Sunday, October 3

hari ini dan semalam.

ceh ceh, macam lagu 6th sense pula. hahaha. entry ni mempunyai kronologi iaitu kelmarin, hari ini dan semalam. tiba-tiba macam banyak lak nak menceceh. alahai, bila masa je yang aku tak banyak menceceh?
 
KELMARIN. [30.09.2010]

im supposed to have lunch with F. supposed lah. macam dah lama tak lunch dengan dia. to be frank, dinner pun dah lama dah tak buat. nak kata aku busy, busy lah pulakkkk kan? dia yang busy kut. aku pun tak sure. anyway, maybe sebab dah lama tak lunch sama, F keberatan nak cancel lunch. dia sebenarnya baru teringat yang dia kena gi open house kawan dia.

oleh sebab dia taknak cancel lunch dengan aku, dia bertekad heret aku gi open house tu dengan dia. masa first dia cakap tu, aku pun tak fikir pape. aku main ok je. tapi bila aku tanya dia should i wear baju kurung? dia kata takyah, sempoi-sempoi sudah. what is meant by sempoi-sempoi? i need a dresses code lah!

aku rasa kan, lagi senang kalau dia cakap pakai baju kurung tadi. tak payah aku duk fikir apa nak pakai. bila tak pakai baju kurung ni, aku kena consider kalau pakaian yang aku pilih tu proper ke tak nak buat pergi raya rumah orang tambahan lagi rumah yang aku nak pergi ni rumah kawan bf aku, BUKAN rumah kawan aku, kawan bertepuk bertampar aku. karang ter overdressed lah pulak. harussss lah kan? aku ni senantiasa aje OVER.

tak boleh blah si marina denga marda walaupun tengah bertungkus lumus siapkan AR diorang, boleh je layankan kepala aku pilih baju. pilih baju dari wardrobe diorang lak tu. memang keji! akhirnya, aku berjaya meminjam baju serta handbag marda. kan aku dah kata aku over, gi open house rumah kawan F pun nak bergaya bagai.

 ni depan bilik marda and marina ye. sebelum pergi, tayang dulu attire yang dipakai.


walaupun, aku dressed up tak seberapa, turns out, aku tetap kelihatan begitu melebih-lebih. kenapa? sebab yang datang open house tu semua dari ofis and sume pakat pakai uniform semata. semua lelaki lak tu. kaum wanita tak kelihatan lak. so endingnya, handbag pun aku tinggal saja dalam beg. dahlah hangbag marda tu saiz nya boleh isi awi. hahahah. awi jelah muat, kalau syada atau marina memang tak muat lah kan.

bila dah semuanya pakat lelaki saja, aku pun secara tak langsung terpaksa cover-cover lah. dah lah orang lain takde pun hangkut bini ataupun gf. si F ni boleh buat muka toya and tak bersalah je heret aku. walaupun aku lapar, aku makan nasi impit mini tu 2 bijik je. aduhai lah. dah lah lauk feveret haku. ayam kicap + sambal kacang + lodeh. si F selambadak je sental nasi impit ntah bape bijik ntah. tak guna punya bf.

baiklah. itu adalah pada sebelah tengah hari. di waktu petang pula, sedang aku dan marina bergolekan di atas katil, tetiba je menyelinap rasa bosan yang amat sangat. rasa macam nak meletup otak aku sebab terlalu bosan, secara sangat spontan nya, aku mengajak marina berkaraoke. wanita gemuk itu sememangnya sudah lama mengidamkan mahu melalak me'release' tension, terus setuju tanpa melengah-lengah lagi.

perjanjian kami cukup mudah, tak payah berdandan, tak payah stylo stylo, siap dalam masa 5 minit saja. tapi aku jahat. aku ingkar dengan perjanjian itu. walaupun aku tak pakai compact powder, tapi aku pakai eyeliner. akibatnya, masa aku tengah nak lilit-lilit tudung (ni pun buat marina murka, sebab dia kata aku pakai stylo-stylo. dia kata tak aci. hahahaha) marina dah pun tercongok depan bilik aku.

patuh betul nenek tu. aku cakap 5 minit, 5 minit lah dia siap. memang muka polos tak bersolek langsung. oleh sebab ada masa tambahan (hahah. aku tak siap pakai tudung lagi) jadi marina pun mengajak ahli lain. ahli lain yang turut serta adalah 2 objek kurus iaitu awi dan nurul. mereka yang menunaikan ibadah puasa pada hari tersebut redha je walaupun tau niat kami nak berkaraoke.

 selepas sesi karaoke.

atas belas simpati aku dan marina, kami pun benarkan objek 2 ekor tu berbuka dulu. hahaha. kasi recas energy dulu baru boleh nyanyi. lepas semayang maghrib terus meluru ke square 1. yarabbi, apa punya perangai lah. haih, marina lak ada tuisyen malam. jadi terpaksa lah mengehadkan jumlah nyanyian.
 kitorang beli rm5 dapat 6 lagu. hahaha. jadilah. dapat lepas gian si nenek tu.

ok, SEMALAM dan HARI INI akan bersambung.... [salahkan rasyada dengan kak leha. sebab mereka ada di rumah, jadi aku tak boleh nak sambung merapu pasal semalam and hari ini]

2 comments:

asy said...

kuang aja ko ek drumstick.siap ko

cik nurulain said...

hahahaha. siot. ko paggil aku drumstick?????

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails