Friday, October 15

what a day.

haih.

boleh ke mulakan entry dengan mengeluh? tapi seriously. today was something. was. as if it was in the past as if dah berakhir. padahal ada lagi lebih kurang 1 jam setengah untuk hari ini berakhir.

pagi ni bermula dengan biasa je. biasa as in aku gopoh gapah gi kelas and as usual pakai baju kurung tak ber iron. selekeh. lepas tu sarung syria AGAIN. aku sebenarnya dah banyak kali berazam nak pakai shawl aku semula. tapi bila pagi dah lambat nak gi kelas, apa lagi yang lebih ringkas kan? pulak tu collection syria aku pun dah beranak pinak. make up pun dah tak pakai. malas siot. make up tu as in compact powder and blusher kejadah haram semua. eyeliner aku still pakai walaupun kat muka pakai bedak serbuk je sebab muka macam siotan je kalau tak pakai waima secalit eyeliner. so, its a typical morning for ain.

pegi kelas Dr Mimah, walaupun aku rasa aku dah agak lambat, still aku dengan zati antara yang terawal. haha. Dr Mimah dah lali dah agaknya, malas nak amik pot lagi. membazir je buat attitude adjustment kat kitorang. tinggal 3,4 minggu je lagi. pandai-pandai lah nak hidup pasni.

semuanya typical je sampailah moment ada antara kitorang yang kena gi HEP. and that was the moment everything dah tak jadi typical lagi. lepas tu ada sikit drama berlaku. it was all of a sudden. there was no warning no nothing. it happens just like that. nobody expect that scene would happen. tak payah lah aku eloborate lebih. friends, you know what happen right?

aku tak faham lah. ntah kenapa angin jahat asyik bertiup masa aku dengan kawan-kawan nak semakin ke penghujung. karut gila kan? tapi betul. lately, ada je benda tak kena. macam-macam benda jadi. benda yang boleh memecah belahkan berlaku. and seriously, its becoming out of hand. satu satu peristiwa berlaku bertimpa-timpa. nak handle macam mana pun tak tahu. aku cuma berharap, kita semua mampu hadapi ujian ni. mampu handle dengan baik supaya ujian ni turns out bagi positive outcomes dan bukan nya menjadikan situation kita makin teruk. AMIN. cepat semua aminkan doa aku ni.

and then petang nya aku dah bersiap nak balik. dalam kul 5 gitu aku gerak balik jb. aku keluar saing-saing dengan marina. masa kat guard tu aku stop nak key in nama. tak pernah pernah kena sound, hari ni kena sound lak.

"ha, kau. pakai baju ketat eh... nak jadi apa tu?"

terperanjat aku. pakcik tu agak kamcing dengan aku. dia suka gurau. dah tua dah dia. pangkat ayah. tapi aku rasa dia lagi tua. selama ni tak pernah dia sound baju aku ke seluar aku ke. arini lak dia sound. aku pandang dia pastu aku jelir lidah je. bukan niat nak kurang ajar pun. saja je gurau gak dengan dia.

"ha, jelir lidah, jelir lidah. putus kang"

aku gelak je. aku tak amik hati or bengang pun dengan pakcik tu. elok lah tu dia tegur. at least benda lain dia takla strict pun. aku rasa dia tegur pun sebab dah anggap macam anak kut. plus aku admit baju tu agak ketat. masa pakai pun aku dah terdetik macam ketat je. tapi sebab baju lain semua dah kemas, malas aku nak tukar.

dalam hati segan jugak aku. apa tak segan? depan kereta aku tu segerombolan budak junior opsyen agama tengah menapak nak gi pasar malam. kalau dah opsyen agama tu kau faham-faham jelah kan dress up diorang. malu siot kena sound baju ketat!

lepas tu aku pulang ke rumah dengan gumbiranya. siap bernyanyi riang dengan shades bingkai putih baru beli dengan f ari tuh. macam dah habis stylo lah konon nya. ntah kenapa aku gatal sangat hari ni, mengada nak ikut jalan lain. selalu kalau tak keluar kat penghujung highway pun, aku ikut skudai. sekali hari ni miang membirah pulak nak keluar ikut Bandar Dato' Onn.

 shades bingkai putih yang sungguh over. aku yang sedia over semakin over. p/s: yang sebelah aku tu pun sama je over dia.

perkh. jam macam siot. dah lah jam dengan para lori. elok-elok boleh sampai dalam kul 7, 7.30 baru sampai rumah. tak boleh blah. nasib ayah dengan mak tak sampai lagi. kalau tak memang membebel lah ayah aku tu. cepat-cepat je aku semayang. sebab aku tau pas meghrib ni mesti makan luar punya.

seperti yang dijangkakan, dalam kul 8 gitu mak dah jerit-jerit panggil nak gi makan luar. aku ajak ayah makan yong tau fu kat kg melayu. wah. akhirnya aku dapat gak makan yong tau fu. ayah muka tempe je sebab kat kg melayu tu makanan goreng-goreng tak lazat. masakan thai macam tomyam ke, takde. alah, gerai cikai je mana lah nak ada. tapi yong tau fu ada. hehe. trimas lah ayah.

 yong tau fu sebelas ringgit tapi aku sebat sorang sekian terima kasih.

ha, f sila amik perhatian ye. manalah tau nanti aku pregnant ngidam yong tau fu. anda tau lah mana nak cari yong tau fu igauan ku ye? kalau mi bandung kat parit yaani ye (haih, mi bandung tak dapat-dapat lagi. siapa mangsa aku seterusnya ek?)

lepas bermakan-makanan, berjalan-jalanan dalam kereta lak. aktiviti biasa kalau keluar makan dengan mak and ayah. tak sah kalau tak meround lepas makan. nak kasi nasi jatuh ke peha kut? hahahha. mana tak empuk drumstick aku ni ha?

tetiba je, aku dapat mesej yang shocking dari f.

alahai. sambung entry seterusnya lah. panjang sangat lah pulak entry nih.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails