Sunday, October 3

hari ini dan semalam episod 2.

SEMALAM [01.10.2010]




ok, mari aku sambung percecehan aku yang tertangguh. ouh, entri ni ada soundtrack untuk merancak kan lagi pembacaan. hahaha. OVER! hahahahaha. siap ada episod tu, tak boleh blah. semalam, pada sebelah pagi tak berapa menarik sangat. yang menarik cumalah kelas dibatalkan sebab Dr Hamimah ada jamuan apa ntah. well, bagi pelajar-malas-report-tak-siap-lagi seperti aku, tiada yang lebih menggembirakan selain tiada kelas. hip hip, HOORaY!

tapi usaha keras aku iron baju kurung takkan di sia-siakan sebab petang nya aku nak gi open house rumah kak fazlina. wow wee, makan free! memang aku lenjan jelah baju kurung yang dah pakai pagi tadi. takde kuasa aku nak tukar baju lain. awi mumula macam nak tukar baju lain. last-last aku tengok, baju tak jadi gi kelas pagi tadi gak yang dia sarung. aku tak pernah [ergi rumah kak fazlina tu, tapi ahamdulillah, senang lah plak carik rumah dia. biasa lah, makanan free yang lazat menyeru-nyeru nama aku, tu yang terpanggil ke rumah kak fazlina tu.

dah lah datang saing saing dengan GB. berjodoh betul kitorang dengan Hj Hamin tu. cantik siot rumah kak fazlina. tapi marina pernah cakap, rumah cikgu memang cantik-cantik. diakui juga oleh awi. sebab dia compare kan rumah akak dia yang cikgu dengan doktor. boleh lak wat comparison sebegitu ek?

 attire kami ke open house. masa open house tak boleh menggedikx amik gamba sebab ada Hamin. :P

selesai mentekedarah, aku dan awi yang ayu berbaju kurung, dengan kejituan yang amat tinggi nak join bebudak ni jamming. ya, jamming ok. dengan baju kurung. ok, Anna Raffali 1! hahahahaha. tapi malang sekali, tempat jamming kat bus stand tu tutup. haik? raya lagi ke cina tu? sebok je dia, orang raya, dia pun raya. tempat jamming lain macam tak lazat, and kalau ada pun yang lazat, mungkin lebih mahal. jadi diorang [nenek serta bapak, mardol, abang cantik, riyan and nurul] membatalkan niat berjamming.

khabarnya tentatif ditukar kepada program berkaraoke. oh tidak! karaoke lagi? hahahaha. aku on saja. konon nya nak try karaoke keluarga yang baru bukak deret kedai kak leha tu. selalu nampak ca ya nun alif je keluau masuk. so, mereka mereka pun saja nak test market. sekali tengok harga, macam gerun lah pulak. dah lah kira kepala, bukan kira bilik. konsep dia ala-ala redbox/ greenbox lah gitu. ada bagi makan rasanya.


 hoi! muka aku nampak besar siot.


 tengok aku gila kuasa pegang mic.


kalau 9 orang dah berapa tu weh? perkh, potong leher lah. dah lah si riyan dengan aizat tu bukan kaki karaoke, memang tak lah kan diorang nak bayar rm16 semata untuk masuk je. so, venue pun ditukarkan. kitorang terus menyerbu square 1. karaoke bilik yang sejam rm12 tu full lah pulak. sementara tunggu ada bilik kosong diorang main game kereta dengan motor kat arked sebelah.

settle karaoke, kami berpecah. mardol nak gi tuisyen jadi diorang balik hostel dulu. si muzamir lak, ntah lah ek, aku tak tau dia nak gi mana. main bola kut.  so, muzamir and mardol balik sementara yang lain gi semayang sebab lepas tu nak terus gi pasar malam. hari jumaat kan?

settle semayang, nak gerak gi pasar malam. otak gila si riyan nad nasyrul boleh cadangkan nak gi pasar malam senggarang lak. oi oi, 30 minit perjalanan tu oi, setakat nak gi pasar malam je pun. tapi semua pun layankan je idea budak 2 ekor tu. kitorang ber6 meng'compressed'kan diri dalam kereta nurul. ni semua riyan lah, konon nak tengok suasana lain. apakah?

dah lah lama gila journey dalam kereta, tapi aku setakat beli kueytiaw, air jagung dengan paru je. wah. BERBALOI sungguh. mumula macam nak beli seluar tido yang cam comel ada gambar haiwan-hawan, fuh nampak macam cossy gitu apabila dipakai. tapi bila dah jalan, malas nak pusing balik gi cari gerai jual seluar tido yang yummy tu. so end up, hasil pembelian aku cuma lah air jagung, kueytiaw serta paru.

jam dah nak kul 8 jadi encik driver iaitu abang cantik berhenti kat masjid untuk menunaikan solat maghrib. masa kat masjid tu lah dapat mesej dari muzamir. dia kata apa plan lepas ni? apa-apa roger dia, dia dah siap dah. dah siap? apakah? mesti dia dah mandi. kuang ajo betul. kitorang ni duk berlengas-lengas tak mandi, aku and awi dengan baju kurung lagi. dia elok je dah segar-segar, wangi.

walaupun berlengas seluruh badan dan muka juga dah boleh goreng telur tapi nampak nya semua orang pun seperti tak mahu balik. hentian seterusnya ialah dataran penggaram. apa aktiviti di situ? kitorang ala-ala berkelah di malam hari. duduk kat pondok yang ada pastu makan makanan yang beli kat pasar malam senggarang tadi. klasik sungguh. nasib baik tak bawak tikar, kalau tak memang aku dah bentang kat tengah padang rumput. baru lah feel picnic memalam.


mari berpicnic di dalam gelap!


boleh masuk bersamamu tak? sadis gila dengan pakai torchlight hp nya.

sambil berpicnic, kitorang berborak tentang karakter budak kelas yang kelakar and bengong. hahahaha. tak sangka. dah 5 tahun. rasanya setiap sekor tu dah boleh kenal luar dalam. kalau orang dah kahwin, anak dah 3  kut. sekejap je lagi masa yang tinggal nak hang out dengan setans-setans tu semua. hahahahaha.

hari aku diakhiri dengan pencarian cd hindustan kat carrefour. hampa, tak jumpa cd yang dikehendaki. lepas tu aku terus balik, tapi marina gigih gila gi singgah bp mall lak cari kat situ. tapi, still tak jumpa gak. uwaaaa...HAMPA. tak dapat nak layan cerita hindustan.

baiklah. SEMALAM berakhir dengan kepenatan yang amat. lepas mandi and lepak jap bilik nenek aku balik untuk menidurkan diri. lagipun keesokan hari aku kena bangun pagi nak balik jb.


ini adalah antara geng ronggeng hari ni. yang muka paling besar tu tukang amik gambar. tiada dalam gambar ialah nenek marina, bapak muzamir serta nurul.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails