Tuesday, September 7

he's the one, insyaAllah.

baru lepas mengakhiri conversation yang sungguh deep dengan F. baru ke? not really lah. dah lebih sejam yang lepas berakhir tapi fikiran aku yang menerawang. jauh. lama. ntah lah ke mana. air mata macam nak menitis. aku rasa F pun macam nak nangis. sedih lak aku bila dia sebak macam tu.





aku sekarang slowly tengah cuba ketengahkan kewujudan F dalam hidup aku pada mak dengan ayah. actually lebih kepada mak. sebab aku tau, mak akan sampaikan pada ayah. i need to do that. kalau tak, sampai bila? sampai bila aku nak hide dari fear of pain? sampai bila aku nak protect mak ayah aku sendiri dari ketakutan itu?

bagi orang yang tak kenal aku. cuma lihat dari jauh mungkin rasa jengkel. and merasakan aku exagerate things je. diorang rasa, apa yang jadi pada aku taklah teruk sangat. suka hati lah. kau tak kenal aku. kau nak kata apa pun, bukan valid. at least tak valid di mata aku.

tapi kekecewaan lepas tu bukan saja affect aku, tapi mak ayah aku sekali. diorang tahu macam mana keadaan aku masa tu. miserable gila. bila aku sayangkan sesuatu, and aku kehilangan perkara tersebut, bukan mudah aku nak hadapinya. im plotting future with this guy, a house, kids. memang lah orang rasa itu semua perasaan normal bila bercinta. but not for me.

aku bagi segalanya. aku setia. yang lebih menyedihkan, aku dah bina hubungan dengan keluarga dia, dengan nenek dia. sebab aku kira itu semua satu hari nanti akan jadi milik aku. tapi akhirnya? aku hilang semua. perasaan aku bercampur baur. aku sedih, kecewa, malu. ntahlah. dan semua ini disaksikan oleh mak ayah aku.

masa tu aku rasa, ayah pun sedih tengok keadaan aku. dalam kesakitan dia tu, dia boleh advise aku, "kalau along betul nak dia, doalah da kembali" can you imagine? walhal dia marah sangat dengan orang yang dah luka kan hati anak dia. dengan idin dia meluahkan betapa marah nya dia tapi dengan aku dia sedaya upaya support. mak jangan cakap lah. sebut nama dia pun boleh buat mak meradang.

but eventually i manage to walk pass that.mak dengan ayah? ntah lah, aku rasa bisa tu masih berbekas di hati diorang. apa pun, thank God. aku dah sedar dia bukan untuk aku. alhamdulillah. tapi ada satu perkara yang tak hilang. rasa takut tu. rasa takut tu remains. and aku jadi sangat berhati-hati. and sikap aku tu mungkin membunuh F. kesian dia. despite the fact kena bertahan dengan kerenah aku yang bossy, kasar, dia terpaksa berhadapan dengan ketakutan aku terhadap pengalaman masa silam.

mungkin dia rasa aku tak adil. hukum dia untuk benda yang dia tak buat. tapi ini bukan perasaan yang aku reka. ia memang ada. berkali-kali dia ajak nak bawak aku jumpa parents dia, tapi aku mengelak. sebab aku takut. aku dah taknak jalinkan hubungan macam tu lagi. aku takut kalau kecundang lagi, aku akan jatuh macam dulu.

tapi dia cuba faham aku. walaupun macam tu, takde lah dia putus asa. tetap juga ajak aku ke rumah dia setiap kesempatan yang ada. tapi recently, aku rasa macam aku dah sedia. dah tak takut. dah willing nak jumpa parents dia, adik-adik dia. mungkin sebab aku dah rasa sayang gila kat dia. mungkin. mungkin sebab aku rasa aku dah percaya pada dia. mungkin. atau mugkin juga aku tak peduli apa akan jadi pada masa depan, tapi aku sanggup tanggung risiko nya sebab aku memang dah sayang kat dia.

dia selalu bercerita pada mak dia. so bayang nya mak dia dah nampak. setakat ini, macam tu je. tapi respon mak dia positif. hurm. bakal menantu cikgu weh, orang dekat lak tu, mak mertua mana yang tak suka? at least selagi belum jumpa aku, and tengok perangai aku, itu markah bonus yang awal-awal aku dah dapat.

seronok bila dengar dia cerita tentang respon mak dia pasal aku. bila dia tanya respon mak aku, aku selalu mengelak.bukan sengaja, tapi aku taknak hurt dia. dia baik sangat. aku sedih kalau dia sedih. tapi tadi aku rasa macam perlu jujur dengan dia. aku nak dia tau fact nya and aku nak dia hadapinya.

the fact is, dah lama mak aku tau pasal F. tapi mak aku tak menunjukkan minat. unlike mak dia. salah satu nya mungkin dah malas nak amik pot tentang love life aku setelah apa yang pernah berlaku dulu. the history remains. history tu mak aku tak lupa. and satu lagi mungkin sebab F takde degree. yup. i said it loud. and bagi sesiapa yang baca ni, sekarang korang tau. and no, im not ashame of it.

aku selalu kecik hati bila mak tanya, "kau takde ke kawan yang sama-sama cikgu?" seriously hati aku terguris. kalau F dengar aku rasa dia lagi sedih. kenapa? orang takde degree tak boleh buat aku happy ke? bukan dia takde pekerjaan tetap pun.

dah banyak kali mak bagi respon macam tu bila aku cerita pasal F.aku diam je. aku cuba faham yang itu naluri seorang ibu cuba protect anak dia dari kesusahan, dari pilihan yang salah.tapi bila aku fikir balik, mak tak adil sebab tak pernah pun nak tau lebih lanjut tapi terus je judging. so tadi aku dah tak boleh diam. aku terus luahkan semua. semua yang aku rasa.

"mak, dia takde degree tapi dia ada matlamat hidup, ada perancangan untuk sambung belajar lepas sah jawatan" 

"mungkin duit dia tak banyak, tapi along tau tiap-tiap bulan dia hulur kat mak dia"

"mungkin duit dia tak banyak, tapi tak pernah dia berkira dengan along pasal duit"

"mungkin dia takde degree, tapi dia pentingkan keluarga, sebagai anak sulung bertanggungjawab and laki macam ni yang along nak"

sebak nya aku rasa masa tulis entri ni. aku tau mak ayah sentiasa nak yang terbaik untuk anak-anak. and memang orang kata, duit bukan segalanya tapi segalanya adalah duit. tapi duit saja pun takkan menjamin kebahagiaan. apa guna nya duit kalau dia takde family values? sibuk kumpul duit je takde sense nak balik kampung jenguk keluarga. apa guna nya banyak duit tapi tak ada masa nak spend dengan kita?

semua tu tak guna. dalam dunia sekarang ni, mencari lelaki yang perfect bukan benda senang. aku nak cari yang macam ayah aku pun susah. itu pun ayah aku tak perfect. yang ada degree ramai, tapi berapa ramai yang solat cukup? yang kaya ramai, tapi berapa ramai yang ada family values? bukan nak cari yang ada rupa pun. aku sedar aku sendiri takde rupa. tapi bersyukur je dengan apa Allah bagi. tapi nak cari yang ada values yang aku nak, and at the same time sekufu dengan aku, memang susah. so, kalau aku kena pilih, mana aku akan pilih? hurm, jawapan dah jelas kan?

aku sedih, bila aku cerita ni semua F rasa rendah diri sangat. macam diri dia takde apa. dia rasa macam petani nak kawin dengan puteri raja. tinggi nya dia letak martabat aku and rendahnya dia letakkan diri dia. bertambah sedih bila dia tak tau nak kata apa.

dia sayang aku, and dia tau aku sayang dia. aku terima dia seadanya, tapi itu cuma aku. mak ayah aku belum tentu lagi. and walaupun dia sayang aku sangat, dia taknak aku melawan mak ayah aku. "b, kita anak sulung jangan hampakan mak ayah." sebak nya aku rasa. dalam pada mak aku macam tak terima dia pun dia boleh suruh aku dengar cakap mak aku. walhal mak aku dah rendahkan dia sebelum mak jumpa dia, kenal dia dulu.

perkara ni belum serius mana. belum sampai tahap aku nak kahwin lari sebab mak ayah aku tak setuju dengan pilihan aku. belum. belum sampai ke situ. tapi yang nyata nya boleh nampak lah mak tak berapa favour dia. tapi takpe. aku dengan F akan berusaha untuk ubah benda tu. akan cuba sedaya upaya.usaha dengan cara baik, insyaAllah. bagi orang yang sayang aku, doakan lah aku. i need it much. :(

aku harap dilembutkan lah hati mak aku. aku harap dia faham, aku tau apa pilihan aku and aku yakin dengan pilihan yang aku buat. percayalah F boleh bahagiakan aku.

9 comments:

Anonymous said...

be strong gurl..
byk2 kn wat solat iskhtikharah....
=)

Unknown said...

saya sgt sgt suke entry yg ini
sangat same dgn pengalaman sy dan keadaan sy skrg
serius mmg same!
sampaikan sy boleh letak dlm blog sy tanpa tuka apa2 cerita dalam ni
well...sabar ye..
mari sam2 berusaha mengubah trauma ini..
yg lame biarkanlah berkubur..
jgn kita hukum org baru...
and im still trying to accept that new inside me..
apa2pun..lelaki yg baik bkn mudah ditemui skrg..
kalau dh jumpe seorg, sile pegang die kuat2..jgn lepaskan
all da best !

amalina wahida said...

kak ain, i am with u!! chaiyokk!!

cik nurulain said...

iera: thanks :)

luvyou: really? how u overcome it? hm. its difficult. having dark history and creating new chapter is this hard. hurm...

amal: haha. da mcm cheer leader da. amal klu bkwn elok2 :)

ween said...

u make me cry early morning :( i feel u CN. i'm experiencing the same thing. in my case, i'm almost finish my degree while he's just start with his diploma. my mom is ok with that, but my dad mcm rendah2kan dia. and he even ask the same quest, xada kwn lelaki lain ke? biasa la parents slalunya akan look into education, that's a norm i think.

my bf pun selalu tny how my parents judge him, but i never shared. i xmahu dia feel down. after solat i mst akan doakan semoga sama2 berjaya, i nak dia buktikan pd my dad yg bermula drpd bwh pun boleh berjaya. the most important thing is his spirit.

i'm proud of u sbb terima F seadanya. he's a good man by the way u describe him. grab him! and i'm praying for ur relationship and happiness. take care :)

p/s: sorry, i xboleh comment sikit2, i love this entry so much! and the background music make this entry even touching. mana u cari?

Nurul K said...

ain. tabahkan hati.
slow2 bg parents ko kenal F keh.
kami srikandi berlapan support ko!

cik nurulain said...

ween; its oke. i phm. i pun kan suka comment pjg2 gak. :) n btw thanks. tak rmi org comment pun, tp klu ada sorg mcm u komen da lbh dr ckup. it means my writting touches ppl heart. u pun gud luck ween. haish sama lak situation kita yek?


NK: yeah! serikandi berlapan rawks!

mardasuziela binti deli said...

sokong NK! ain, kami semua doakan ko n F. =)

bahu aku sdp klo ko nk landing. hehe ;-)

kali ni gune name sndr. so ko tao nk landing kat bahu sape. hehe

mardasuziela binti deli said...

sokong NK! ain, kami semua doakan ko n F. =)

bahu aku sdp klo ko nk landing. hehe ;-)

kali ni gune name sndr. so ko tao nk landing kat bahu sape. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails