lepas tu baru lah terkedek-kedek nak call F and say sorry bagai. huh! nasi dah jadi bubur ain. segalanya sudah terlambat. tiada maaf bagimu. F pun dan dan terus nak tidur. bengang dengan aku lah tu. terima jelah, nak buat macam mana? siapa suruh aku mengabaikan hp aku. terlajak perahu boleh diundur ain. selama ni F cool je, ini balasan kau? air yang tenang jangan disangka tiada NAGA ye kawan-kawan. hahaha. haish, kenapa macam terlalu banyak pepatah ni?
haih, dah 2 hari aku tak simpan-dalam-sentuh dengan dunia maya aku. bila tengok entri lama, nafsu terus membuak-buak nak update baru. macam sial je perangai. padahal AR tak betulkan lagi, assignment dr mimah pun tak settle lagi. ah, duniawi je tu semua. hahaha.
budak-budak ni semua mesti dah selamat beradu. penat siot. jalan kat melaka semua sibuk nak pecut, nak lead kat depan. tapi time balik sume carik helah nak duduk belakang sekali sebab taknak menjawab kat pak guard kenapa balik lambat. tak boleh blah siap terpusing-pusing kat pura kencana. bangang! and by the time diorang baca entri ni esok mesti diorang cakap aku semangat gila terus update. tapi aku kena terus menaip sementara tengah ingat ni. kalau tak, memang terus burn lah entry tentang konvoi raya 2010 ni.
aku rasa weekends ni aku bernasib baik sesangat sebab perut aku memang cooperative gila-gila. takde pun dia nak meragam and buat hal bagai. senang jaga lah perut i ni! kalau lah boleh bagi award kat perut sendiri, memang aku dah bagi weh. hahahah. ouh, pundi kencing aku pun cooperative gak. kalau tak, mesti konvoi raya ni akan jadi disasterous. syabas kalian.
ahli kongsi gelap hari ni menggamatkan. walaupun cuma 2 rumah je pergi tapi bagai nak terbalik myvi syada tu dikerjakan kitorang. walaupun permulaan hari adalah sedikit bongek sebab nak pegi rumah aku boleh tersesat sampai ke danga bay, tapi pada akhirnya, bongek jugak sebab nak masuk ke simpang ke kulai tu 2 kali u-turn. apakah bongek bebenor? sekali dah terlepas, kali kedua dah pusing terlepas lagi, aku memang tak boleh terima kenyataan.
ini kat teratak hamba. heheheh. lihatlah bonda serta ayahandaku yang comel di tengah-tengah itu. ;)
sambil mengharungi perjalanan malam yang panjang, ahli kongsi gelap aku: abang cantik selaku driver kehormat, selebriti 'senyuman gadis kelantan' selaku co-driver dan pakej mardol (marda+dodol) telah mendengar segmen suria cinta @ suria fm. aktivitinya sedikit keji tapi menyeronokkan. hahaha. tak boleh blah lah dj tu. orang lain punya mesej jiwang dia pulak yang lebih-lebih. aku rasa dia tambah-tambah je ayat kat mesej yang orang hantar tu. kalau tak, macam mana boleh lancar gila dia baca. aktiviti itu diselangi dengan nyanyian karaoke berkumpulan. tak tau lirik tak apa, kita taram sajalah. kalau dah cukup latihan, nanti jangan lupa mengunjungi karaoke keluarga ye. test market sket. haha.
rakan kongsi gelap
aku juga telah membuat penemuan baru iaitu sambil tidur orang boleh menyanyi. spesimen kajian aku adalah marda. ye, marda sorang. eh takpelah subjek aku sorang je. bad boleh wat research guna sorang subjek and dapat pujian gila-gila, takkan aku tak boleh weh? eh, come on ah. hahaha. dah ah tahun ni berjaya raya kat umah bad. anyway, just when i thought she has already fall asleep long ago, tetiba terdengar suara sayup-sayup menyanyi mengiringi lagu britney spears kat radio. tapi bila pandang sebelah mata macam tertutup. apakah?
di rumah bad: abang cantik cuba mengangkat afiq dengan sepebuh kudrat yang ada. berjayakah?
ok, alhamdulillah berjaya. tapi cuba fokus pada syada pula sekarang.
ini aksi syada cuba 'mengangkat' diri sendiri. don't try this at home. haha.
alah. aku ni memang tak reti nak buat laporan aktiviti ni. entri aku kan selalu merapu je lebih. so aku tak reti nak compressedkan aktiviti 2 hari aku ni dalam 1 entry je. so, siapa yang kenal aku nanti layan gambar kat facebook jelah. yang tak kenal aku? mesti orang tu tak berminat pun nak tau pasal konvoi raya ni. so blah jelah senyap-senyap. hahaha.
p/s: d, jangan marah lama-lama, nanti b belanja aiskrim. :)
4 comments:
huh! sengalnyer ain. segmen lawak ko x mskkn ker? he2.
hakhak~ nanti tak lawak, susah lak. akhirnya lawak ko diapprove marda.
ehem2.. (clear throat)
umah anak buah ayah die byk itik.. kasik mkn kambing..
hehe, terlambat update ker terlambat beraya kat umah orang nie? hohoh..
lek rr.. laki tak majuk lama.. kejap lg ok rr tue..
Post a Comment