Thursday, September 9

packing tips and iftar with ohana.

aku tak tidur lepas sahur. despite the fact masa bangun sahur tu aku tak fully awake pun. macam mamai-mamai je. suap nasi ke mulut pun dengan begitu tak berperasaan sekali. kenapa aku tak tidur? haih. aku tak packing lagi. si nurin dah siap packing dah malam tadi. aku ni memang bukan night person ah. baik study waima packing sekali pun aku tak mampu lakukan di waktu malam. malam adalah masa untuk ZZzzzzZZzzz. fiuhhhhh.

bagi orang lain, packing mungkin perkara enteng. tapi tidak bagi aku. tidak juga bagi nurin and faiz. cuma idin je ada ability to pack light. wonder gak aku, considering baju dia dan seluar dia adalah lebih besar dan tebal. haha. kezam punya kakak. except for idin yeah, i think it runs in the family. like seriously, often sangat bila nak travel mana-mana, walhal 2 hari je pun. we end up bringing big luggage. as if nak travel koman-koman seminggu. aku pun tak sure apa yang kitorang duk hangkut. pastu memang kena bebel lah kan dengan mak sebab kereta ayah aku mana ada bonet. so kat bawah kaki memang full gila dengan beg je.

mungkin maintainance diri kitorang terlalu tinggi kut. kalau macam nurin tu make up je sebeban. faiz pun sama je. kadang-kadang ngalahkan kitorang yang anak dara ni dia punya beauty product. facial wash lah gel rambut lah. atau pun kan, sebenarnya kitorang ni ada masalah nak prioritize things. macam semua benda penting. semua benda kena bawak. bayangkan lah, nurin tu gi travel pun bawak benda alah untuk curl dengan straight rambut tu. padahal, tak perlu pun.

jadi sempena nak cuti balik kampung ni, sajelah aku nak share tips untuk pack light. yelah, kalau barang banyak sangat and berat, affect gak kat minyak kereta. (cewwah gitu aku. dan dan nak menjimatkan minyak kereta ayah aku)

  1. tips paling penting sekali ialah planning your outfit. tak pernah dengar ke orang kampung aku cakap? failing to plan is planning to fail. hahaha. kalau perlu draft, draft lah hari ni nak pakai apa, esok nak pakai apa from top to bottom. supaya takdelah kita bring excess things. bawak je tapi nanti tak pakai pun.
  2. bila dah plan outfit cuba, boleh lah cuba amalkan mix and match. baju yang berbeza boleh pakai dengan satu tudung yang sama. pastu make up pun bawak yang general yang boleh suit dengan semua colour. kasut pun begitu jua. so, takde lah kalau stay 4 hari, 4 set outfit yang lengkap kita bawak. dah jadi berat beg tu. eleh, tapi aku tau, time raya ni kalau boleh if first day dah pakai tudung kuning, 2nd day mesti dah tak mau pakai yang sama kan? hahaha, sebab nanti gambar tak variety. aku tau. sebab aku macam tu.
  3. amalkan sharing. mana-mana benda yang boleh share tu, share lah. macam make up remover ke, ubat gigi ke, takdelah terjejas pun kalau selama ni pakai colgate tetiba 3 hari pakai darlie. shampoo kalau aku boleh je. sebab aku takde lah menjaga rambut sangat. hahah.jadi, kita mintak jelah shampoo sikit kat orang yang jaga rambut ek? tapi berus gigi jangan share lak. adui. geli la weh.
  4. jangan bawak benda yang kau 80% positif kau tak akan guna. macam aku ni raya kat kampung, line broadband ada tu ada tapi ngalahkan siput babi mengengsot lah. aku lak dasar tak sabar punya olang. memang tak lah kan aku nak online kat kampung. tunggu wa balik jb la baru wa online. so, tak perlu lah bawak laptop and broandband.
ok. dah tu je kut yang aku tau. aku sendiri pun nak packing terkial-kial. nak tulis tips lak. memang gagal lah kan. anyway, sempena lebaran yang bakal menjelang ni aku nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. ye, aku tau phrase tu klise. tapi nak buat macam mana? takkan nak reka phrase sendiri lak. yang drive tu sila jangan menggila di jalanan. rileks takde pe nak kejar. kalau takut terlepas waktu berbuka sila bertolak awal. jangan lak bila jalan jam pastu stuck time berbuka, nak salahkan orang lain lak.

jangan lupa burn lagu raya then buka kuat-kuat time drive supaya tak mengantuk. raya ni orang nak bergembira, kalau kau taknak gembira pun, jangan bagi orang yang sayang kau bersedih di hari raya. ye untuk cik fakharudin. walaupun kampung anda sekangkang kera dari rumah, sila berhati-hati sebab orang bp kalau bawak kereta amatlah dahsyat.

ok, ni gambar semalam. iftar kat taman merdeka. budak kecik belanja. kihkih. kopak minah tu. murah weih sini. buffet dia banyak gila choice makanan. satu kepala 25 je. and oh, segala future in-laws tak dapat join. si Aza katanya ada gathering family gak. si Is kena tolong ayah dia ada catering kat mana ntah. si Ira? dah kalau yang lagi 2 ekor tu takde, memang tak lah kan faiz nak bawak Ira tu. yeay! aku selamat dari keseorangan!















2 comments:

ween said...

thanks for the tips! luckly i x perlu pack segala sbb my family used to balik hari je. pergi pg blk mlm. esok pergi lg, then blk. kg x jauh mana around 45minit journey :)

selamat hari raya CN, maaf zahir batin. sorry if selama kita jd virtual friends ni ada mana2 comment i yg sentap u. cewah. love ya!

cik nurulain said...

ween: thanks a lot. haha. best lah tak pyh packing. i benci packing. u too ween. selamat hari raya gak tau. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails