ini dah maknanya aku dah terlalu hopeless gila. loser macam tak ada kawan. nak cerita kau cari blog jugak ain. memang betul pun. lagipun nak cerita kat siapa musim exam ni? semua orang sibuk menelaah. takkan aku nak merembes depan diorang lak. meluatkan orang je.
kalau aku boleh sembahyang memang aku dah berhingus-hingus kat tikar sembahyang dah. masalahnya aku tak boleh. so benda ni menambahkan stress aku. aku betul-betul dah burn out. aku baca apa pun tak masuk otak. aku keluar dari bilik yang hingar tadi sebab aku rasa aku baca apa pun tak masuk. walhal aku bukan orang yang perlukan situasi yang senyap pun.
turns out aku memang dah tepu. don't get me wrong. subjek guru dan cabaran semasa ni, baru malam ni lah aku bukak buku. aku tepu sebab aku dah tak mampu terima lagi exam. serious. aku dah sampai limit. habislah keyboard ni dah berair-air dengan air mata aku. jangan dia buat hal sebelum aku bind research aku sudah.
F call tadi. mampu gak aku tahan dari burst out. tapi boleh tahan kalau aku senyap tak cakap apa-apa lah. once aku macam nak buka mulut cakap something, laju je menitik air mata ni. aku dah terlalu tertekan ni. sekarang dah kul 11.30 and the only chapter yang aku dah baca ialah chapter 1 yet aku tak tau apa yang aku dah baca pun.
maybe orang pelik. tapi try lah harung 5 tahun setengah ni dengan tiap-tiap sem ada exam. aku betul-betul dah lembik. aku seharusnya menghentikan deruan air mata ni. bukan sebab aku sayang air mata ke apa, tapi kalau aku teruskan gak nangis nescaya aku akan pening kepala and langsung lah hangus paper guru dan cabaran semasa aku esok. even dalam percubaan aku buat lawak kat blog ni pun air mata aku still menitik. shit sungguh.
dah lah. merepek je semua ni. Ya Allah, aku tau doa je tak cukup tanpa usaha tapi tolonglah selamatkan aku. aku mengharapkan keajaiban. tolonglah buang segala syaitan sebelah aku yang duk asyik suruh aku nangis and tak study ni.
No comments:
Post a Comment