sebab banyak benda kena fikir and buat, memang sungguh lah tak heaven nak bersantai di rumah. walhal aku dah bagitau mak yang aku maybe tak balik, and if aku rasa nak balik aku akan call. aku siap suruh mak bagitau ayah. tapi tadi ayah call aku buat drama sikit corner sana corner sini tapi mesej yang ingin disampaikan ialah suruh aku balik rumah. siap cakap dia tak berapa sihat. ades, kalau ayah aku pun dah pandai drama, susah lah ini macam.
walhal masa ayah call tu aku kat bp mall baru lepas lunch dengan awi and nurul. dah ayah call macam tu bergegas terus nak balik hostel. tak dapat nak berjimba-jimba kejap dengan diorang. as usual lah balik tu aku boleh melolong pastu dengar pantulan suara aku balik. betapa kosong nya rumah tu. yang ada cuma bibik aku je. mana tak mak ayah aku meroyan nak suruh aku pulang berhari raya. hahahaha.
aku masuk bilik je rasa nak sawan. bilik aku dah penuh gila. baju bukan dah setakat dalam almari. sampai dah termuntah-muntah ke luar. aku sikit lagi nak gila ni. kat hostel ada barang lagi, baju lagi. hujung sem ni aku angkut barang bawak balik, mana lak aku nak sumbat segala barang aku tuh? ini pun kira baik nurse kecik tak ada kat rumah, kalau tak memang kena pakai tangki oksigen lah kalau nak masuk bilik aku.
sebahagian dari baju kurung yang tak terbendung bilangan nya, well kata cikgu haruslah baju kurung yang banyak.
seriously its time for me to sort my clothes. bayangkan lah baju zaman kat sains johor pun wujud lagi. don't get me wrong lah. aku bukan freak sangat, barang tak guna pun simpan. aku rasa every now and then aku clear kan closet aku. sebut lah kat aku ex bibik aku yang mana je tak pernah dapat baju amal dari aku? soalnya baju kurung zaman aku kat sains johor tu, banyak yang elok lagi. and mungkin, mungkin lah, aku belum begitu gemuk nescaya aku masih muat memakai baju lama aku.
tapi serious, kain zaman dulu kualiti dia elok. sampai sekarang elok lagi. kain tak pecah, tak lunyai. sedap pakai lak tu. mana tak aku simpan baju tu? tapi aku rasa, its time to let go of them. kalau tak buang yang lama, macam mana nak make room for a new one kan? hehehehehe. (ini gelak keji membayangkan dah kerja nanti dah ada duit sendiri and confirm baju semakin berlambak)
p/s: perasan tak kalau aku balik rumah aku rajin update? haish. mana tak nya. kat rumah tak ada geng, tak ada F. aku lonely. tu yang kerja asyik update blog je. cis takde life sungguh aku ni.
No comments:
Post a Comment