Monday, September 27

nak kemana kamu SEMUA? jangan sampai bangunkan NAGA!

aku tau, tindakan aku ni kurang wajar. terlampau kurang wajar sebab aku baru lepas kena marah dengan F. marah ke? kira marah lah tu. dek kerana kereta DBJ9596 tu happening sangat, aku sampai tak ingat dunia and tak check langsung hp aku. dahlah jam dah cecah kul 11, aku tak sampai maktab lagi, walhal kena masuk before 10.30. then F call tak angkat, mesej tak berbalas. lantas dia gunakan talian hayat dia-nenek marina. lantas, barulah aku sedar tahap ignorance aku terhadap hp aku.

lepas tu baru lah terkedek-kedek nak call F and say sorry bagai. huh! nasi dah jadi bubur ain. segalanya sudah terlambat. tiada maaf bagimu. F pun dan dan terus nak tidur. bengang dengan aku lah tu. terima jelah, nak buat macam mana? siapa suruh aku mengabaikan hp aku. terlajak perahu boleh diundur ain. selama ni F cool je, ini balasan kau? air yang tenang jangan disangka tiada NAGA ye kawan-kawan. hahaha. haish, kenapa macam terlalu banyak pepatah ni?

haih, dah 2 hari aku tak simpan-dalam-sentuh dengan dunia maya aku. bila tengok entri lama, nafsu terus membuak-buak nak update baru. macam sial je perangai. padahal AR tak betulkan lagi, assignment dr mimah pun tak settle lagi. ah, duniawi je tu semua. hahaha.

budak-budak ni semua mesti dah selamat beradu. penat siot. jalan kat melaka semua sibuk nak pecut, nak lead kat depan. tapi time balik sume carik helah nak duduk belakang sekali sebab taknak menjawab kat pak guard kenapa balik lambat. tak boleh blah siap terpusing-pusing kat pura kencana. bangang! and by the time diorang baca entri ni esok mesti diorang cakap aku semangat gila terus update. tapi aku kena terus menaip sementara tengah ingat ni. kalau tak, memang terus burn lah entry tentang konvoi raya 2010 ni. 

aku rasa weekends ni aku bernasib baik sesangat sebab perut aku memang cooperative gila-gila. takde pun dia nak meragam and buat hal bagai. senang jaga lah perut i ni! kalau lah boleh bagi award kat perut sendiri, memang aku dah bagi weh. hahahah. ouh, pundi kencing aku pun cooperative gak. kalau tak, mesti konvoi raya ni akan jadi disasterous. syabas kalian.

ahli kongsi gelap hari ni menggamatkan. walaupun cuma 2 rumah je pergi tapi bagai nak terbalik myvi syada tu dikerjakan kitorang. walaupun permulaan hari adalah sedikit bongek sebab nak pegi rumah aku boleh tersesat sampai ke danga bay, tapi pada akhirnya, bongek jugak sebab nak masuk ke simpang ke kulai tu 2 kali u-turn. apakah bongek bebenor? sekali dah terlepas, kali kedua dah pusing terlepas lagi, aku memang tak boleh terima kenyataan.

 ini kat teratak hamba. heheheh. lihatlah bonda serta ayahandaku yang comel di tengah-tengah itu. ;)


sambil mengharungi perjalanan malam yang panjang, ahli kongsi gelap aku: abang cantik selaku driver kehormat, selebriti 'senyuman gadis kelantan' selaku co-driver dan pakej mardol (marda+dodol) telah mendengar segmen suria cinta @ suria fm. aktivitinya sedikit keji tapi menyeronokkan. hahaha. tak boleh blah lah dj tu. orang lain punya mesej jiwang dia pulak yang lebih-lebih. aku rasa dia tambah-tambah je ayat kat mesej yang orang hantar tu. kalau tak, macam mana boleh lancar gila dia baca. aktiviti itu diselangi dengan nyanyian karaoke berkumpulan. tak tau lirik tak apa, kita taram sajalah. kalau dah cukup latihan, nanti jangan lupa mengunjungi karaoke keluarga ye. test market sket. haha.

 rakan kongsi gelap

aku juga telah membuat penemuan baru iaitu sambil tidur orang boleh menyanyi. spesimen kajian aku adalah marda. ye, marda sorang. eh takpelah subjek aku sorang je. bad boleh wat research guna sorang subjek and dapat pujian gila-gila, takkan aku tak boleh weh? eh, come on ah. hahaha. dah ah tahun ni berjaya raya kat umah bad. anyway, just when i thought she has already fall asleep long ago, tetiba terdengar suara sayup-sayup menyanyi mengiringi lagu britney spears kat radio. tapi bila pandang sebelah mata macam tertutup. apakah?

 di rumah bad: abang cantik cuba mengangkat afiq dengan sepebuh kudrat yang ada. berjayakah?


 ok, alhamdulillah berjaya. tapi cuba fokus pada syada pula sekarang.


 ini aksi syada cuba 'mengangkat' diri sendiri. don't try this at home. haha.


walaupun yang join konvoi ni 13 orang je tetap havoc woi. yang tak join tu, nak buat macam mana kan? yang dah kahwin tu ada tanggungjawab lain. tak dapek den nak menghalangnyo. belek lah bini/ laki tu puas-puas ye. kitorang yang belum kahwin ni jelah yang memeriahkan konvoi raya dengan Pn Melati sekelurga.

alah. aku ni memang tak reti nak buat laporan aktiviti ni. entri aku kan selalu merapu je lebih. so aku tak reti nak compressedkan aktiviti 2 hari aku ni dalam 1 entry je. so, siapa yang kenal aku nanti layan gambar kat facebook jelah. yang tak kenal aku? mesti orang tu tak berminat pun nak tau pasal konvoi raya ni. so blah jelah senyap-senyap. hahaha.



p/s: d, jangan marah lama-lama, nanti b belanja aiskrim. :)

4 comments:

dania said...

huh! sengalnyer ain. segmen lawak ko x mskkn ker? he2.

cik nurulain said...

hakhak~ nanti tak lawak, susah lak. akhirnya lawak ko diapprove marda.

Anonymous said...

ehem2.. (clear throat)

umah anak buah ayah die byk itik.. kasik mkn kambing..

samanosuke_04 said...

hehe, terlambat update ker terlambat beraya kat umah orang nie? hohoh..

lek rr.. laki tak majuk lama.. kejap lg ok rr tue..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails