Monday, September 13

high 5 ayah!

pagi ini dikejutkan dengan ngauman mak. haha. loud and clear sebab mak sudah pun berada di dapur. ini lah keburukan bilik di dapur. kalau orang bertung-tang masak, kau takde pilihan melainkan untuk bangun, nak tolong ke tak lain kisah. tapi yang pasti takkan boleh tidur punya.

tak lama lepas tu suara idin pulak memanggil-manggil suruh sarapan. ni mesti semua ada kat luar. kalau tak, takkan idin suruh breakfast sekali. aku cuci muka lepas tu keluar bilik. aku tengok semua dah ada kecuali nurin. even ayah pun dah ada. nasib baik tindakan aku bijak, terus bangun lepas idin jerit. kalau ayah dah mengaum, tiada siapa akan selamat.

kejap tu, idin panggil nurin "nurin, jom la makan sama. mana kau nak jumpa nasi jawa kat kedah tu" wow. ada nasi jawa. nasi jawa ni adalah feveret kami sekeluarga. dijual di kedai kat simpang jalan tapah. dalam dia ada nasi putih sambal jawa kaler hijau, ayam goreng, ikan masin dengan sayur kacang panjang goreng. that's all tapi cukup menyelerakan, seriously!

dengar nasi jawa, nurin pun pergi dapur. pastu idin buat statement touching, "yelah, nanti korang semua dah balik, aku pagi-pagi sarapan sorang je sebelum gi kerja" alahai. sedih lak dia. tapi kalau aku jadi dia pun aku sedih. adik beradik semua jauh. nak jumpa sikit punya susah. aku rasa raya kali ni idin kurang merayap dengan kawan-kawan. banyak habiskan masa raya dengan kitorang. i guess dia pun pikir, dengan kawan bebila pun boleh. tapi nak tunggu adik beradik dia semua ada, bila lagi right?

lepas idin dah gi kerja and faiz pun dah naik bilik, aku, nurin mak dengan ayah masih melepak di meja dining. ayah tak gi kerja harini sebab tekak tak ok that leads to demam. biasa lah raya-raya ni. orang duk hidang air sejuk. ayah memang kalah dengan ais bagai ni. kalau rumah tu rumah sepupu sepapat, aku dengan nurin memang selamba je redah dapur bancuh nescafe O' buat macam rumah sendiri. paling koman pun amik kan air putih je untuk ayah. tapi kalau bukan rumah sedara mara takkan nak rodok je dapur orang macam tikus mondok?

ok, and so bila dah tinggal 4 ahli jemaah je, conversation ini pun bermula.....tapi aku amik certain part je. part awal-awal malas nak amik.

nurin: long, kau pernah derma darah tak?
aku: pernah. kat matrik. kenapa?
nurin: kau simpan tak kad dia?
aku: kad? ntah. dah lama kut.
nurin: weh apesal lak tak simpan? (kecah betul nurse kecik ni)
aku: dah lama la weh. lagipun kad tu 2,3 kali derma baru ada kut. aku sekali je
nurin: tak ah weh. memang terus dapat. apa la tak simpan (cis mentang-mentang dah belajar nursing)
aku: alah. biar la.
nurin: weh, kad tu kan penting tau. mana tau nanti mak tak cukup darah ke, kalau ada kad tu kita boleh dapat darah.
aku: eleh...
nurin: alah, tapi takpe. aku nurse. nanti mak boleh dapat darah.

ok, part seterusnya ni yang perlu di highlightkan ye? haha

ayah: alah dik, apa nak kisah. nanti abang ipar awak kan kerja kesihatan gak...
nurin: hahaha. give me five yah! (sambil angkat tangan nak buat high 5 kat ayah)
ayah: eh, apa ni?
nurin: alah ayah ni. kalau kita nak nganjing orang kita kena pas macam ni. (ayah pun layankan je, pas dengan nurin)
ayah: tapi kerja amcam dia tu selalu OT kan?
aku: haah, selalu OT
ayah: maghrib-meghrib gi OT kan?
aku: haah, maghrib dia gi fogging.
mak: dia boleh mengaji eh long?
aku: boleh.....ayah dia selalu menang tilawah. ayah dia ajar dia.
ayah: mana kau tau dia boleh ngaji?
aku: along tanya lah ayah ni..
ayah: alah setakat cakap... (nak perkecik kan F aku lah tu)
aku: along dah suruh dia ngaji depan along lah yah. kalau ayat yang dia selalu baca tu, dia memang dah hafal.
ayah: dia dah ada kereta eh?
aku: dah baru je ari tu. kalau tak dia pakai kereta ayah dia.
mak; abis dia beli kereta apa?
aku: myvi..
ayah: haa..dia nak lawan kau long. haha(apa motif ntah ayah gelak)
mak: kau tak tanya ke gaji dia berapa long?
aku: aisk..mak ni. tak pasti lah. tapi boleh lah kalau dah masuk OT.
mak: dia nak cari laki macam ayah...nak challenge mak (sambil mak pandang ayah)
aku: hehe. ada lah tempias sikit. bab pelajaran tu tak lah kut. tapi bab lain ada (sambil senyum)
ayah: (senyum) yeke? berpa percent tempias?
aku: 60 %.

haha. secara official nya ayah dah menerima F lah tu. aku ada good feeling towards this sebab dulu ayah takde pun gurau-gurau dengan aku pasal shai. tapi mungkin juga dulu tu terlalu awal nak cakap pasal ni. aku belajar lagi, and shai pun sama. maybe sekarang ni memang dah umur untuk kahwin, so wajar lah ayah gurau benda camtu dengan aku.

aku tak boleh belah lah dengan mak. asyik tanya pasal gaji lah, kerja mak ayah dia lah. mak..mak. pikir profit je. tapi takpelah. mungkin dia fikir untuk kebaikan aku kut. apa pun, i love you for that mak. maybe you just try to look out for me. along tau pilihan along. kalau kena susah, susah lah sama-sama. takkan along nak biar dia susah sorang. macam mak dengan ayah dulu? awal-awal kahwin duduk setinggan je kan? walhal 2 2 graduate. nak beli minyak kereta dengan pampers anak pun kena berkira-kira mana lagi penting.



doa kan aku dengan F ya? itu je aku mintak. duit aku tak mintak. :)

2 comments:

Unknown said...

wow!
bestnye dh boleh gurau2 dgn mak ayah awk psl F
tggu turn sy plak la eh nk tulih psl gurau menggurau psl fatah dgn mak abah
entah bilelahhh agaknye
xde keberanian la since my ex dh buat hal kan

ur F keje kesihatan keje ape eh?
bcos my ex keje IK a.k.a Inspektor kesihatan
F awak pon tgk keje mcm IK aje...hurm...
sbb awk ade sbut fogging2 tuh..:)
i kinda knew abit pasal IK nih..
lame bercinta dgn seorang IK dlu..

well2..
best of luck ain :))))

cik nurulain said...

yeke? nanti boleh tny u lah. blom jadi IK rs nya. tp pathway yg sama lah tu. nnt pape musykil i tanya u eh? :)

p/s: doakan tau. wishing u and fatah the best too!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails