Saturday, May 30

1A yang cikgu rindu.


p/s: nama danial memang nakal.sebelah kiri yang duduk atas meja tu nama danial.jari dia kena gunting dengan kawan dia sebab dia nakal.tapi masa amek gambar elok je. =P

omongan tak bermakna~

banyak benda bermain dalam fikiran sebenarnya.ikut hati nak je carutkan segalanya kat blog ni.tapi,hati kata jangan.jari lak penat nak taip.

ada satu perasaan pelik la.tapi tak tau nak describe.serius.da try cari word yang seswai dengan perasaan tu.tapi tak jumpa.sama je macam kes time exam.tiba-tiba blackout tak jumpa word untuk lengkapkan satu definisi yang markahnya cuma 2.tak ke haru tu?

erm,mak asek wat small talks pasal kawin.apakah?time aku ada boyfriend takde lak dia nak cakap pasal tuh.ini yang aku tensi + sedih ni.macam mana kalau aku touchy2 teringat ex aku balik?kan haru mak nak kena pujuk.

masih ngantuks lagi sebenarnya.tapi tak suka tido tengah hari kat umah.semalam camne ntah leh mesej sampai kul 3 pagi.itu pon aku terlelap.kalau tak agaknya sampai kul 5 kut.da la aku tido lewat.pagi-pagi lagi mbak yati da goncang pintu aku.dia kata mak call tapi aku tak angkat.

alahai.lupa da ada hp.ari tu lama takde.da terbiasa gaya hidup takde hp.hikhik..mbak kata mak suh siap nak gi jogging.halamak.aku tak cukup tido nih..ZZzzzZZzzzZZzzZ...

Thursday, May 28

maaf kerna mencela.itu bukan ain.

menggigil aku.
kala ini.
kerna.
tersedu aku mengenang dia.

Ya Allah..

aku masih belum sembuh.
itu lah hakikatnya.
hakikat ini aku sembunyikan dari sahabat-sahabat.
sebab aku kasihan kan mereka.
terpaksa menjaga aku yang terlalu musnah dengan segalanya.
aku mahu kebolehan.
menjaga diri ini.
tanpa mereka.
bantu sapu air mataku.

hakikatnya,
aku masih ingat kan dia.
rindukan dia.
mengira hari aku berpisah dengannya.
ain..kau dah gila!

ya..aku dah gila.
menitis lagi air mata.
kenapa hati ni berat sangat nak lupakan dia?
aku dah diluka.
mengapa masih ada sisa cinta.
untuk dia?

di kesempatan ni,
aku pohon maaf.
atas bahasa aku yang mencela.
dia.
itu bukan aku.
itu bukan ain.

itu cuma ain yang cuba menopeng diri.
dengan topeng kemarahan.
agar dapat lupakan dia.
itu cuma ain yang dikecewa.

hakikatnya,
aku masih tidak mahu.
orang berfikir jahat tentangnya.
kerna aku masih ada sisa sayang padanya.

ain.kau tak boleh seksa diri lagi.
dia sudah tiada.
tapi ain,kau tak boleh tipu diri sendiri.
yang kau masih tak boleh terima.
dia sudah tiada.

untuk sahabatku, faiz dan kash..
terima kasih atas anggapan kalian pada aku.
bahawa aku insan baik.
terasa diri begitu murni mendengarkan itu.
terima kasih atas kepercayaan kalian.

faiz,aku dah pun pohon maaf.aku tau.aku tak patut mencela dia.
aku pernah sayang dia.
dan lagi pula.ain yang baik tidak mencela.
dia buat silap dan menyesal atas silapnya.

dia mintak tolong pada Tuhan.
sebab Tuhan masih sayang dia.
Tuhan dengar rayuan dia.
Tuhan saja yang boleh tolong dia.

Ya Allah,bantu aku hadapi ini semua.
aku tak mahu termusnah dengan segalanya.
Amin.

Wednesday, May 27

Allah uji = Allah sayang *wink*

im free at last..paper abes da..tak sabar nak cuti,nak kosongkan fikiran.macam nak format balik otak ni.sem ni misery untuk aku.things with shai,exams,b.i.g lagi...actually the biggest part cuma si lahanat tu je.eih?aku macam da takde rasa bersalah sebut benda tu?nape ek?hahaha~ coz aku tau he deserve it!

since it ends,macam2 lak yang aku dengar from fellow friends yang rapat dengan aku.buat hati makin sakit!tapi itu yang rapat dengan aku la.kalau yang tak rapat dengan aku tu paham2 je la kan...mesti backing si mangkuk tuh.seriously.susah betul la.

ari tuh time exam,aku jadi jiwa kacau lagi.isk,memang aku menyumpah la mangkuk ni wat aku camni.raja cakap,"ko focus kat exam je ain.shai tu da keje.takde apa dia nak fikir.ko tu yg kena fikir." hurm..betul gak tuh.dia da senang lenang keja,ada pompuan lai sume.aku nak pikir lagi sesalan aku stick dengan dia selama ni?takpela.tak payah kut.kenangan,simpan kemas2 dalam lipatan sejarah.

progress aku sekarang ialah,if aku ingat dia pon.aku da takde rasa sedih.rasa marah ada la sikit.rasa menyesal pon ada.tapi,tak guna pon kan?dia dah hepi.aku stuck dengan emotion aku yang tak pasti ni.macam mana?

tapi..
semalam aku tengok 'SYURGA CINTA'.

seriously aku inspired.eh..betul aku tak tipu.aku rasa betul la.kalau kita beriman dengan qada' dan qadar kita akan redha dengan segala ketentuan Allah.aku nak jadi camtu.aku nak jalani hidup ni dengan redha.wat semua benda yang aku suka.cuba benda baru dan buat lagi banyak kesilapan.supaya aku banyak belajar.aku banyak jatuh.bila aku banyak jatuh.lain kali bila aku jatuh lagi,aku da tau macam mana rasa sakitnya dan da kebal.

kalau tak.aku jadi macam sekarang.tak dapat kawal diri.padahal masalah kecik.ye..aku nak jadi kuat.insyaAllah..lagipon aku memang perlukan perubahan.aku harap aku jadi hamba yang redha lepas ni.apa pon datang,terima dengan redha.Allah nak uji je tu. =)

Monday, May 25

wut goes around. comes around. yeah, its damn true!

malam tadi,
aku syada n min stadi sampai kul 3.30.
ini semua gara-gara paper 'Earth n Space' yang sangat membunuh.
aku minum nescafe.
memang celang la mata aku.

tapi,
bila da kul 3.30 tu aku bersuara..
"korang,da kul bape ni?"
"kul 3.30 da..da la weh..jom tido" kata syada

then aku,min n syada gerak g toilet sama2.
cuci muka n amek wudhu nak solat isyak.
then get ready nak tido.

nurul tido bilek aku.
sebab..aku dengan min stadi situ.
bising.
nurul bagitau syada.
kul 3 dia nak bangun n balik bilek.
dia nak stadi.
tapi kul 3 tu tetap tak nampak batang idung nurul.

before tutup mata,
syada cakap, "kita tak payah kunci pintu la ain..takut nanti nurul nak masuk"
aku iya kan aja sambil cakap , "ok...eh syada,kunci jam.hp aku da mati xde bateri."

ya..itu perkataan terakhir aku b4 tido.
dan yang seterusnya ialah

tragedi.

atau mungkin karma,buat aku.


syada kejut aku dan nurul.
bilik kami dimasuki orang.
syada nampak kelibat orang tu.
tapi dah terlambat,orang tu lagi pantas.

yang hilang..
hp aku,hp nurul.
purse syada,purse nurul.

but later on today,
purse syada jumpa kat ampai blok ujung.
duit memang da xde.
but everything else termasuk kad atm,ic n lesen still ada.

hp aku ilang.
tau tak ape aku rasa?
macam dapat balasan.
Allah bayar cash?

orang lain nasihat aku jangan pikir bukan2.
tapi..
macam mana.
instinct aku kuat kata.
ni balasan pada aku.
kerna apa?
itu bukan bilik aku.
tapi aku turut dirundung malang.

Aku persusahkan lahanat tu
mungkin.

dia teraniaya,
mungkin.

dia berdoa,
mungkin.

doa nya dimakbulkan,
mungkin.

aku dapat balasan sekelip mata.

kalau kalian adalah aku.
dapatkah lari dari memikirkan ini?

sekarang aku dipersusahkan.

Ain, wut goes around, comes around.
its damn true.

Friday, May 22

matlamat hidupku sejak 7 tahun yang lalu.

ini aku perlu lakukan.desperately!

aku perlu tentukan matlamat hidup yang baru.yup..for da past 7 years,he's my reason for everything.

almost.

tapi sekarang itu perlu berubah.memanglah bukan semua cakap dia aku ikut.ada yang aku tak ikut.tapi 'shairazi samsudin' telah menjadi cara hidup aku selama 7 tahun.susah juga aku nak tune balik diri aku.

aku tak hang out dengan membe laki.sebab aku rasa dia tak suka.sebab aku pon tak suka kalau dia hang out dengan membe pompuan even just frens.but opppss...dia buat.and God knows ape relation dia dengan pompuan tu masa kat UNIMAS kan..shit membazir aku setia pada laki camni.aku ingat baru skang hati dia berubah.rupanya da memang macam tu kut perangai dia.cuma aku yang naif dan baik ni yang tak tau sebab aku jauh dengan dia.

dia tak suka aku masuk tarian.hey...aku ikut ok..n buat aku menyesal sangat.masa kat matrik tu.audition untuk join tarian bukan main susah.i manage to get place.tapi?dia tak bagi aku masuk.aku ikut cakap dia.owh!aku memang naif la masa tu.

bila aku tak kuar ke mana-mana,takde la kan dia nak tanya pape.tengah watpe ke.tapi the minute aku cakap nak kuar,mula la dia gelabah.ouh..jangan harap aku nak balik lambat.dia tak marah but he give me silent treatment!tapi kalau dia balik kul 2 kul 3 takpe la kan..

ouh.7 years.the list will definitely goes on..

mangkuk nya aku selama 7 tahun ni.(hurm.aku pon tak pasti since bila dia wat palat kat aku.but it feels like forever!

yesterday.i did sumthing i dun reli proud of.dun have to mention here.but truly, i dun regret it.it prooves im a human.ada hati.ada rasa marah.ada rasa nak balas dendam rather than just sit down lepas dianiaya laki tak guna.sure.it prooves dat im not a good person too just like him.but wut da hell?again..ENUF OF ME BEING AN ANGEL.SICK OF IT!

semalam.aku da hapuskan satu-satu nya cara aku nak hubungi si bastard tuh.so,ape pon jadi pasni,aku da tak kan boleh contact dia lagi.i delete his mum's cell,dad's cell,nabiha's cell,nadiah's cell,his home number,maktok's number.see?his life is my life too.but now i have to erase everything becoz of him.

aunty, ain tau aunty baik pada ain.i noe u never meant to have a son like that.thanx sebab anggap ain macam anak aunty sendiri.thanx for praying for me.i love you for that.thanx sebab pandang tinggi pada ain sebab aunty rasa ain baik.tapi sekarang hati ain da penuh dengan amarah.ain da rasa tak layak dapat kasih sayang aunty lagi.plus,he's your son.buruk mana pon,nothing's gonna change dat fact.

ain tanak aunty gado dengan dia sebab ain.i noe him.he wont approve if he noes uve been contacting me.so im cutting us off.im sorry aunty.i really am.accept da woman of his choice.i noe she wont be that bad for him.coz he's da one who is bad.

i changed my passwords.plural ok not singular.hurm.its a start.a small start for me.

need to figure out new objective in life.focus on study.family.friends.career.i guess?

God,i need strength.

Thursday, May 21

kau sorok kebenaran seolah kau bersubahat sahabat.



seksa.
aku terguris lagi buat sekian kalinya.
aib mu ku jaga.
tapi kau bangga.
kisarkan semua pada mereka.

aku manusia.
aku wanita.
aku ada air muka la celaka!

aku ditipu.
terlalu lama rupanya.
angkara mereka.
yang sangka.
mereka tidak boleh buat apa.

sahabat..sedar tak?
kau buat aku lagi derita dengan merahsia.
dia meraja.
apa kau pikir sahabat?
kau nak jaga apa?

sekarang.
aku rasa macam celaka.
rupanya da lama.
sahabat.
kau nampak tak aku makin derita.
mana ada gembira?

untuk bad,didi dan sahabat lain nya. jika kalian sayang aku sesungguhnya kalian perlu beri aku kebenaran.yang kalian sorok itu pahit.tapi bila basi begini,rasa bagai kalian turut merobek hati aku!ntah la mana lagi kubenci..kalian atau si bangsat itu.



Wednesday, May 20

ouh tidak...dia telah berkahwin!

nak tulis pasal si bangsat tu lagi ke?bosan la...huu..bangsat?amboi...kasarnya bahasa aku...tengok la jap ag..pas da post entry nih...mesti aku nyesal...kebencian aku memang temporary sangat...xmampu nak sustain benci dia...alahai...tadi kata tanak tulis pasal dia?okeh2..tulis pasal lain...

tadi aku nampak abang tu....uuwwaa...rasa nak meraung la...malu!hee...ari tuh aku tekadkan diri g tanya kat kawan abang tu...dasat gila aku...masa sukaneka hari guru tu memang aku usha je abang tu....alahai..minat la kat dia...da lama da aku cam suka tengok dia...

mula2 aku cuma nampak dia around maktab...then first time nmpak character die masa ada pjumpaan dengan BPG pasal pengurusan stress..masa tu la nmpak gaya dia...memang ada karisma...klaka lak tuh...tapi masa tu aku tengah in a relationship dengan si bangsat lagi....so...juz suka tengok jela...ari tu masa ari guru mcm tgerak je nak kenal abang tu...

syada tau aku minat abang tu...masa kat padang tuh...syada terdengar abang tuh cakap sumthing dengan classmate pompuan dia membuat kan curiosity aku membuak2...

akak X: weih F***** ko tak pegi main ke tadi?
abang F: main?aku da 2 bulan tak main la...hahahaha..
akak X: aku kata main konda-kondi la...

lantas syada melaporkan kepada aku...kami syak abang tersebut telah berkahwin...aku sedikit hampa...tapi perkara itu belum dapat dipastikan lagi....

pastu aku g beli makanan kat cafe bersama rakan-rakan..dari kejauhan aku nampak kawan abang F sedang berjalan menyusuri tepi cafe nak balik hostel...common sense aku yang menggila tiba-tiba menggerakkan aku untuk berlari mengejar abang tersebut....

termengah-mengah aku mengejar abang itu.kemudian terus bertanya...

aku: abang, abang kawan dengan abang F***** kan?
abangX: haah ye...nape ni?kesian die berlari...
aku:abang,abang F***** tu da kawin eh bang?
abangX:haah ye...nape?die ngurat eh?
aku: (muka hampa tak dapat disembunyikan) eh...takla...takde pe..abang jangan bagitau dia ye...


uuuwaaaa....da kawin!neway walaupun adalah bodoh untuk aku percaya yang abang tersebut tidak memberitahu abang F***** tentang insiden itu.aku yakin abang itu jujur mengotakan janjinya sebab lepas insiden tu...bila nampak abang x bersama abang F***** di mana-mana,abang F***** tidak menunjukkan apa2 tanda seperti mengenaliku...

Fuh....nasib baik....alahai abang F bukan jodoh antara kita la agaknya..hahaha...

sekian cerita bongek lagi sejak aku bergelar *single*

Sunday, May 17

enuf of me being an angel!


bukan kecewa dipinggirkan,
aku kecewa tiada kejujuran..
bukan bersedih disakiti,
teramat pedih diri dikhianati..


masih lagi..hati aku bagai dirobek2 memikirkan hubungan ini yang telah berakhir...rasa macam tak percaya semua ini jadi pada aku..apa salah aku?apa dosa aku?selama ini aku sang setia..hei..kau ingat kau je perlu berhadapan dengan temptation?aku ni pompuan tak laku?tak cantik?eh...aku pun pernah diuji la..aku pun pernah keliru la...tapi pernah aku mengkhianati?pernah aku beralih arah?pernah aku jadikan perkara lain sebagai alasan?tak pernah!kau buat aku rasa bodoh!kau dah kenal dia lama sebelum kita berantakan...memang telah hadir dia dalam hidup kau...dalam hati kau...kau memula membanding dalam diam...kau jahat dalam diam...kejam dalam tak nampak!selama ni aku fikir kau lelaki baik...tapi nyata aku salah...kerna mengakhiri ini pun kau dah bukti kan kau lelaki tak ada hati!tak ada peri!sungguh aku menyesal pernah pilih kau dulu..aku da penat jadi baik..bila aku jadi baik,aku lemah rasa dianiayai...im tired of being angel!enuf acting all good..it doesnt work for me...macam raja cakap...

"Alah ain,ni bukan lagi zaman orang setia pada cinta"

bullshit!memang dalam dunia ni agaknya nisbah yang baik...yang setia...yang pegang pada janji tu sangat sedikit...biarlah...manusia tu ada bahagian baik dan buruknya...kau silap buat aku begini sebab kau dah rangsang bahagian buruk aku!you'll c a devil...coz u're asking 4 it...thanx 4 all da memories...thanx ajar aku apa itu cinta...tapi thanx jugak sebab ajar aku apa itu pengkhianatan...dan apa itu benci dan dendam...

Friday, May 15

Gara-gara nyanyian sumbang aku jadi tersohor!

kejadian ni berlaku tak silap aku kelmarin...membuat aku rasa dah taknak idup lagi di muka bumi IPTHO ni...argh!!!rasa nya ini first time aku say out loud nama haiwan yang najis mughallazah' tu...

waktu tu aku dengan syada,baru je lps draw duet kt bsn...then kitowang pun bergerak ke 7E untuk membeli roti...masa tu aku memang pakai T-shirt maktab...masa aku dengan syada jalan kuar 7E tu aku nampak satu keta kancil ni memang student maktab...budak junior...

yg sowang ni nampak aku...then dia cuit2 kawan kat belakang n yang lain2 dalam keta tu...ntah kenapa dalam hati aku dah tau da ape yang bakal diowang cakapkan...aku baca gerak bibir mamat yang first sekali nampak aku...die sebut... "STARLIGHT!"

"BABI!" perkh...aku tak percaya aku boleh tercakap dengan kuat nya words tuh...selama ni aku asek tegur students..."jangan cakap camtu...tak baik tau..." atau pun.... "Girls..boys...mind your language..." tiba2 aku lak bole terlepas cakap camtu...memang aku geram la...sebab even aku da masuk keta pun...diowang still pandang2 and mcm tengah cakap pasal peristiwa malam tu...memang shit la suara aku sumbang malam tuh!

ni bukan first time kut kejadian ni jadi...tuh yang aku cam angin je...ari tu lagi la...kat cafe lagi...nasib baik masa tu aku tak terlepas cakap yang bukan2....eh...nasib baik la aku ni aku....agaknya kalau orang lain dah tak tau mana nak sorok muka dah....masalah nya...orang yang tak tengok battle of da band malam tu pon bole tau pasal tu...si Ijoy la....Ijoy tu okeh lagi...ni cik Bob pun sama...padahal masa battle of da band tu dia kursus kat PD...memang siot tahap cipan la!!!!

Friday, May 8

berilah aku kemampuan untuk membenci...

rasanya..da jadi hobi aku menghitung hari ni...apa la nak jadi...aku pun tak paham nape aku tak bole let go je...dia da ada yang lain...apa la bodohnya nak pikir lagi pasal dia...rasa macam nak hantuk kepala kat dinding...biar hilang ingatan...biar tak ingat apa-apa lagi termasuk kesakitan ni...nape aku takde upaya nak sumpah n benci dia ha?nape aku baik sangat?aku tengok kawan-kawan yang lain...walaupun diorang sendiri yang mintak break tapi tetap memaki ex tu...tapi aku?nape?dia ada pompuan lain baru 2minggu break..nampak sangat hubungan tu da bermula lebih awal...dia siap bagitau aku..tak mintak maaf pon atas apa yang dah berlaku...aku ni gila ke apa?nape aku tak boleh memaki dia?sayang lagi ke aku pada dia?haih....hidup kena diteruskan...tapi macam mana nak rawat luka dihati tu?aku tak habis-habis sedih...pathetic!

hari ni nak balik rumah...tak pasti lagi apa akan jadi....tak sanggup tengok muka mak n ayah...mesti diorang sedih kalau tengok aku sedih....aku rasa mak ayah aku memang dah memaki dia...Ya Allah...dosa ke kalau aku doakan dia dapat balasan atas perbuatan dia?nape aku takut untuk memaki dia?nape tulus sangat hati aku...nak juga aku benci dia...marah dia...sumpah dia...tapi tak mampu...dugaan apa aku perlu tempuh ni?sudah lah dilukai,tapi tak mampu untuk membenci...

Tuesday, May 5

bodohnya aku...

ntah akan ada brapa entri tentang aku yang patah hati....tak henti2 aku rasa yg diri aku ni bodoh...byk dah owang bagi aku semangat utk lupakan dia...move on..tapi nape aku tak mampu?

"ain..nape lemah sangat kau ni?dia dah ada yg lain...sikit pon x pikir pasal kau..."

7tahun...itu je yang boleh aku cakap...dengan dia ni...nak benci pun macam benci mak, ayah,adik2...kronik ke kalau aku cakap aku masih tak mampu benci walaupun tau dia dah ada yg lain?bodohnya ain...betapa aku dah bgantung pada dia terlalu lama....tak mampu nak let go..

haih...tadi mak dia call...sebak la aku...baru nak try jadi kuat...tapi gugur gak air mata ni...terharu dengan sokongan mak dia...tapi ntah la...betul ke aku nak terima dia andainya dia berpatah balik setelah apa dia buat pada aku?mak ayah memang dah tak nak dengar pasal dia lagi rasa nya...

Ya Allah...perit nya nak aku telan semua ni...macam mana nak lupa kan dia?semuanya mengingatkan aku pada dia...dan tak pernah aku bayangkan masa depan aku selain dengan dia...tiba2 begini pengakhirannya..aku tak tau apa langkah seterusnya...aku betul2 buntu...

aku dan dia berakhir tanpa sempat aku tatap wajahnya kali terakhir....tanpa sempat aku cium tangannya buat kali terakhir...menitis lagi air mata yang aku tahan2 sedari tadi...aku rindu dia sangat...sebelum berakhirnya ini semua aku rindu dia...tak sempat jumpa,segalanya telah ternoktah olehnya tanpa sebarang sisa sayang....

tunjukkan aku jalan yang benar....kuatkan aku untuk terima ketentuan Mu...rasa kasih itu Kau yang turunkan...selayaknya Kau tarik kembali agar hilang perit ini....

"ain....jangan jadi bodoh...mana ego kau ain?nape kau jadi pathetic sangat ni...."

aku masih lemah...tak berdaya...Ya Allah...lindungi aku....kala ini aku mahu berada bawah lindunganMu kerana hati ini sangat rapuh...

Monday, May 4

04.05.2009

ini tarikh nya...
aku dapat tahu,bukan aku punca hati kau berubah..
tapi orang lain yang wujud di hati kau...
memang kau tak akan mengaku...
kau jumpa perempuan tu masa masih bersama aku...
kau sudah tertarik dengan nya semasa masih terikat dengan aku...

begitu mudah hati berpaling...
rupanya,ini semua hanya alasan...2 minggu bukan lama...
kau sudah mampu mengganti aku...memang sudah ku agak dalam hatimu,
bertakhta insan lain...

kini,aku tak mahu lagi menagisi...
kerna sesungguhnya..aku sang setia...
tetap dengan sayang padamu...tapi kau berubah dengan mudah...
7 tahun bersama kau persia...

Ya...kau dah berubah...kau bukan yang ku kenal dulu...
dengan sewenangnya cintaku kau campakkan...
mengapa dari awal tak kau terang kan yang hatimu disunting orang lain?
kini aku tahu...
yang jahat itu bukan aku...
tapi kau yang tak mengenal setiaku...

mungkin aku bukan untukmu...
tapi apa yang kau perlakukan padaku..kejam...
bukan ini cara nya mengakhir cinta...
yang telah 7 tahun dilayari bersama...

kau tinggalkan aku tertanya2...
hingga aku tergamak menyalahkan diri sendiri...
baru kini kau nyatakan...
kau sudah punya yang lain...
itu bohong..kerna aku tau ia bukan baru...
ia telah bermula sejak retaknya kita...

ingatlah...hidup ini bagai roda...
suatu hari kau kan rasa...
cuma yang tak pastinya bila...

aku harap kau bahagia...
selagi ada...
kerna nanti kau akan derita...
dek lakumu yang menyengsara..

-aku masih yang kau kenal dulu,tapi kau bukan lagi yang kucinta dulu-


Friday, May 1

aku lemah..aku jahil...tanpa bimbingan dari-Mu

segalanya mengingatkan aku padanya...bilakah rasa ini akan hilang...patutkah aku lupakan saja atau terus berusaha....kucuba keras melupakannya...namun seberapa jauh kulari...aku masih dikejar kenangan bersamanya...di kala hati dirundung buntu sentiasa aku panjatkan doa pada yang maha Esa...kerna aku tahu...hanya Dia mampu ubah segalanya...tidak aku...tidak juga dia...semua terpulang pada ketentuan Ilahi...memang aku malu...berdoa...meminta-minta pabila susah...tapi pabila senang...leka...tapi aku tetap tahu...tiada tempat lebih tenang melainkan di sisiNya....hatiku berbisik...mungkin dia bukan untukku...tapi ntah mengapa...hati masih degil mahu menunggu..

"hei ain..ko bukan wanita tabah la....jangan mimpi mahu menunggu dia.."


tapi hati masih tertancap padanya...ingatan sukar dipadam...bagaimana harus kulepas saja?lelah aku dengan rasa ini...Ya Allah...berikan aku petunjuk...aku lemah...aku jahil...jangan kaburkan aku dengan godaan syaitan....memang di waktu susah...syaitan juga menghampiri...aku tak mahu tersalahtafsir...pelihara lah aku dari bisikan syaitan....tunjukkan aku apa yang terbaik untukku....InsyaAllah...aku akan cuba menerima ketentuan dariMU....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails