Friday, October 29

kuliah jumaat.

sekarang ni ilmu di hujung jari. apa saja kau nak tau, kau boleh google easily. tak ada alasan untuk tak tahu tentang sesuatu. walaupun tu bukan bidang kau, if you are interested, you can always learn more through reading. aku sendiri kalau tengok CSI or grey's anatomy then terdengar terms yang pelik and tak pernah dengar, cepat aje aku google, lepas tu boleh berlagak macam tau sangat istilah medic.

but hey, it really doesnt apply on all knowledge. aku tak tahu lah bagi orang lain, tapi bagi aku ilmu agama bukan sesuatu yang kau boleh easily google. ilmu ni kau kena berguru. kau nak belajar baca Quran pun tak boleh belajar sendiri. kena ada cikgu betulkan bacaan kau.

sama juga dengan cabang ilmu agama yang lain macam fiqah ke, ibadat ke, syariah ke, tauhid. even sirah. mungkin sirah tu macam sejarah je. tapi kalau salah baca, mungkin kita tersalah fahaman. apatah lagi terjemahan al-Quran dengan sunnah. ia bukan perkara yang kau boleh kuasai dengan setakat baca satu artikel je. even buat tesis pun supervisor kau nak tau bahan kau tu valid ke tak sebagai rujukan, apetah lagi hal agama.

ayah aku selalu ingat kan aku supaya sentiasa berpegang dengan apa yang memang aku belajar and sahih. jangan sewenang jatuh hukum terhadap sesuatu perkara yang aku tak pasti, and aku tak pernah berguru. sebab bila kita jatuh hukum kat sesuatu perkara, benda tu automatik applies pada kita, macam kalau kita cakap air kosong tu arak lah. then kita minum, tetap haram sebab kita dah jatuh hukum.

anyway, orang sekarang, senang sangat terpengaruh dengan apa yang dia baca. lepas tu cepat-cepat nak sebarkan. bagi aku, kalau benda tu pasal kesihatan ke, pasal Sains ke, ok lah kut. tapi kalau bab agama, jangan lah memandai. kita baca, tak semestinya kena terima bulat-bulat. kita sendiri tak pasti tahap ilmu orang yang duk menyebarkan maklumat tu kat kita. kalau tak pasti, jangan lah sewenangnya sebarkan. kalau mesej pasal penjenayah ke, nak suruh amik langkah berjaga-jaga, itu takpe.


lagi satu, jangan lah senang-senang guna ayat al-Quran dengan sunnag sewenang nya untuk menyokong kenyataan kita. bahasa al-Quran dan sunnah bukan terang seperti bahasa kita cakap hari-hari. even orang yang belajar pasal ni pun kadang tu tak dapat mentafsir dengan jelas. sesungguhnya Quran tu kan kalam Allah, cuma Allah yang maha mengetahui.

aku ni, agama tak seberapa. walaupun johor ni agama kuat, aku sekolah agama sampai darjah 4 je sebab lepas tu aku masuk sekolah asrama penuh, aku tak sambung. even nurin punya tahap pendidikan agama lagi tinggi sebab dia belajar sampai darjah khas. apa pun, aku cuma pegang apa ayah aku cakap je. kalau nabi buat, kita buat. hukum Allah yang terang kita buat, tapi yang lain-lain tu melainkan kita dapat dari sumber yang sahih, jangan lah pepandai kita jatuh hukum.

ok, sekian kuliah jumaat. eh, takdelah. aku bukan bagi input apa pun. cuma tu lah, orang sekarang ni kadang-kadang terlalu ghairah nak sebarkan sesuatu sebab teknologi canggih sangat, tapi asal-usul maklumat tu dia sendiri tak kaji.

1 comment:

samanosuke_04 said...

hehe.. aku suka tips ayah ko tue.. simple.. ikot apa yang Allah SWT ngan Rasul SAW suruh buat = selamat..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails