Saturday, September 4

perihal shopping raya.

akhirnya aku sampai jb. akhirnya aku dapat berehat kejap. yeke? macam tak je. duk rumah pun banyak kerja nak buat kut. anyway, sebelum bercuti raya, semalam aku sempat bershopping sakan bersama f. ini memang shopping sakan sebab badan dia naik senget-senget bawak beg plastik. aku kalau shopping kat bazar memang boleh naik sheikh!


punya lah bersemangat waja nya aku dengan f nak shopping raya, kitorang buka pun area bazar kat parit raja tu je. parking baeek punya, kat corner traffic light tempat banyak jual kerepek tu. biasa lah kan, kalau dah tangkap muat je tempat makan, memang prestasi tak memberangsangkan. makanan fail. tapi aku dengan f gagahkan jua demi bershopping di bazar.

lepas tu, ingat nak solat kat petronas sebab senang. tapi, atas alasan takut spot parking yang baik itu diambil orang, aku dengan f dengan begitu jitu sekali menapak ke seberang jalan and solat kat masjid sebelah BSN tu. gila jitu weh. abis lemak aku terkorban.

dalam kul 8 lebih sikit tu memang dah settle solat maghrib. apa lagi, tanpa membuang masa terus serbu bazar. first stop si f tu ialah tempat kerepak dengan kuih raya. aku baru usha-usha nak tengok sedap ke tak. dia boleh pergi peluk berpaket2 kerepek, lepas tu terus bagi kat budak tukang jaga tu. bukan nak tawar harga dulu. geram betul aku. lepas tu, tak cukup dengan kerepek, kat situ gak dia nak beli biskut raya. walhal aku tengok biskut raya kat situ tak menyelerakan pun.

ada hati dia offer kat aku, kalau nak beli kerepek amek jelah. aku amik 3 paket je sebab takut tak sedap. banyak gila kut si f ni beli. bila dah masuk dalam plastik tu au macam menceceh la, "tanya la b dulu. ni tak, main amik je." aku bukan nak jadi queen control ke apa( walaupun pada hakikatnya aku memang queen control) tapi kalau dia dah amik banyak-banyak macam tu lepas tu dah masuk plastik, memang susah la kan nak tawar harga.

total kerepek dengan biskut tu adalah dalam rm170. aku mintak 150 pun tak bagi. si f lak boleh lurus je buka wallet nak bayar. eleh, penjual tu  memang dah tau f akan amik gak walaupun tak bagi kurang. tu yang tegar sangat tu. tapi last-last sebab bargaining skill aku terlalu irritating, dia bagi gak 155. jadik lah. daripada tak dapat kurang langsung. 15 hengget tu boleh beli shawl 2 helai beb!

f ni pun, kut ya dapat bonus 500, tawar la sikit harga tu. ni tak, main nak bayar je. dah habis 155 tu, duit macam tak cukup nak teruskan shopping. duit dia lah. aku awal-awal dah draw duit. sebab aku tau, mesti aku menggila time kat bazar nanti. dengan senget-senget menjinjing kerepek, kitorang menapak lah ke BSN nak draw duit. elok je masa giliran f nak draw, terus out of service. apakah? hahaha. terpaksa gi menapak kat cimb.

pastu, kerepek yang berat nak mampos tu kitorang loading dulu dalam kereta. nak shopping takkan nak usung kerepek? masa gi hantar kerepek tu, aku dah nampak dah kereta si f kena block. ok, takpe. maybe orang tu kejap je. lagipun kitorang nak gi shopping lagi.

f kata dia nak belikan mak dia tudung. then sebagai inisiatif untuk amik hati bakal mak mertua, aku pun offer lah f untuk belikan tudung mak dia. kikiki. comel tak aku nak amik hati mak f? tapi yang tak boleh blah nya, f kata kalau dah belikan mak dia tu, belikan lah adik pompuan dia 2 orang tu sekali. cis! diberi betis mahu peha pula. tapi takpe, nasib baik kakak ipar ni baik. haha.

bersinar-sinar weih mata aku tengok handbag, baju, tudung. rambang mata. semua benda aku nak beli. padahal sebenarnya f yang nak beli sandal raya. dah la poyo. aku suh beli capal, dia kata macam orang tua. apa dia ingat dia muda remaja lagi ke? sandal tak jumpa-jumpa tapi aku yang meriah beli baju raya dengan tudung.

baju lelaki pun murah-murah. si f ni aku suh beli baju, dia buat bodo je. aku pulak yang kena carikan. malu sangat nak tanya. aku masuk gerai, selamba je tanya. "design ni ada size xl atau xxl tak?" lepas tu f boleh nak nyorok belakang aku. dia ingat promoter tu tak bole nampak dia ke? hahaha. aku memang dah biasa shopping baju besar-besar ni. kalau shopping raya dengan idin memang camtu lah kena buat. tanya size dulu baru tengok design sebab idin tu susah nak cari saiz gak.

last-last dapat gak rembat t-shirt sehelai. warna turqoise lak tuh. aduhai, since dengan aku ni, f pun dah terpengaruh nak pakai kaler meriah. kalau tak, balik-balik merah pastu putih. tak kelasss ranggi sungguh! aku pun tak paham sangat dengan size baju ni. baju yang f beli tu xl ok lak. sedang elok. ada baju yang xl tapi sendat gila. kesimpulan nya, kena lah try sarung. ada gerai yang sediakan fitting room, ok lah. tapi yang takde tu, nasib kau lah f, depan depan orang gak aku suruh kau sarung. haha.

setelah berbelanja bagai nak gila, rasa macam nak beli cd raya lak. sungguh poyo sekali. dah la beli cd yang sama sampai 2. yelah, satu nak letak kat kereta aku. satu kat kereta dia. ok, lepas dah beli cd tu memang f dah surrender. dengan dah berpeluh-peluh dia ajak aku balik. dia cakap dah tak larat. alangkah berang nya bila sampai kat kereta, kereta yang block tadi still tak berambus. kuang haja betul. dah block kereta orang tu agak-agak la sikit. ni boleh having sweet time lak.

aku suruh f hon, mana tau orang tu dengar. tapi  dia tanak. alahai, baik lak mamat ni, kalau tak angin je sentiasa. sebab terpaksa bersabar, aku lepak dalam kereta and try pasang cd baru. cis bedebah! tak boleh play. error lak. bikin line panass betul. terpaksa aku gi tukar.

dah pergi tukar cd, balik kat kereta balik still tak boleh keluar sebab kereta tu ada lagi. jam dah kul 10. dah lah aku kena masuk hostel before 10.30. aku pun call marina mintak dia amik aku. elok je marina dah sampai petronas pt raja, dah boleh kuar lak kereta si f. f drop kan aku kat petronas tu and aku balik dengan marina.

fuh. panjang sungguh perjalanan harini. balik tu, kena sambung kemas bilik lak. tapi aku seronok la shopping dengan f ni. dia boleh layankan je kepala aku nak round berapa juta kali pun. kalau aku buat perangai macam tu dengan ayah aku, memang kirim salam lah. hahaha. harap-harap bakal mak mertua and adek ipar suka kan tudung mereka. bila dah suka tudung tu, boleh la bagi green light ye? hehe. sampai patah kaki aku nak cari warna yang diorang request.

baiklah. aku nak pergi sepahkan bilik aku. pelik rasanya bila bilik kemas sangat. ok, tata!

2 comments:

ween said...

haha. i tergelak2 ok baca post u. siap imagine lg f menyorok blkg u. alahai comelnya korang! :D

thanks for making my day! hilang penat buat assignment lps ketawa.

cik nurulain said...

tlg la jgn imagine die nyorok blakang i. i pon x tgamak nk imagine.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails