disalahkan sebab tentukan sedemikian rupa. sebab kurniakan derita, keperitan, kekecewaan. masa gembira ada kau ingat Tuhan? astaghfirullahalazim.


aku sendiri ada khilaf nya. aku sendiri dalam tak sedar pernah rasa sesal dengan ketentuan. itu naluri manusia, tak pernah syukur dan cukup dengan apa yang ada. tapi sebab sikap tu la tamadun manusia berkembang. manusia sentiasa inginkan kesempurnaan. sebab tu kita banyak penemuan baru, teknologi baru. jadi, ada baik juga sikap tak pernah cukup tu.  kadang-kadang lah. kadang-kadang sikap tu bawak bencana je.


dulu aku pernah menyesal masuk maktab. asyik wondering apa akan jadi kalau aku pilih jalan lain, masuk Uitm?kadang-kadang pulak, aku rasa menyesal masuk matrik. apa akan jadi kalau aku terus masuk maktab? ini semua persoalan yang sebenarnya berbaur sesal. masa kecewa dengan cinta lama, aku asyik menyumpah, kenapa aku masuk sekolah tu? kenapa aku tak putus lepas habis sekolah? kenapa tak pilih orang lain bila peluang ada? kenapa setia? kenapa? kenapa? kenapa?


bila fikir balik, betapa tak bersyukur nya aku ni. Tuhan bagi aku macam-macam, tapi aku banyak soal pulak. tapi sekarang aku dah redha, aku dah gembira, aku dah bersyukur. it like watching the ending of a movie. suddenly everything comes to its senses. baru lah kau dapat faham segalanya. baru kau faham betapa bijak nya susun atur Tuhan.

kalau aku tak masuk sekolah tu, aku tak kenal sahabat-sahabat aku macam dina, nisya, nadiah, diba, kash. sahabat yang ajar aku erti hidup and membesar bersama. aku takkan jumpa makcik, aku takkan jumpa idola aku, Pn Sakhiyyah. :) dan kalau aku tak masuk sekolah tu, tak ada lah anak ayah yang masuk sekolah asrama penuh. part of it, im proud being able to make my dad proud of me. "anak aku yang sulung tu masuk sekolah sains kat kluang..." :)

kalau aku tak masuk matrik, aku takkan kenal ad. takkan kenal dunia yang berbeza dengan apa yang selama ni aku nampak, aku rasa. dan kalau aku tak masuk matrik, aku tak dapat rasa peritnya duduk jauh, and bila mak sakit, nak balik susah. lepas tu nangis-nangis dalam bas takut apa-apa jadi kat mak. lepas dari tu terus bertekad taknak jauh dari mak ayah lagi.

kalau aku tak masuk maktab, tak dapat lah aku jadi macam idola aku jadi cikgu yang inspiring gila,  tak dapatlah aku pupuk minat terhadap budak. and kalau aku tak masuk maktab, aku takkan jumpa sahabat-sahabat gonjeng aku. yang terima aku seadanya walaupun diri ni banyak gila flaws and layak dilempang bertubu-tubi. sahabat yang ada time lowest point aku. yang bagi aku semangat. yang percaya aku ni worthy and tak perlu rendahkan martabat hanya kerana seorang lelaki yang tak berguna.

and most of all, aku takkan jumpa F. he's the sunshine of my heart now. im in love. like totally. :)  dia buat perspektif aku bertukar 360 darjah. i learn to appreciate people even more. walaupun aku masih aku, yang loud, outspoken, berangin and what not. tapi aku dah tak nak berdendam lagi. yang sudah tu sudah. ini rencana untuk aku. ini bahagian aku. and every piece of it is beautiful. im learning to appreciate it all. for good. for better.

i want to finish my study, being an inspirational teacher, get married to the guy i love, have kids, have small house and have a wonderful life. and ill be perfectly content. and ill carry my duty as the eldest child, taking care of mak and ayah, uniting my sister and brothers. aku harap aku dapat buat semua ni. Tuhan, bagi lah aku kesempatan itu.



song: kate vougele, angel.

4 comments:

Anonymous said...

insyaallah....
mesti akan smpai cita2 awk..
mmg inspiring la citer awk nih....

*smile

cik nurulain said...

ierah: thanks for reading such berjela entry :)

ween said...

love this entry, like seriously! such an inspiration. i wish we could meet one fine day CN :)

cik nurulain said...

ween: :) thanks ween. we'll meet one day. i just knew it. plus, ur cousin is my room mate. ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails