Sunday, November 7
kan aku dah kata, balik jb mesti melagha.
keluar dengan dila harini. pompuan tu meroyan nak makan spageti. kami berdua keluar pakai skirt harini, skirt purple you! alahai, sayangs takde amik gambar pula. lepas melantak, melalak. wow, it rhymes. ini gara-gara aura reka dedikasi AR untuk mak ayah guna ayat bombastik taknak kalah, tapi lepas tu chat dengan syada, dia kata dedikasi takleh panjang lak. aduh, potong betul.
karaoke yang dikunjungi sungguh tak boleh blah. susun penyanyi ikut suka hati. nama folder penyanyi hit, walhal tak hit pun. ouh, tapi ella adalah hit ya? haha. and unexpectedly, terserempak dengan raja mohd arif raja sarifudin syah. ok, ampun tuanku kalau aku salah eja. ok, itu bukan nama sultan. itu nama schoolmate aku. schoolmate, classmate. someone quite close dengan shai.
kelakar sebab aku baru je terpikir pasal shai lepas terjumpa barang and surat lama. pelik tapi benar, since break dengan shai, sekali pun aku tak pernah jumpa or terserempak dengan dia. mungkin memang tak ditakdirkan kut. takpelah. its for the best i guess. :)
malam lak ada makan besar dengan famili besar jugak. ada orang tu naik pangkat jadi mahu belanja. oh, bukan minah vain serba biru ni. yang ni tak naik pangkat pun. tapi mungkin bisnes smart reader kids dah maju, jadi dia sudah angkat vios baru. tahniah atas new born anda ye cik ati. kereta nak kaler putih. bajet sporty lah tu.
aku sawan tengok makanan banyak sangat. dengan ikan siakap lah, ikan jenahak lah, sotong, udang, lala kailan, kerabu mangga, kailan lagi. argh. serious sawan. aku jadi kenyang lak tengok makanan beratur depan mata. yang makan nya tak sampai 20 orang tapi total sampai 600++. kalau aku yang kena bayar, haruslah pitam di tempat kejadian.
nenek datang jb sebab esok ada wedding anak cik rom yang merupakan anak kepada tok lang yang merupakan adik kepada nenek sebelah ayah aku. relation ayah dengan cik rom adalah sepupu. manakala relation aku dengan pengantin lelaki adalah kupu-kupu. aku hampir menjadi pengantin perempuan kerana dulu, mak pengantin lelaki seperti berkenan dengan aku and suka sangat paduk kan anak dia dengan aku. mungkin kerana adore kan menantu cikgu. itu spekulasi yang aku lakukan semata.
tapi, apakan daya? bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. bertepuk separuh tangan, macam menyakitkan je? haha. apetah lagi kalau orang cuba tepukkan. mak dia je beriya. dia? beriya jugak, tapi tetiba ada awek sudah. cis sungguh. takpelah. tak rasa macam melepas pun. lagipun, tak best ah kahwin sedara ni, tak berkembang keturunan aku nanti. haha.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment