Tuesday, November 23

teori XY

perkara yang best tentang cuti and duduk rumah ialah tak payah pakai lense and tak payah pakai make up. seriously, kat rumah ni aku macam tak letak effort sangat pada diri. sarung je apa pun. and nak keluar just tepek bedak serbuk.

satunya sebab jerawat irritating ada kat pipi. aku ni bila ada jerawat irritating mood nak bersolek memang tak ada. macam tak logik lak ek? patut nya time muka tengah tak best lah kena pakai make up, cover apa yang patut. kalau muka flawless takpe gak nak going natural. lantak ah, bf jauh kut. (ahaha, macam lah jumpa bf aku letak effort sangatttt)

and then, bila muka tak semenggah, gaya tak semenggah, mood nak capture gambar juga adalah terbantut. malas ah aku. takkan aku nak gi tepek gambar muka ada jerawat. tak seronok sungguh! thus, terhasil lah entry entry yang gersang dengan gambar. hahaha, walhal selama ni pun macam lah gambar tu compulsory.

ok, hari ni dila datang main masak-masak kat rumah. dah lama minah tu nak makan spageti. so hari ni dia datang semata-mata nak makan spageti. cis sungguh punya budak. aku gi beli barang dengan dia kat giant then balik terus mulakan operasi masak. mak join sekali lah.

lazat gak. aku ni type yang tak berapa suka spageti or laksa. tapi kalau mak aku masak, aku still boleh makan. dila siap tapau bawak balik lagi spageti tersebut. dah lah maid aku pergi curi bawak yang dila dah potong dadu sebelum gi keluar beli barang. ada ke dia pergi guna bawang dadu tu buat masak asam pedas, memang lah mengundang kemarahan mak aku.

maid aku tu agak blur. semua tak reti. tak boleh buat pertimbangan sendiri. semua nak kena diarah. kalau tak arah, tak buat. tiba-tiba rindu mbak yati. dia bijak sikit. cakap sekali je dah faham. ajar sekali je dah dapat. maid yang ni, aduhai sengalnya. setiap hari kena dengar mak marah maid sebab dia manjang buat benda tak betul. dah lah suka melawan bila mak cakap.

ayah siap ugut aku, "kalau along taknak buat kerja, along kena pastikan maid tu buat kerja. suruh dia bersihkan itu, ini, bla bla bla..." boleh gitu ek? gaya ayah ugut aku tu terlalu obvious menunjukkan aku malas buat kerja rumah. hahahaha. oleh yang demikian, time mak ayah tak ada asyik aku jelah kena mengarah maid tu. mengenangkan dia tu blur and tak boleh digest maklumat yang banyak pada satu-satu masa, aku tunggu dia siap satu kerja baru suruh dia buat kerja lain.

yelah, aku asyik complain kat mak. mak suka bagi maid tu arahan berantai. walhal dah tahu tahap IQ dia. kalau gitu jawab nya dia buat salah satu je dari list panjang yang mak aku sebut tu. tapi aku tak lah salahkan mak fully. mak tu dah biasa ngajar sekolah menengah, sekolah yang bagus lak tu (sigs menengah) so dia expect orang boleh faham arahan dia dengan mudah.

soalnya sekarang dia handle orang IQ tak berapa tinggi. kena lah rendah kan level sikit. so, that's what im trying to practice. dengan maid aku ni aku kena guna teori XY dengan menganggap pekerja adalah malas. hahaha. tetiba nak aplikasi ilmu pendidikan lah pulak.

haih, berjela pulak dah. tadi sebenarnya nak cerita benda lain, dah jadi panjang gini, postponed lah apa aku nak cerita tu dulu.

1 comment:

miss pfr said...

hehehe...mcm2 akak nie.. ila ingt sok nk g g0reng ayam quaker oat lak kt umah akak.. tp ayam sume ila beli la nti..nak x? nyam2...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails