Sunday, October 3

hari ini dan semalam episod akhir.

HARI INI [02.03.2010]

ok. aku baru bangun dari tido yang memenatkan. terus menyesal bazirkan masa dengan tido sebab tak buat kerja lagi. rasa menyesal sampai nak nangis. hahahaha. takde makna nya. kalau rasa menyesal sampai nak nangis, apa kejadah aku buat menaip entry ni kan?

pagi sabtu sangat indah sebab tak payah berkejar nak ke kelas ke apa ntah. tidur sangat enak. tapi memikirkan kena balik jb, aku gagahkan jua bangun. minggu ni ada pesta permainan katanya. budak-budak ni cakap kalau nak keluar waktu sekarang memang pak guard tak kasi lepas. ah. malas aku nak pikir.

aku mandi siap-siap. mandi pun enak jua sebab semua orang masih tidur tak payah aku nak berebut dengan sesiapa especially dengan spesis mandi lama macam awi. lepas tu aku pack sikit-sikit barang yang macam dah tak ada function di maktab lagi seperti seluar pengakap. hahaha. mesti lah kena kemas sikit barang weh. takkan hujung sem ni baru terkedek-kedek nak angkut guna JKX7812 aku tu. memang senget sebelah lah makhluk tu nanti.

masa aku tengah panaskan enjin kereta tu, aku tengok jam dalam kul 9.40 pagi. dalam hati aku, "lepas ke aku nak keluar ni?" tapi taram jelah. karang kalau lambat sampai, ayah ngamuk lak. ayah suka cakap aku ni suka berlengah. so, dengan jitu sekali aku drive ke depan.

ouh seperti sangkaan aku, pak guard tak kasi keluar sambil tunjuk notis pesta permainan kat aku. ada satu pakcik tu buat muka ketat. menyampah aku. rilek ah. macam lah aku sorang je buat perangai nak balik. aku tipu diorang, aku cakap "alah....saya dah main lah semalam" tapi diorang pedulik hape? diorang kata arahan nya 2 hari memang tak boleh balik. lepas tu kalau nak keluar gak, HEP nak amik nama.

aku tengok ada list name. aku malas nak argue-argue lagi kat situ. aku pun tulis je nama. then aku selak mukasurat belakang. aku cakap,  

"takde pun nama min" masa ni aku macam membentak tak puasa hati.  

"siapa?"  

"min, SITI AMINAH. nape tak ada pun nama dia?"    

"kenapa dengan min tu? dia dah balik ke?"

" dah kut. mustahil lah dia ada lagi kat hostel"   
 
"mungkin dia balik semalam kut" 
 
"oh? kalau macam tu saya pun boleh balik semalam"

lepas tu aku terus blah sambil menjeling, malas aku nak layan. lantak ah. nak amik nama sangat, amik lah.

aku balik tu mak ayah bukan ada kat rumah. diorang dah gi marhaban kat pasir gudang. aku pun pergi McD drive through nak beli something. macam mengkesiankan gila ek hidup aku ni? abis nak buat macam mana, pandai-pandailah cari makan. aku kurang percaya yang bibik tu akan masak bila mak ayah tak ada kat umah. daripada aku kebuluran, baik aku beli McD terus.

sampai rumah terus aku meluru gi bilik ayah dengan makanan yang aku dah beli. aku tutup pintu, pasang aircond, buka TV2 cerita hindustan and terus melantak. perkh memang buruk laku siot. tapi aku bosan dan lapar. itu jelah aktiviti yang boleh aku lakukan. sedang aku menikmati santapan tengah hari aku, ayah lak call. ayah mintak aku amik kereta mak dah siap servis kat toyota. mak suruh busu hantar kan aku tapi macam mana weh? busu aku tak ada kat rumah.

bila tau busu tak ada, mak menyeru aku supaya naik teksi. what??????????????naik teksi. adui lah. dah berapa kurun seh aku tak naik kenderaan awam. mumula tu aku macam banyak merungut. pastu ayah macam nak merajuk ayah cakap takpelah nanti ayah amik sendiri. ah, menyampah gila guna taktik macam ni. nak tak nak terpaksa aku amik teksi gi pusat servis tu.

rumah aku kat suria 1, aku menapak ke suria utama sebab kat situ teksi selalu lalu. dalam hati berdebar je sebab dah lama siot tak naik teksi. lepas tu aku doa gak supaya aku tak payah tercongok lama kat situ. tempat tu bukan best sangat untuk menunggu teksi. panas! tak lama aku tunggu, aku nampak kelibat teksi. aku pun tahan lah.

sekali aku masuk, guess who drives the taxi? hahahahahaha. pakcik aku daaaaaa! what a coincidence. dalam aku cuak-cuak dah lama tak naik teksi, ternaik teksi pakcik aku lak. memang lah aku naik teksi tu dengan hati yang lapang kan. aku bagitau ayah pun, ayah gelak je.

sampai-sampai je kat tempat servis tu, aku terus settle kan payment and ami kereta. tetiba teringat kak leha ajak gi open house rumah akak dia. aku call dila, nak ajak dia gi sekali. tapi dia busy dengan practise pantun lak. *hampa* nampak gaya nya kena lah aku gi sorang. aku call syada and kak leha. macam-macam kut aku tanya. "siapa yang ada?" "boleh ke pakai baju biasa?" "makanan apa yang ada?" eh, macam-macam lah. bila syada cakap orang lain pakai t-shirt je, aku pun lega. hahaha. aku cakap lah yang aku bawak je rush mak aku sebab baru balik dari tempat servis. boleh lak minah tu nganjing, "wiwit...orang kaya..." hahahaha sengal seh.

kak leha and syada fetch aku kat masjid kg melayu sebab aku tak tau direction gi rumah akak kak leha tu. hahaha. syada and kak leha je over pakai baju kurung. orang lain pakai t-shirt je. so, tiba-tiba aku rasa aku lagi belong there daripada syada and kak leha. hahaha. banyak makanan lazat di situ seperti soto, mihun serta sate. aku pun makan dengan enak nya. syada makan lagi satu trip teman aku makan. tak padan dengan bibir berbirat minah tu.

sesudah makan, aku pun pulang ke rumah. haih, balik tu kena layan tetamu datang beraya lak. woi, non-stop jadual aku hari ni. malam lak aku kena paksa ikut beraya rumah kawan-kawan ayah lak. apekah motif ayah aku pun tak mengerti. tapi aku layan kan je. kalau tak malam tu ayah nak balik kampung and nak heret aku sekali. tapi aku berjaya menepis. aku cakap aku penat, kalau duk rumah nenek takleh rehat. perkh, jitu gila aku menuturkan alasan aku. ayah muka tak boleh blah je dengar alasan aku.

tapi betul lah weh. aku penat hujung minggu nak bersantai. kat rumah ada bibik. kalau kat kampung mesti kena tolong masak, basuh pinggan bla bla bla. mak gelak-gelak je dengar alasan aku. dia rasa aku berani sangat cakap macam tu depan ayah. tapi mak rasa, good for me lah to stand up for what i want. kalau mak, mak tak berani punya. hahahahaha.

malam itu kak leha and syada datang bermalam di rumah. kitorang berborak sambil minum nescafe tarik buatan aku kat dapur. tak habis ke dapur, dalam bilik mengongngeng lagi. ntah kul berapa ntah baru lelap. oleh sebab diorang ada lah, maka nya entry aku tersangkut-sangkut. aku ni jenis tak reti nak taip entry bila ada orang. mula lah potong stim aku. hahahaha.

baik lah. sekian sahaja ceritera 3 hari aku. hari ahad aku macam tak menarik langsung melainkan agenda aku tidur sahaja. oke, babai.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails