Monday, November 8

bukan palsu.

buat apa bohongkan rasa? kelak kan merana.
buat apa jadikan rahsia? kalau ada katakan ada.
buat apa ditipu hati? walhal setiap kali, nafas terhenti.
buat apa mahu dibuktikan bahagia. mereka bukan bisa kurnia cinta.

aku tak perlu malu.
jadi apa pun yang ku mahu.
because at the end of the day, aku tetap aku.
dan bila kau bukan aku, apa yang kau tahu?

tak mengapa kalau aku tak difahami, tak di mengerti.
aku cuma mahu kau berdiri disisi.
dan berjanji
takkan berhenti mencintai.

aku tak mampu senandungkan lagu,
hanya ini yang kutermampu,
cuma untuk kau tahu,
hati ini milikmu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails